January 15, 2009

Assalammualaikum w.b.t

Alhamdulillah,segala puji untuk-Nya yang memberiku peluang bernafas sehari lagi di atas muka bumi-Nya.




doa.

doa itu senjata mukmin.
kata kebanyakan.




hari ini, Tuhan cuit hati saya. alhamdulillah, exam semester satu sudah selamat dinoktahkan hari selasa lalu. tapi, perjuangan masih belum selesai. tinggal hari ini, saya masih ada presentation untuk projet tuteuré (supervised project). hampir sebulan juga, saya dan 3 orang jejaka perancis lain bertungkus-lumus menyiapkan portfolio. dan, ini, yg berlangsung jam 15 tadi adalah sebagai penamat tugasan.



dari awal tugasan, saya tidak terlalu risau kerana bagi saya topiknya mudah. tambah lagi, yang membuatnya adalah 4 orang. cuma satu yang kerap menyeksa jiwa batin saya. yang inilah, bila tiba waktu kamu presentkan apa yg telah kamu hasilkan.



jujur. cuba tanya pada orang yang mengenali diri saya. bercakap di khalayak ramai tidak pernah menjadi satu masalah besar untuk saya. cuma kali ini, iyalah, saya jadi gugup dan cuak. kerana saya mesti berbahasa perancis, bercakap tentang teknik dan architecture.



4 minit diperuntukkan untuk seorang. sekejap? ya, memang sekejap. tapi saya ada byk benda yg perlu dicakapkan dalam masa sependek itu. harusnya, saya tidak boleh bercakap dgn kadar perlahan. mesti laju.



sekonyong-konyong, saya teringat pada kak fatimah waktu spring camp di bosville. ketika itu, kak shafrah tugaskan saya utk beri tazkirah tentang Asiah, isteri firaun yang menjaga nabi musa a.s. lalu, kak fatimah tunjukkan kami surah ke 2O, surah toha, ayat 25-28 ;



Dia (Musa) berkata, "Ya Tuhanku, lapangkanlah dadaku, dan mudahkanlah untuk urusanku dan lepaskanlah kekakuan dari lidahku, agar mereka mengerti perkataanku.."



itu doa nabi musa yang memohon kepada Tuhan kelancaran kata-kata untuk menghadap firaun durjana.



itu juga doa yang sering dilagukan selepas memberi salam kepada guru waktu saya sekolah menengah dahulu.



refleks semula keadaan saya tadi. saya mohon sungguh pada-Nya moga juri-juri (profesor juga) mampu memahami setiap bait perkataan saya, setiap prononsasi perkataan perancis saya. jadi, saya doa. doa. doa. dan doa.



lalu tiba giliran saya.



masyaAllah. saya seperti tidak mengenali siapa yang sedang bercakap di kala itu. lancar sahaja mulut saya berbicara. tersangkut pun hanya sekali dua. yang paling mengejutkan, saya bercakap dalam kadar yang laju. malah, prononsasi pun boleh tahan. tak ada yang sumbang bunyinya pada telinga saya.



masyaAllah, masyaAllah, Maha Suci Allah.



habis presentation, masing-masing tarik nafas lega. profesor tidak ada pula yang berniat mahu 'mengantoikan' pelajarnya. soalan yang diajukan waktu sesi terakhir pun bukan soalan yang sengaja direka-reka utk mematahkan kami. mereka tidaklah se'chien' yang kami sangkakan. keluar dari kelas;



"hey fan. hari ini awak bercakap dgn baik sekali. t'as bien géré." kata Thomas.



saya senyum.
Alhamdulillah.




Ah!
doa itu senjata mukmin.
kata saya pula.




p/s: doa banyak pada Tuhan utk Palestin. dont under estimate the power of doa.

fanramli

17 comments:

Anonymous said...

tahniah! baru je terdetik nak bertanya tentang ni, tapi agak segan since u're busy. hehe..

Anonymous said...

kak mai
wah. cepatnya dah komen. hehe. alhamdulillah. alhamdulillah.

Anonymous said...

subhanallah.. alhamdulillah.. lega dgr fan ok.. smoge sumenye lancar je.. yup, dun underestimat the power of doa.. :)

Anonymous said...

wah..kagum sungguh pada mereka yang mampu berkata2 dgn lancar di depan khalayak..kata orang skill berpidato boleh dipelajari..namun berdasar pengalaman, ia x semudah itu..belajar lah lama mana pun, kalau dah x reti bercakap tu, bagi la bahasa apa pun, memang susah nak bercakap..ngeh2..

Anonymous said...

syabas adikku..

Anonymous said...

bagos² fan..

satu, dun underestimate the power of doa

dan dua, dun underestimate the power of urself

kan? ;D

Anonymous said...

kak ana
ohoooo kak ana. alhamdulillah, dah ok sket.

*ish, malu teringat hari tu.*

sampai pet pun risau pada fan. haha.

encik shafiq
herm herm. itu pengalaman kamu sendiri kah? mungkin kurang keyakinan di situ.

ah. saya percaya semua orang boleh buat. insyaAllah.

kak tuna
dengan izin Allah semuanya berlaku. =). terima kasih Tuhanku.

anati
ops. yang kedua baru terfikir. true. indeed, very true.

jgn under estimate diri.

victoire said...

tahniah..
ko memang dari dulu terer francais ape.

nway apsal lak benda ni menyeksa batin?
explain sket.

Hazwan Mohd Nor said...

tahniah fan

"whatever the mind conceive and believe, it can be achieved!"

Anonymous said...

tengku k
uhu. eh. aku power ke french? bila ckp tersekat-sekat jugak.

menyeksa jiwa batin sbb hari-hari fikir mcm mana lah nak buat soutenance tu. nak-nak ckp pasal génie civil. plus, masa soutenance blanche, prof communication dan classmates berkerut-kerut dahi nak faham perkataan aku. haha.

encik hazwan
oh. merci. tahniah kepada Dia kerana membenarkannya terjadi. =).

Nurul Farhana said...

ahh. rindu nak dgr ko bercakap depan org ramai. balik cepat, dan bebel byk2 depan aku ok?

Anonymous said...

nurul far
ahaha. ok. aku bebel bila kau bawak kereta drift tak igt dunia. =).

Mirae said...

tahniah fan ;)
bahasa perancis sgt susah.
hanya taw sortie dan oui je.kikiki

Anonymous said...

miera
haha. kalau tau sortie mesti tau ckp entrée. kalau tau oui mesti tau ckp non. kan?

hah. da 4 words da tu. pas mal! belum lagi campur merci (thank you) etc etc.

ahhhh. awak terel ok.
ngeh.

AmiE said...

Salam.

Fan.I favourited this post.Kudos to you!.

Faham perasaan itu, dan tahniah krn berjy melaluinya.Duduk di luar ini, bila doa termakbul mmg sgt2 terasa kasih sygnya kan?

sufi d sissy mafia said...

emm. i pn pnah ade experience cani. br igt nk tulis psl d power of doa, tp u dh tulis.gah! =p

btw, i like d way u remind urself, ourselves.

u ve got urself one new follower =p

Anonymous said...

kak amie
merci! true. sgt gembira dan rasa beruntung ok. tatau nak ckp macam mana. terima kasih ya Tuhan.

encik sufi
oh. glad to know that. heh. insyaAllah, moga blog ni dpt beri manfaat dan kita saling memperingati.