Alhamdulillah,segala puji untuk-Nya yang memberiku peluang bernafas sehari lagi di atas muka bumi-Nya.
cuti baru bermula. hari ini, saya ke kedai utk membeli buku baru sebagai buku catatan usrah kedua. baru sekejap tadi saya membelek² semula buku catatan lama itu. apalah gunanya berapi-api mencatat tapi tidak dibelek semula dan diguna pakai ilmu² itu?
dan itu, di muka surat keempat.
"Hati perempuan mudah terusik. Tetapi sekali hatinya telah menjadi kuat, maka jadilah perempuan itu lebih tegas sekalipun daripada seorang lelaki."
-ukhti Fadzlina, 11 Januari 2008.
ini kata-kata yang terucap dari bibir gadis kelantan itu setahun yang lalu. namanya fadzlina, merangkap housemate saya selama setahun di la rochelle.
ah, tiba-tiba saja hati mengamuk, mahu mengimbas memori lalu.
waktu itu, kami hanya berdua. perempuan. yang 9 lagi adalah teruna belaka. tahun 2007, kami decide utk tinggal bersama di centre ville (pusat bandar) . perlu saya katakan, antara kami berdua, begitu besar dan begitu banyak perbezaan yang wujud.
saya banyak bercakap tapi dia sangat pendiam.
saya agak kasar tapi dia sangat lemah-lembut.
saya cepat melenting tapi dia sangat penyabar.
saya suka berlagak cool dan tenang bila terserempak dengan anjing.
tapi dia suka menyorok belakang saya bila ternampak anjing yang jauhnya 4 meter. hehe.
Tuhan Maha Bijak. Sengaja diada-adakan perbezaan antara ciptaan-Nya. kerana ia mengajar kita sesuatu yang kita tak ada. manusia saling memerlukan, kan?
hidup sebumbung, ada pahit manisnya. kami mengajar diri masing-masing utk menerima kelemahan dan untuk saling membaiki. kami berkongsi rasa, baik suka mahupun duka. kami berkongsi rahsia, baik yang paling taboo mahupun yang paling kelakar. kami tak perlu berpura-pura, kami jadi diri sendiri.
saya dengan kamera saya.
dia dengan teleskop dia.
saya teruja bila lihat bulan dgn begitu dekat di corong teleskopnya dan dia teruja bila lihat riak wajah atau keindahan alam di skrin kamera saya.
saya mengerut dahi bila masakannya manis² belaka.
dia mengurut dada bila masakan saya pedas² belaka.
kami ketawa bersama di hadapan kaca tv.
kami marah bersama dengan karenah rakan² lelaki.
haha. indahnya.
cuma kadang-kadang, rasa menyesal dan bersalah menghantui diri. kalau tak kenal maka tak cinta. we tend to judge people without knowing him/her very well.
ya, saya mengaku.
sebelum kami tinggal serumah, antara saya dan dia begitu jauh. persahabatan kami sekeruh-keruh air di parit. bukan salah dia, tapi salah saya. saya yang tidak pernah mahu berusaha mendalami. cukup saya katakan begitu.
sudah saya katakan, saya ini banyak kurangnya. tapi, mohon, jangan kamu menghakimi. sudah namanya insan. lemah. saya sedang belajar. dan akan terus belajar. insyaAllah.
hari ini, saya di sini. dengan pilihan masa depan saya.
dan dia di sana. dengan bidang elektriknya. (yang saya sangat fobia.)
terima kasih, ya Tuhan. takdirmu ini begitu cantik.
terima kasih, ya ukhti fadzlina.
moga ukhwah kita berkekalan.
amin.


fanramli
19 comments:
ah...suwiit suweet...
akak pun sgt terasa korang ni sgt suweett...
=)
huhu, u remind me of someone.... exactly the same case.. she's very far right now, but yet, very near to my heart.. hahaha,hurm.. miss her right now..
maybe u know who.. hihi..
tapi mohon,
jangan mengalah..
fan is so chweeet...
perbezaan itu buat kite lbh mghargai org len.. =)
miss u babe!
kak marini
=p.
kak ana
haish. macam tau sape je. hehe. *grinning*
danish
insyaAllah. saya cuba. dengan kudrat yg ada. :)
ma
ala ala. miss u too babe. nnt kite travel gi anglaterre, buat gath eh? ni lagi sorang sahabat ni. kalau bukan kerana tggjwb time skola, agak² kita rapat tak, ma?
Allah Maha Pemurah. sudi hadiahkan kepada saya sahabat yg baik².
li ade kat sini!!! tgh lepak² kt angouleme..hehe jgn jeles!!
sweet la plak tgk korg ni. hehe.. ^__^
anati
eleh. nanti kita jumpa kat tamni nanti. counting days.. lagi 4 ari jeee!
kak asrar
hehe. :)
suwiiiitttt!!! ^^
suwitttt jugak~ eheh, bkn akk laa..korg laa... hehe (^_^)
waaa, kiut gile post nih
ummu
ahh, upin datang menjenguk. hehe. malam nanti kita jumpa eh dgn kak maya + kak fadly, insyaAllah. :)
kak anis
kak anis pun ape kurangnya. apalah sangat ktrg ni nak dibandingkan dgn sister² dkat besançon. lg sweet, ok? heh.
junior la rochelle
*blushing* aiseh. siapa ni. hehe. kat la rochelle skrg pon, 2 org girls juga. cuba tgk, diorang pun mesti sweet punyaaa. kan kan kan? =p
angosh dan anati!!!..hahahaha...MLAT!
angosh
nak jugaaaaakk dia. tak leh la. angoumoisines ada ampat olang laa. hehe.
salam.
roomate kte samalah..
bestkan..and kdg2 rs bainya manusia begini...haha.
ade sekali tu, marah sbb cream cake x jd, lps akak pun tglkan lah, then rumate la yg hbskan, die tmbh itu ini smpi jd, then kasik..(memjuk)
haha
wah, indahnya ukwah =)
"Hati perempuan mudah terusik. Tetapi sekali hatinya telah menjadi kuat, maka jadilah perempuan itu lebih tegas sekalipun daripada seorang lelaki."
sila jelaskan maknanya ya..kurang faham di situ..
kak amie
salam. halla. sweet gila. penah gaklah jadi pada saya. mcm bila putus asa try resipi mcm tak jadi, nnt dia rasa dia ckp;
'ok je rasa? eh, jadila ni.'
haha. kita ni tak sabar betul.
amin
kan? hehe. kamu juga pu sdg merasanya kan? (rujuk status ym. haha.)
encik shafiq
maknanya, kalau sorang perempuan tu kecewa kan. (katekan ya.) pastu, dia nangis berbulan². pastu, satu hari, dia penat menangis. pastu, dia pun jadi tough n berazam nak kuatkan hati dgn pertolongan-Nya. pastu, hiduplah perempuan tu dgn kental jiwa yg kdg² boleh mengalahkan ketegasan lelaki bila menghadapi apa² cabaran.
huhu. voilà².
FANSU!!! ak baru baca comments kau masa aku fly kat blog nurulfar. i'm so sorry!!! aku pun dh xtau cmne nak contact kau after dat babe. seriously.. sorry bukan xnk ckp tp masa tue aku kene urus n kene panggil cos lugage aku exceed smpai 34kg. kene buang barang. erm.. sorry gile!!! if kau ade skype add me nanadfuaad okay.. please i'm sorry babe
Post a Comment