May 15, 2009

Malaysia, Perancis, Anonymous dan 16 mei.

Assalammualaikum w.b.t

Alhamdulillah,segala puji untuk-Nya yang memberiku peluang bernafas sehari lagi di atas muka bumi-Nya.


tiga hari lepas, ada satu SMS dari malaysia masuk :

'Hye sis! Wani kat mtrik mlake. smlm bru rgstr.'



alhamdulillah, penantianmu terbalas.
satu saja pesan kakak, belajarlah elok-elok.


tak perlu rasa gusar atau rasa tertinggal kerana kawan-kawan lain lucky sedikit terbang ke luar negara. menuntut ilmu di mana-mana pun, sama saja. yang penting, harus bergantung kepada niat di hati.


kalau org tanya 'sekarang belajar kat mana?'
apa lagi yang boleh saya jawab selain 'perancis.'


reaksi biasa : wahh. mesti seronok.


entah.
entah lah.


jangan terpedaya dengan ilusi Eiffel Tower yang tegak berdiri di kota romantika, Paris. tak semuanya indah belaka di sini.


contohnya semalam;
buat pertama kali, saya menjejakkan kaki ke main university untuk ke makmal elektrik. (civil engineering deparment terpisah dari kampus induk.)


tahu atau tidak, memasuki kawasan electrical engineering saya seperti memasuki sebuah penjara. menyelusuri koridor-koridor, berlantaikan simen, dindingnya dibina dengan blok batu-bata yang kelabu kelam tidak dicat. jalan jauh sedikit, baru nampak dinding dicat putih, tapi itupun tidak sampai habis ke atas ; hanya 1/3 dinding. cahaya hanya ada satu lorong untuk masuk, dari atap yang kadang-kadang ada bahagian-bahagian lutsinarnya. nasib baik, alatan elektrik agak-agak baru.


perihal di civil engineering department pula, walaupun baru sedikit dari main university, tapi tidak kurang kedaifannya. mungkin bangunan kami lebih banyak cahaya sedikit drpd bangunan tadi tapi cuba lihat alatan di bengkel pembinaan mini kami.


kadang-kadang mahu print graf constrain-distortion pun harus sabar sedikit bila printer lama itu terkedek-kedek seperti mahu meletup saja bila printing.


"prof, tak ada peruntukan kah untuk beli alat-alat teknikal macam ini?" tanya saya sedikit hairan.


prof pandang dan mengangkat kening;

"why bother buying the latest printer? fungsinya sama. duit lebih banyak kita guna ke arah untuk membeli machine-machine eksperimen macam ini." katanya sambil menunjuk kepada mesin gergasi untuk compression.


"tapi mesin ini pun bukan yang latest, prof. dah nampak dah bila kekadang dia tak berfungsi dengan betul pun. pastu, ada satu je pulak tu." tambah saya.


"wah. kamu ni fansurina. kenapa? di negara kamu, barang-barang semua canggih-canggih ke?" ah, giliran prof pula yang bertanya.


saya angguk perlahan dan menyambung, "agaklah but people seems not to appreciate it."


sekonyong-konyong saya teringat pada mama saya;
"kita tak perlu infrastruktur kelas pertama kalau mentaliti kita masih lagi kelas ketiga."


waktu itu, saya baru mencecah umur 16 tahun. susahnya hendak faham ungkapan mama. lalu, mama beri contoh konkrit :


kita di putrajaya. bandar multimedia.
cuba pergi ke stesen bas, atau mungkin pergi saja ke flat presint 9.
lihat betapa banyak contengan kanak-kanak nakal di dinding-dinding.


sayang.
seribu kali sayang.


saya tidak tahu bagaimana di negara-negara lain seperti di UK atau di US.
mungkin, equipment mereka lebih terkini.
yalah, nama pun trend-setter.


tapi, di perancis begitu berbeza. rasanya begitu juga di german.
kemewahan adalah satu benda yang sangat subjektif.
kemewahan pada mereka ada di akal.
kemewahan pada mereka tidak terzahir dengan material.
kemewahan mereka ialah kepintaran.


orang kaya perancis lebih suka ada apartment kecil-kecil tapi merata di seluruh negara. jarang sekali saya bertemu banglo empat tingkat seperti di Malaysia.
kecuali kamu ke 7th, 8th, dan 16th arrondissement di Paris lah.


tapi boleh jadi kerana saya masih belum habis pusing satu perancis.


