Alhamdulillah,segala puji untuk-Nya yang memberiku peluang bernafas sehari lagi di atas muka bumi-Nya.
"i would remind myself everyday, that soon there would be no more days with him."
Kadang-kadang, bila ia di depan mata, kita sikit pun tak endah.
Tapi bila ia menghilang, barulah kita ini terkiyal-kiyal mencari.
fitrah manusia memang begitu.
ah, maafkan saya jika entri ini tidak menambah ilmu atau iman pada yang meratap. perempuan ini cuma mahu meluah rindu.
rindu yang begitu berat untuk diucap jelas di depan-depan.
cinta yang begitu malu untuk dilafaz terang di depan-depan.
kata peribahasa, alah bisa tegal biasa.
saya sangka saya kuat. hidup berasrama sejak umur 13, berjauhan dengan mereka bukan satu masalah besar, kata saya.
bongkaknya anak yang bernama fansurina ini.
nah. rasakan.
cuba kira berapa lama kau tak menatap wajah kesayangan itu?
kiraaan kasar, 1 september 2007 hingga hari ini, 17 februari 2009.
1 tahun 4 bulan.
sabarlah jiwa. lagi beberapa bulan, kamu kan bersatu.
tapi, aku khuatir, kata jiwa.
ajal itu kepunyaan Tuhan. bagaimana kalau esok, matahari sudah tidak muncul lagi? kuasa Tuhan, kehendak-Nya.
kalau gugur daun arash-Nya itu, maka itulah akhirnya. malaikat maut datang mengutip lalu setia menjalankan tugas.
kalaulah daun itu tertulis nama kita.
kalaulah daun itu tertulis nama mama.
kalaulah daun itu tertulis nama ayah.
apa masih ada masa kah saya?
mama , ayah.
anakmu ini mungkin tidak pandai mengungkap kata kasih.
walau dicuba, dipaksa, rasa kekok itu tetap menghadir.
kerana aku bukan seperti orang lain.
kerana aku sudah biasa begitu.
tapi tolong, ketahuilah. anak ini menyayangimu. amat.
kerana Tuhan.
kawan,
kalau kamu masih ada atau kalau kamu sudah tiada ibu dan bapa, sudahkah kamu menadah tangan mendoakan kesejahteraan mereka?
Tuhan, redakan kerinduan ini.
fanramli
11 comments:
sabar eh fan? sy pon sama jugak...lame tak balik :D
Yaa Rabb..
tetapkan ibu bapa kami dalam REDHA mu..
Aminn..
anati
huhu. huwaaa...
danish
amin amin ya rabbal alamin. :)
dah tu hang yang gatai tak mo balik sape suh.
hehehe. gurau je dik.
aku dari dulu smp skg memang suke gile balik Malaysia.
siap skip kelas sket2.
tengku k
hallahai. kalau aku balik malaysia thn lepas, thn ni aku x dapat mana² tempat sambung belajar kot.. tu te souviens?
huhu. kau dan malaysia mmg begitu.
salam. jzkk. post yg bnyak pengajaran. =)
ah, nampaknya daku lebih lama tidak menatap wajah itu..setahun enam bulan..isk3
salam ukhuwah....
biasa la perasaan mcm tu.fitrah manusia.akan mencari sesuatu setelah ia hilang di mata.moga2 kita dihindari oleh sifat berkenaan insyaAllah...
glad to know you more...^_^
masruddin
sama². cuma luahan hati yg harap² boleh diambil iktibar oleh teman sekeliling. :)
encik shafiq
haish. beza 2 bulan.
cebisan hatiku
kadang² perasaan semacam itu mengajar kita supaya menghargai, kan? moga² kita ini lebih bersyukur.
:)
lmenyer sis xjumpe ur fmly..
huu..
sy kagum ngn sis.
klu sy, hilang fokus da.
confirm.
dulu2 time skola teknik without handphone, limit xblh jmp my fmly one month je.
mesti kne blk n jmp dorg gak klu x, xblh stdy.
skg, da besar sket n ade hp da. :)
limit da naek sket, 3 to 4months la.
otherwise, homesick gile2.
sabar eh sis.
xlme lg tu.
sekarang 1week berlalu pn da xrase ape da.
;)
nafisz
sis,jangan begitu. kagum tu darjatnya sangat tinggi. huu. bernafasnya saya lagi hari ini, semuanya atas izin-Nya yang Maha Pemurah, yang masih sudi beri nikmat hidup dan sihat pada hambaNya yg serba kurang ni.
:). jazakillah. insyaAllah, sdg bersabar dan akan lagi.
Post a Comment