March 21, 2009

Assalammualaikum w.b.t

Alhamdulillah,segala puji untuk-Nya yang memberiku peluang bernafas sehari lagi di atas muka bumi-Nya.







semalam anati beri saya link blog seorang adik (kini tingkatan lima) di sekolah lama saya dulu. membaca entrinya buat saya terkedu dan sebak di dada.

"sambut ia terimalah bila datang pada kita
kerna ia hanya datang pada hamba yang terpilih
tidak akan kau temui untuk kali keduanya
takkan dapat engkau cari bila ia telah pergi "

bait-bait lirik lagu ini saya petik dari nasyid nyanyian Nazrey Johari - Suara Hidayah.

makin hangat rasa hati, meronta-ronta mahu menjejakkan kaki ke tapak sekolah kembali. ada hikmahnya juga sekolah saya dulu tidak jadi pindah ke tempat baru.

kalau tidak, bila saya pulang, entah tinggal apa sebagai memori buat saya?

5 tahun.
tempoh sepanjang itu, mustahillah kalau saya katakan ia tidak meninggalkan apa² kesan kepada saya.

melihat gambar yang adik itu kepilkan dalam entrinya buat saya lebih haru. rindu rasanya ingin beruniform sekolah semula. lebih rindu untuk memakai blezer hijau, berkemeja putih, bertudung krim dan kelam-kabut di pagi hari memohon pertolongan sahabat mengikat tali leher.

baru saya perasan, saya tidak banyak gambar zaman persekolahan dalam komputer saya. ya lah, waktu itu, gambar² dicuci dan diletak dalam album. mustahil untuk disimpan di dalam komputer melainkan kamu scan. haish. klasik.



ah. rindu. rindu. rindunyaa.

di situ, saya belajar memikul amanah, belajar tentang pahit manis bersahabat, belajar berdiri di tapak kaki sendiri, belajar tentang islam, belajar erti sebenar peribahasa 'rambut sama hitam, tapi hati lain-lain'. ah. infiniti rasanya kalau mahukan saya senarai di sini.

tapi satu paling penting. saya belajar satu hakikat ; yang manusia sentiasa berkerja tanpa titik berhenti. dan siapa-siapa pun punya tanggungjawab. setiap individu.

tak kiralah kamu head girl.
atau kamu student biasa.

kamu tetap punya peranan.
kerana manusia saling bergantungan.



meski saat itu sudah berlalu dan semakin lama semakin jauh, ia tetap menjadi peneman dalam penitian hidup , yang kadang-kadang meniup lembut sanubari yang semakin matang.

tapi jangan lupa pada Al-Baasit, kerana Dia lah yang sudi melapangkan sedikit ruang di dunia ini untuk kita merasai kemanisan itu. segala puji bagi-Mu, Tuhan, yang cantik menyusun atur laluan hidup. Subhanallah.



aku akan pulang.
salam sayang dari kejauhan untuk kurshiah di serata dunia.
fanramli

11 comments:

danish said...

Jom Pulang.. :)

victoire said...

skolah memang best gile duh.
rindu zaman2 menyorok dari spotcheck rambut laa..
fly ponteng balik awal..
lepak atas tangge dan mcm2 ag.

Nurul Farhana said...

yes yes. pulang. i miss u.

naff said...

zaman sekolah laa plg best!!
waahh rndunye...

btul2, dlu mne de digital cam sgt.
dlu kn mahal.
sume pakai yg cuci tu.. ;)

sy ade 1cd yg pnuh ngn gmbr time skola.
itu je satu2nyer yg sy ade.
tp da ilang plak.
xtau ltk mne. :(

Anonymous said...

amat!! skula betol2 best maah..
hee..gamba mu d ats bus neh..
mengingatkn beta..
mase visit kamu awl2 f5..
prefect2 n wt so ev..
=D...enchek fan menuggu d luar bus..heheh hahah!

:)..

wiuw wiuw

Anonymous said...

danish
tunggu saya Malaysia. heh heh.

khairi
kau lepak kat tangge je ke. aku kekadang naik rooftop. tp tu sume before aku skemakan diri jalankan tggjwb prefect aku scr telus lah. hehe.

nurulfar
=) =) =).

nafisz
dulu sekolah rendah takde kamera pun. naik sekolah menengah baru beli kamera yang picit-berserahla-lawa-ke-tak-gamba tu. haha.

anonymous
saya sepeti begitu pasti yang kamu ini ialah ainaa. hehe. zaman tu zaman kite slim lagi kan. haha. tp kau da slim balik. aku terus croissant. kuang².

Anonymous said...

tak sabar nak summer holiday

Anonymous said...

walaupun entri ini tidak berkaitan dengan pelajar sekolah lain, namun sebagai murid biasa tanpa apa2 jawatan, saya juga terasa sudah lama tidak merasai keceriaan hidup seorang pelajar sekolah..dan saya juga tiada banyak gambar..

danish said...

Bile nak balik tue?
mesti seronok.. ;)

Anonymous said...

anati
huhu. betul². tak sabar.

encik shafiq
haha. awak lagilah zaman bila kan? (ada unsur mengkritik di ctu.)

danish
soon. soon. =)

wan norqariatul akidah binti wan abdullah said...

salam...
lame xdgar citer ko.hope ko still ingat aku lg...
hmm mmg waktu skolah mmg best n aku sgt berstuju dgn ape yg ko ckp psal kt skolah kite belajar tentang pahit manis bersahabat..
haha!!!
take care...
miss u so much...