February 26, 2009

Assalammualaikum w.b.t

Alhamdulillah,segala puji untuk-Nya yang memberiku peluang bernafas sehari lagi di atas muka bumi-Nya.


Siapa dia yang kemana-mana pun dia pergi, ada anak kucing di poket jubahnya?

:)

"Wahai Abu Hirr.." Panggil Rasulullah.

namanya Abdul al-Rahman.
atau lebih dikenali sebagai Abu Hurairah, si periwayat hadis yang terkemuka.

***

sudah hampir 6 bulan. semalam adalah kali pertama saya menjejakkan kaki ke cinéma di bandar tepi laut ini.

ini gara-gara kak amie lah. yang menyebut ttg filem slumdog millionaire dlm komennya untuk entri ini. (haha, salahkan org lain pula.)

saya tahu saya ketinggalan zaman sedikit. kerana baru sekarang saya terkiyal-kiyal menonton filem Oscar ini.

ah. pedulikan.

saya suka cerita ini. dari kaca mata saya, filem ini asasnya cinta. tapi, motif cinta itu tidak terlalu kelihatan. yang lebih ditekankan ialah nilai-nilai masyarakat.

bravo pada penulis. juga director. garapan filem ini bagi saya begitu unik. bukan mudah utk hasilkan satu cerita yang boleh difahami pelbagai peringkat umur, dengan adegan dalam 3 waktu : flashback zaman silam, flashback waktu di kerusi rancangan 'who wants to be a millionaire' dan waktu semasa (di balai polis).

menonton filem ini sepanjang 2 jam itu menyedarkan saya, betapa beruntungnya Tuhan mengurniakan keselesaan kepada saya sejak saya lahir ke dunia sekali pun.

bila mana rusuhan berlaku mahu kerana agama atau kaum.
bila mana kemiskinan jadi benteng utk bergerak bebas sedikit.
bila mana korupsi melata di celah-celah kehidupan.
bila mana darah menjadi murah dan tidak ada harga.

cukup bersyukurkah saya ini.
atau kata syukur itu sekadar ucapan lazim dari bibir.
Tuhan, segala puji bagi-Mu, alhamdulillah.


cuma satu.
di akhir filem, adegan tari-menari hindustan tetap ada.



......





haish. kacau.




fanramli

9 comments:

Nurul Farhana said...

ahh tak tgk lagi.
rasa-rasa worth tak tgk?

Anonymous said...

come to my blog for m'sian students in france gossips!

danish said...

Syukur,Alhamdulillah...

Anonymous said...

jalan cite dia mmg best..i enjoyed watching it..tp kebetulan soalan yg dia dapat dgn sume benda yg jadi dlm lingkungan hidup dia are too good to be true la..and i love bollywood-ish movie..huahuahua

mÖcHëNkT said...

hooo.. arituh kak yatie beriya2 ajak tgok cite nih.. besh upenyer..

Anonymous said...

nurulfar
worth it tgk babe.takdela best gilak. tp aku enjoy sbb scenery dia cantiklah. cerita pun unik.

gossip girl/boy
i guess somene is bored to death, not knowing anything to do.

danish
moga kata syukur itu dtg ikhlas dr hati kita, kan?

encik shafiq
haish you itu. cerita gelek hindustan suka dia. haha. fuh, ulasan filem bersemangat ni. hehe.

mochenkt
tgk weh. aku tgk, version original punya kat cinema sblah kedai excel. haha. c u in town, kawan when i come back lah.

dibby bus-bus said...

salam..weh..
ko igt x aku lg..
dib dak smss..
kite jmpe time kem kepimpinan..
huhu..
long time no c..
hv a nice day ..=)

AmiE said...

Salam.

Haha, bestkan slumdog millionaire..

it's a story that remind me to be grateful everytime i watch it ;) How ALLAH give the best for us, yet we always less thankful to HIM.

Dan Fan, akak br dpt hadiah td..post office russia sgt lambat..
dan, akak sgt terharu..huhu.Seriously...moga, ukhuwwah ini berkekalan.amin..

p/s: akan membalas!,iALLAH ;D

Anonymous said...

dib
salam. wauu. dib! ingat². tp tak igt wajah manis anda itu sgt. hehe. itu tanda kita harus berjumpa. chewahh. u too. haf a nice day.

p/s : apsal aku konfius kau dgn zati zainal. maapkan aku, dinda. *isk*

kak amie
salam. alhamdulillah. yeay yeay. da sampai! cuak juga, dah lama, x dgr apa² berita. hehe. moga terima dgn hati gumbira. ngeh².