Alhamdulillah,segala puji untuk-Nya yang memberiku peluang bernafas sehari lagi di atas muka bumi-Nya.

satu benda yang saya tak suka tentang kemajuan teknologi manusia ialah :
awak boleh kelihatan seperti orang gila. as in, crazy.
contoh 1 :
tadi saya baru pulang dari perpustakaan universiti. di ruangan lobi waktu itu, lengang. cuma ada beberapa makcik kaunter dan seorang lelaki di tepi pintu keluar. tiba-tiba, dia tersengih-sengih memandang saya. saya hairan. bila pulak aku kenal mamat ni? tiba-tiba juga, dia ketawa. kemudian sekelip mata, berubah serius.
haha. bercakap telefon rupanya. telefon yang lekat di telinga. guna bluetooth tanpa perlu memegang body handphone itu sendiri. (eh, ya ka ni? maaf, saya jahil teknologi.)
sebenarnya, saya selalu saja bertemu orang² begini. tapi di khalayak ramai. cuma kali ini, dia berseorangan.
contoh 2:
cuba kamu duduk sebelah orang yang mendengar muzik dgn mp3 player. orang begini, kalau setakat mendengar utk hilang bosan, boleh lagi. tapi kalau yang mendengar dgn perasaan, jangan terkejut kalau dia tiba-tiba mengangguk-angguk atau head banging sambil pejam-pejam mata dan dahinya berkerut-kerut.
yalah kan, lagu itu menusuk kalbu.
contoh 3:
ini saya sendiri. kakak saya yang kata saya mcm orang gila. waktu itu, umur baru 12 tahun tapi sudah berjinak-jinak dgn chatting di mirc. kejap-kejap saya ketawa. kejap-kejap saya senyum-senyum. kejap-kejap saya menyumpah-nyumpah. lepas tu, senyum semula. padahal, di depan kamu itu, hanyalah skrin komputer.
satu lagi benda yang saya tak suka tentang teknologi manusia ialah :
kita akan mudah naik marah.
pernah tak bila kita sedang asyik guna komputer atau handphone atau apa-apa jua gadget, tiba-tiba dia stop berfungsi. dgn tak semena-mena, kita boleh mencarut dan terus menghentak-hentak benda sekeliling. api kemarahan melonjak-lonjak dan sifat syaitan mula mencucuk-cucuk.
walhal, kalau kita marahkan seseorang yang berupa manusia, boleh pula kita bersabar.
tahu kenapa?
saya rasa, sebab kita memang sudah maklum, manusia itu punya kekurangan. tidak sempurna sifatnya. oleh itu, akal kita boleh menerima kalau ada kesilapan dari pihak manusia.
lain cerita dengan robot atau gadget-gadget, yang memang sudah kita assume perfect dan tak akan ada masalah. susahlah akal kalau mahu terima kegencatan dan kesalahan dari sesuatu yang kita sangka tak akan ada problem.
ya kan?
hehe. saya buat kesimpulan saja.
--------------------------------------
kawan-kawan, website ini saya terima linknya 2 hari lepas. hari ini, saya mohon pada kamu, sebarkan.
http://www.mohdrafie.co.uk/blog/2009/01/03/10p/
ikhlaskan hati, ya rakan-rakan?
fanramli
12 comments:
haik.. camne anti leh jmpe blog ako? hehe.. ltak ar link ako..
eh ako xtahu mnahu pon msg tuh da kne suprime.. die yg suprime kot..
salam fan~
teknologi itu satu pembantu yg sgt berguna jika digunakan dgn sebaiknya. par contre, jika disalahguna, mampu menjadi racun yg melumpuhkan akal fikiran.. ^__^
-trying to be a good sister-
mochenkt
kau sendiri tinggalkan jejak kat blog ayen. hehe.
nadia
nadia! wahh, dah balik hradex dah? =) =) =) . trima kasih jenguk blog saya!
kak asrar
true. perlu pandai guna cara yg betul. dan harus pastikan spy jgn terlalu taksub dgn teknologi.
-trying to be a good sister-
??? hehe.
komen atas telah didelete sbb terletak nama betul kak asrar. HAHA.
kadang2 sendiri pon cam orang gile bila guna teknologi..
kadang2 sendiri pon cam orang gile tengok orang guna teknologi..
pening sunnguh bagai nak gile..hikhik
gile2 remaja..haha
encik warx
apekah itu? adakah sudah pening kerana terlalu lama cuti? heh.
salam.
adoi! tkene hidung sndiri. td br je bebel sorg2 depan PC sbb streamyx bt hal. uhu. thanks atas peringatan =)
btw, yg tgh pgg tafsir tu Kak Sha kan? kan? hehehe.
kak aishah
angguk dgn rakus.
wah, kak aishah dari sipi pun boleh cam itu kak sha.
ape org kata.. "Jika denyut nadi kita sama, bicara di hati juga serupa, itu satu tanda pasti, kita mungkin serasi". lol!
fuuh, sib baik tuan rumah delete komen tu. haha..
kalau tgk hp then senyum sorang..after a few minutes senyum lagi cuz teringat content sms tu,indicates as gile jugak eh?;)
lea
itu gila kecil. boleh tak? hehe.
Post a Comment