saya bukan mahu membanding negara Malaysia dengan Perancis. ada sesetengah faktor yang saya kira tidak adil untuk buat perbandingan begitu.


isinya cuma satu, saya mahu kita faham, betapa beruntungnya kita hidup di negara Malaysia. bila mana kerajaan menghabiskan sebahagian besar wang untuk kemajuan bidang pendidikan. semata-mata mahu melahirkan generasi yang bernas supaya nanti boleh menginjakkan taraf malaysia.


apalah gunanya kalau

-universiti begitu moden dengan reka bentuk dan berkelengkapan hebat-hebat
-sekolah-sekolah sudah mula meraih pangkat 'bestari' bagai.


tapi akhirnya, hanya melahirkan
  • golongan yang suka melepak sepanjang masa di di klcc park
  • golongan yang lebih berminat menghadap komputer sambil mengupload gambar-gambar baru di facebook saban hari
  • golongan yang ke sekolah hari-hari hanya untuk bertemu hero pujangga hati, si pemain basketball utama sekolah.

hasilnya adalah habuk semata. itu satu pembaziran.
jadi, bersyukurlah. tak perlu cemburu melihat kawan-kawan ke luar negara. di negara sendiri pun sudah cukup indah.



tahniah kepada siapa yang berjaya baca hingga ke tahap ini. saya tahu bebelan saya kali ni lebih serius dan membosankan. tapi, ia sudah cukup merusuh hati saya kebelakangan ini. harus let it out.


* * *
Anonymous

wahai gerangan-gerangan anonymous, sejuta penghargaan buat kamu yang sudi meluang masa membaca coretan dari saya.


alangkah indahnya sekiranya saya tahu siapa kamu.


maafkan saya kerana ada kalanya (selalu), saya memang tidak capable untuk meneka siapa saudara/saudari.


tapi, kalian harus tahu betapa saya amat-amat-amat menghargai kunjungan kamu.
nah. cake ini buat kamu. hehe.

gambar ihsan dari flickr


* * *
hari ini 16 mei.


#guru-guru di Tadika Fazulina, Sri Andalas, Klang
-although i didnt like it there.

#guru-guru di Tadika Ria, Klang
-Miss Arthur yang memberi saya peluang buat pertama kalinya bercakap di hadapan khalayak (ucap umum) waktu 'Pesta Graduasi'.

#guru-guru di SRK Methodist (P), Klang
-Puan Pei guru kelas darjah enam yang begitu sporting dan tidak pernah pilih bulu walaupun dia seorang Cina
-Puan Noraini, guru bahasa Melayu, tapi juga mengajar saya English, Math dan Sains waktu kelas tuisyen tiap-tiap sabtu sebelum UPSR.
-Cik Hanafiah yang beri saya kepercayaan menjadi pundak dan orang penting dalam Persatuan Tunas Puteri

#pendidik-pendidik di Kolej Tunku Kurshiah, Seremban
-Puan Azizah Musa, guru Add Math selaku guru penasihat Kadet Pertahanan Awam yang sentiasa bersama saya dari tingkatan 1 hingga ke tingkatan 5.
-Monsieur Amir dan Madame Rosnani : hey ho, je suis en France là!!

oh, tak boleh nak list. terlalu banyak guru berharga di sekolah ini!


#rakan-rakanku yang bakal bergelar pendidik : Nanad, Kamm, Aima ma, Alan, Ainaa


#bakal-bakal guru di Besançon sana


juga, paling istimewa

Mama ku , Puan Fuziah Mahmood, yang kini pengetua sebuah sekolah di Cyberjaya juga guruku di rumah.



Selamat Hari Guru
tanpa kalian semua, siapalah saya hari ini.






Tuhan, berkati mereka atas segala jasa dan sayang telah mereka curahkan kepada kami, anak-anak.




fanramli

13 comments:

Cindellyna Aja said...

somewhat true.....=).It's doesn't matter where are we right now but the most important thing is what's in your heart....Mentaliti kelas ketiga tuh memang kene ubah...kan2?

Well, enuff for now,take care dear...Selamat hari guru to my mum, yr mum & all the teachers too.!!!!=))

Cindellyna Aja said...

ops...thanks 4 the cute cuppy cakes!!=p

warx.hensem said...

tahniah..saya bisa baca sampai habis..hehe

tuan rumah kacak said...

