February 13, 2009

Assalammualaikum w.b.t

Alhamdulillah,segala puji untuk-Nya yang memberiku peluang bernafas sehari lagi di atas muka bumi-Nya.





Siapa kata duduk di perantauan dicemburui ramai teman di tanah air? Saya yang cemburu dengan mereka adalah.


Kalau kamu pulang kelas bila matahari sudah mula mahu beradu, kudrat memasak sudah tak ada, mana ada kedai² makan untuk dibeli nasi bungkus. mana ada lauk-pauk yang menggiurkan untuk dipilih-pilih.



balik-balik kedai kebab halal.



mahu tak mahu, sudah obligated untuk didik diri bersilat di dapur. dengan limitasi bahan masakan, nah, saya hadiahkan resepi simple ni aja la ye. (hasil tunjuk ajar yana)





Lazy Laksa Asam (LLA)



Bahan-bahan :



1. sebungkus laksa (orang kata ada di france ni, tapi saya x pernah jumpa. mama saya yang kirimkan laksa kering dari malaysia.) kalau takde jugak, try je lah dgn spegeti ke, atau apa² mi yg sesuai kat kedai asia.

2. tuna dalam tin x 1 (ganti ikan fresh. kalau rajin, boleh je guna ikan dan rebus isinya saja)

3. cili kering (ikut tahap kepedasan masing-masing. saya amik 14 tangkai. :p)

4. sebiji bawang besar

5. asam keping x 3

6. telur

7. timun



Cara-cara



1. rendam laksa semalaman atau 12 jam. (sesiapa yang guna laksa kering mcm saya.)

2. kisar tuna dalam tin. tak perlu direbus sbb mmg dah masak. air ikan jgn dibuang.

3. kisar bawang besar dan cili kering.

4. masukkan bawang besar, cili kering, tuna yang dikisar dan air ikan tadi. Tambah air mengikut kuantiti yang bersesuaian dengan kuantiti tuna. (kalau tuna sikit, janganlah letak air 5 mangkuk besar, nnt tawar.)

5. biarkan mendidih dan masukkan asam keping.

6. bolehlah rebus telur dan hiris timun untuk sesiapa yang suka.

7. rebus laksa dan tapis.

8. siap untuk dimakan!



selamat mencuba!

-----------------------------------------------------------

jawapan untuk kuiz lepas ;



" Kamu tentu sudah lali mendengar frasa ini ; hidup ini sementara. Saya tidak bergurau. Kepala terlalu berat bila kerja terlalu banyak difikirkan. Katakan nanti tiba-tiba kamu pitam dan jatuh dalam 5 minit lagi? Lalu kamu tidak bangun² lagi? "



oh ya; sebenarnya ada ralat sikit untuk permainan ketiga. saya telah scr tidak sengaja menggantikan perkataan berat dengan sakit. jadi, tak hairanlah kalau yang mencari tak jumpa perkataan berat. afwan ya kalau ada yang nak pecah otak mencari.


pemenangnya adalah :


jeng jeng jeng



keputusan seri.



Kak Amie (Russia) dan Encik Shafiq (US)


kedua-dua tidak menjumpai perkataan 'berat'.

*Encik Shafiq orang pertama yang menjawab, tapi terbalik antara pitam dan jatuh. (skema jawapan : pitam dan jatuh)

*Kak Amie tepat dari segi pitam dan jatuh tapi beliau orang kedua yang menjawab (lebih kurang 10 minit drpd peserta di atas.)



hadiah telah dipos. sila tunggu dalam masa 1 minggu ke atas.
(macam² pantang nak hantar to russia. ada list panjang barang apa yang dilarang!)


terima kasih kepada rakan² yang turut bermain!
sudi meluangkan masa. :)


jumpa lagi!
nantikan peraduan seterusnya untuk memenangi hadiah ikhlas dari tuan rumah kacak!


fanramli

11 comments:

Nurul Farhana said...

ciscis. patut la tak jumpe berat!

huhu.

Anonymous said...

yeah.. hins hins (sambil menggunakan jari telunjuk dan jari hantu menahan hidung yang sedang kembang kuncum menahan rasa bangga)

Simon Malik said...

salam

ketidakan pandaianku dalam informatic menyebabkan aku terpaksa berputih mata..

haha.^^

Anonymous said...

nurul
maaf nurul. takpelah. kau pun da dpt 2 kali hadiah dr france kan? heheh. masuk keychain eiffel yg aku bwk thn 2007 tu, 3 kali aarh. heheh.

encik shafiq
tahniah²! terima kasih kerana bermain. hadiah di dalam perjalanan, insyaAllah.

encik adam
haha. takpe². lain kali aku buat peraduan yang tak perlukan kemahiran komputer byk² sgt ok. ^^

AmiE said...

salam fan.
yeay menang.haha thanks a lot ;D akan menunggu.(p/s russia sgt limited, sprt org2 di dlmnya, haha)

btw, resepi tu mcm akk slalu buat utk laksa penang.tp kering ye? (x berkuah)

Anonymous said...

kak amie
salam. yeay tahniah! haha. tunggu ok. insyaAllah sampai.

oh. dlm gambar mmg nampak mcm kering sbb letak kuah sikit. sbb saya mmg suka makan cenggitu. hehehe.

danish said...

Bungkus 1.. :D

naff said...

congratz utk yg menang!!
hee.

:)

Anonymous said...

danish
boleh boleh. 5 inggit satu (1 euro sini). heheh.

nafisz
:)

danish said...
This comment has been removed by the author.
danish said...

Free delivery ke? :p