March 26, 2009

Assalammualaikum w.b.t

Alhamdulillah,segala puji untuk-Nya yang memberiku peluang bernafas sehari lagi di atas muka bumi-Nya.



Setinggi-tinggi penghargaan dan syukur kepada Tuhan yang menggerakkan hati saya untuk klik melihat-lihat update fotografer muslim kegemaran saya Saiful Nang.

hati saya benar-benar tertarik dengan video yg beliau paparkan menjadikan saya sgt curious untuk mengetahui apa itu EARTH HOUR.

kawan-kawan, tahukah kamu apa itu EARTH HOUR?

kalau tahu, saya ucap 'bravo!' kamu seorang yg sgt peka.
kalau tidak tahu, saya ucap 'samelah dgn saye.' kita makhluk yg ketinggalan zaman.

haish.
tp jgn ragu atau risau. kita masih belum terlambat!


apa itu Earth Hour?


melihatkan masalah global warming yang semakin serius, WWF Australia, Leo Burnette dan The Sydney Morning Herald telah mencetuskan satu idea genius. Tanggal 31 Mac 2007, 2.2 millions penduduk Sydney telah menutup lampu/memutuskan elektrik secara besar-besaran selama satu jam (7:30-8:30 malam).

satu jam nampak kecil. tapi cuba didarab dengan 2.2 millions. berapa banyak tenaga elektrik yg telah dijimat dalam masa satu jam dalam satu malam dalam sebuah bandar? idea ini kemudiannya telah dijadikan satu aktiviti dunia. Tahun 2008 melihatkan percubaan pertamanya sebagai event dunia. Sukses dan sweet.

dan tahun ini, ia kembali lagi!
untuk keterangan lanjut :


Jangan rasa ini membuang masa. Tuhan kita sendiri menyeru kepada kita untuk memakmurkan bumi pinjaman ini kan?


"Telah tampak kerusakan di darat dan di laut disebabkan kerana perbuatan tangan manusia, Allah menghendaki agar mereka merasakan sebahagian dari (akibat) perbuatan mereka , agar mereka kembali (ke jalan yang benar)" [Ar-Rum, 30:41]


"..... dan janganlah kamu berbuat kerusakan di bumi. Sungguh, Allah tidak menyukai orang yang berbuat kerosakan." [Al-Qasas, 28: 77]


tak mengapa kalau dalam kawasan perumahan kita, tiba-tiba hanya rumah kita yang memadamkan lampu dan yang lain tidak. tak perlu rasa malu. tapi, gembiralah, kerana di situ, Tuhan sudah janjikan pahala buat kita, kerana kita mahu menyumbang kepada kebaikan dunia pinjaman-Nya. jadi :

JOM RAMAI-RAMAI TUTUP LAMPU JAM 20H30-21H30, SABTU, 28 MAC 2009!



fanramli

11 comments:

Anonymous said...

bapak
fan mlm tuh kite kuar amik gmbo nk?? sure best tgh le havre kosong gelap gulita.. lol..

Anonymous said...

jiran bawah rumah
kalau org² le havre fait partie. esok nak promote kat iut. kau promote la kat cacrauville!!

Be Inspired said...

jum² =)

Anonymous said...

amin
hehehe. terlebih smgt plak saye.

Myra said...

dear, please check your e-mail :)

Anonymous said...

seakan pernah terlintas pandang di akhbar tentang earth hour ini.. tapi lupa bila dan di mana.. mujur ada entri ini..

Anonymous said...

myra
oh? pasal pp eh? i'll update u later thru yana. =)

encik shafiq
huhu. mari ramai² melakukannya. ngeh².

Simon Malik said...

hah! dari tutup lampu, baik kita tak pakai letrik selama sejam.. ngehehe..

extreme sket..^^

tuan rumah kacak said...

adam
ho yeah. hehe. asalkan niatnya nak memakmur bumi. =)

Nurul Husna said...

Saya dah berjaya lakukannya

tuan rumah kacak said...

husna
wuhuuu. bravo! wah, cik husna kite ader blog laa.