Kak Farah + Encik Shafiq

wauuu. cepatnya anda berdua komen. tak sampai 5 minit saya publish.

hehe. terima kasih.
(gila besar hati ni..)

* ooo. kak farah pon golongan anom tu yee. hehe.

mentaliti kelas ketiga : masa mama cakap tu, tak bape nak faham sgt. tapi, boleh plak teringat sampai ari ni.

jadi kita, mentaliti kelas keberapa sekarang ni?

hehe. same je kan sume.

*tahniah encik warx. (musti pas habis baca mata ngantuk. haha.)

danish said...

Selamat hari guru untuk mama fan.. :)

*adakah sya layak untuk cake itu? :p

Tariq Ziyad said...

Salam,

I find it absolutely disturbing as well,that once I'm here (Land of the Anglo-Saxons),I came to realize that what we Malaysians deem as valuable (huge shopping complexes,state of the art tech),is not that valuable here.

Its the value of the people that we should strive for,not for value in material.

Anonymous said...

Salam. bagusnya pemilik blog ini. Sebab saya tak pernah jumpa blogger yang menghargai anonymous. Yang marah ada la. Terima kasih.

Teruskan menulis :)

IJB

Simon Malik said...

salam,

sudah tiba masanya utk aku komen pepanjang^^

betul kata ko, masyarakat msia terutama remaja cam sgt dimanjakan. aku rasa semua bende dah beri.

secara peribadi aku rasa, rakyat kita mengalami kemajuan fizikal secara pesat tapi kemajuan rohani slow bagai traktor penggembur tanah. kalau kut ye kedepan, asyik² terpaksa ke tepi utk kasi lalu ferrari yg lebih canggih. jalan dibesarkan utk kasi lebih byk kereta, tapi traktor itu tetap lembab.

sgt berstuju ngan ko, diorg cherish knowledge. ada sorg mmber aku, dah ada license chimie, sggp amik license geo ngan kitrg sbb dier kata chime 'ca me plait pas'. walao gaji mahal, tapi buat apa keje yg dier tak suka..

-perlu henti disini.. hehe-

Anonymous said...

nk post baru...pliss

naff said...

salam.

yer.untung dapat belajar kt malaysia.
tp, kadang2, terasa gak nk blaja kt tempat lain selain malaysia.
nk rasa apa yg lainnya.
apa yg bestnya n xbestnya.
huu..

:)

p/s:berdoa dan berharap dpt menyambung master di luar negara walaupun permohonan utk sambung degree masih xtahu lagi dapat ke tak.hehe.:P

tuan rumah kacak said...

danish
huhu. terima kasih danish. kek itu layak utk kamu kalo kamu antara anom yg beri komen sebelum² ini. haha.

tariq ziyad
salam. wau. the conqueror of andalusia has come to my blog! hehe. thank you for your wisdom words. this issue actually has been in my mind since beginning. how Allah has beautifully fated me to be out of the country to look the differences which taught me to be more grateful of what i have. =).

anonymous : IJB
oho. entah², saya juga sebenarnya sama saja dgn pemilik blog lain sekiranya anonymous² saya menimbulkan fitnah (kekacauan) kan? we never know. hehe. terima kasih atas singgahan kamu. =).

simon malik
mr adam is back! welkam back, mon frére. hoho. aku tak tahan dengan perumpamaan traktor kau. but, its so true. and for member kau, byk kan kes cenggitu. kalau aku, aku mesti hesitate nak blaja lain, rasa mcm tertinggal plak bila kawan² lain da start keja kan. huhu.

anonymous
will will. sabar yek. hehe.

nafisz
heh. desire masing². kadang² kita perlu keluar utk tahu what's happening around drpd stay di dalam and did not know what's exactly happening. tp, jika rezeki tiada, didiklah hati supaya berasa puas dgn apa yg ada.

akak doakan semoga nafisz dpt peluang tu! insyaAllah. gantungkan doamu pada yang Hak!

=).

Anonymous said...

salam...wahai tuan rmh kacak, blh sy th cmne nk contact awk? sy ade sumthing nk ckp dgn awk personally hehe...tlg bg no ph or email add pliz...tq

p/s:sj je rhsiakn identiti sbb nk merase kek 2 gak huhu~

tuan rumah kacak said...

anonymous
salam. hoho, ramainya anonymous! semua nak kek ni. hehe. feel free to contact me at ym or email : peel_osofi@yahoo.com

=).