Alhamdulillah,segala puji untuk-Nya yang memberiku peluang bernafas sehari lagi di atas muka bumi-Nya.

"aku tertinggal di belakang. padahal anak-anakku ke syurga."
Amru bin Jamuh mengaduh hiba.
empat puteranya galak ke sana dan sini, turut serta di medan perang bersama Rasulullah walhal dia dinasihatkan untuk duduk diam saja di rumah. kenapa begitu?
kerana Amru bin Jamuh itu, kakinya pincang.
erti kata lain, dia tempang.
bahkan, Rasulullah sendiri mengumumkan bahawa tanggungjawabnya utk pergi berperang telah gugur atas sebab kecacatan fizikalnya.
Uhud tiba. Amru bin Jamuh tidak mahu ambil pusing. Badar sudah berlalu tanpa ada peluang untuknya. ini, kali ini sudah sampai masanya. hatinya meronta untuk mencurah bakti mengibar panji Islam. alatan perang dikumpul walau dihalangi ramai.
Maka, kepada baginda, dia meminta dengan sangat. akhir-akhir, baginda mengiyakan. diambilnya alat-alat senjatanya, dan dengan hati yang diliputi oleh rasa puas dan gembira, dia berjalan berjingkat-jingkat sambil suara bergetar-getar, dia memohon kepada Allah ;
"Ya Allah, berilah aku kesempatan untuk menemui syahid, dan janganlah aku; dikembalikan kepada keluargaku…..!"
dan doanya diperkenankan.
-----------------------------------------
ini kisah seseorang yang kurang sempurna tapi bukan calang-calang di mata Tuhan.
nah, kita ini yang elok fizikalnya?
calang-calangkah kita di sisi Dia?
kawan-kawan,
air mata yang kita curahkan untuk Palestin, apalah harganya kalau tidak ada tindakan? sedih atau simpati yang berpanjangan tidak membawa kita ke mana-mana kalau kita masih membeku. berapi-api mengutuk musuh laknat tiada ertinya kalau kita masih di takuk lama, enggan bergerak.
jangan cakap tak serupa bikin.
setiap dari kita harus ambil bahagian. harapan terletak di bahu sekelompok umat Islam yang berjuang untuk kembali kepada Islam yang sebenar, yang bersedia menghidupkan jihad-Nya.
maka, terjunlah ke dalam kelompok itu. mari?
fanramli
7 comments:
Salam fan
minta izin linkkan blog ni ke blog sy
Hazwan, Malaysia
mari2, kita faire les soldes kat interpal.info.. ^__^
"Mereka ada perjuangan mereka. Kita kena teruskan perjuangan kita iaitu dgn mengajak umat islam memahami islam yg sebenar dan mendekatkan mereka ke kandang ubudiyyah"
encik hazwan
insyaAllah. terima kasih, ya.
kak asrar
mari²~
Salam.
Syahid.
bukan semua boleh.Khalid Al-Walid juga tak bertemu syahid.
korang ade buat protes ke?
kak amie.
salam. =). ha'a. sini ada demonstrasi. sana tak ada?
minta izin nak copy lg. n nak tanye; all capable-bodied Muslims wajib join perang kat palestine ke?
encik sufi
oh. maaf. bila baca balik baru perasan entri ni kurang clear. saya sebenarnya mengajak untuk kita semua mula dgn diri sendiri. utk mula belajar masuk ke dalam islam dengan sepenuhnya. saya percaya, palestine atau mana² pun, kita boleh miliki dgn syarat setiap individu muslim mula praktikan islam yg sebenar.
maksudnya, tak perlu berkobar-kobar sekarang tapi tak jugak berhenti dari melakukan maksiat, contohnya lah kan.
hehe.
Post a Comment