Alhamdulillah,segala puji untuk-Nya yang memberiku peluang bernafas sehari lagi di atas muka bumi-Nya.

Dingin malam waktu itu dihangatkan dengan unggun api dari chimney cottage 2 tingkat di Herran, France.
Semua sudah siap duduk bersila, kemas-kemas, dengan telekung masih lekat di badan. Kami menanti dengan sabar, tertanya-tanya giliran siapa hari ini untuk memberi tazkirah.
Kak Asma' tersengih melihat kami.
"Ha, hari ini pemberi tazkirah kita diterbangkan khas daripadaa....jeng jeng jeng."
Ada yang sempat menyelitkan bunyi drum. (yana, kau eh?)
"...daripada Republik Czech. Dipersilakan!" Kak Asma' selaku mas'ulah mengumumkan.
Kak Hanis mengambil tempat di depan dan tersenyum. dari riak wajah, nampak macam ada getar sedikit. Normal lah, siapa tidak getar di saat-saat yang pertama di depan khalayak ramai, kan? Tapi, getar itu cepat sahaja hilang bila Kak Hanis mula berbicara.
"Sejujurnya, saya bukanlah orang yang selayaknya untuk memberi tazkirah. Tapi, insyaAllah, saya akan cuba yang terbaik menunaikan amanah yang dah diberi pihak penganjur dari France ni."
Kami membetulkan sila. Mahu dengar dengan lanjut.
"Sebenarnya, saya takut. Takut kepada dua benda."
Sudah. Kami mengangkat kening. Kenapa?
"Pertamanya, saya takut, saya ini hanya pandai berkata-kata tanpa ada tindakan. saya takut, saya ini bercakap tapi tidak mengerjakannya."
Pantas saja, dia menyelak Syaamil Al-Quran;
Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan? (itu) sangatlah dibenci di sisi Allah jika kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan. [Surah As-Saff, surah ke-61 : 2 - 3]
Saya menarik nafas panjang selepas Kak Hanis habis membaca potongan ayat suci itu. Dalam hati, saya beristighfar.
orang kata,
siapa makan cili, dia lah yang merasa pedasnya.
dan ya.
saya terasa, ok?
saya ini ada lagaknya seperti cakap tak serupa bikin. berapi-api menasihat, kadang-kadang karat itu masih juga bersarang dalam hati.
hai diri.. tau kah kamu, itu perangai yang dibenci Tuhan?
kawan-kawan,
bantulah saya. bantu. saya juga ada lemahnya di sana-sini. tegurlah sekiranya ada ruang. tolong, tolong ya?
Tuhan yang Maha Pengampun, pegang kukuhlah hati ku ini. amin.
p/s: perkara kedua yang kak Hanis takut tu, biarlah rahsia antara kami-kami saja, ya. :) .
fanramli
6 comments:
org yg byk 'bercakap' macam Asrar ni mmg sgt2 terasa dgn ayat tersebut. huhu.. sama²lah kita ingatv mengingati, ya. =)
(lupa lak perkara kedua tersebut. ape ye? huhu..)
saya tau perkara kedua..boleh ckp kt sini ke?
hehe, lupe jugak.. tp nsib baik dah pm anati.. hihi..
to asrar, leh g pm anati or fan sdr..
jzkk anati ;)
kak asrar
ha. sama-sama lah kita makan cili. aduss.
anati
tidakkk.
kak ana
heh. alhamdulillah, dah tau. :)
Salam.
'Banyak cakap, banyak salahnya,"
'Banyak menegur, moga suatu hr nnt, bila kita buat silap ada org tegur pula'
jgn risau.mohon lindungNya ;)
kak amie
itulah. harapnya semua tidak segan menegur. saya juga manusia. walau pahit, tapi kebenaran mesti ditelan juga.
Post a Comment