May 30, 2009

Penutup bulan

Assalammualaikum w.b.t

Alhamdulillah,segala puji untuk-Nya yang memberiku peluang bernafas sehari lagi di atas muka bumi-Nya.





".....ingatlah, hanya dengan mengingat Allah, hati menjadi tenang." [Ar-Ra'd : 28]



sibuk itu bagus.
kerana bila begitu, masa yang ada tentu kita hargai setiap detiknya.


tapi, kadang-kadang kita terlalu sibuk.
lalu kita lupa. pada Dia yang sudi membiarkan jasad terus bernyawa saat ini.


kita tidak akan boleh bayang, orang-orang kafir atau munafik yang merayu-rayu kepada Allah semoga dipulangkan sebentar ke dunia walau sekejap untuk berbuat kebaikan. kerana neraka sudah di hadapan mata kemudian hati menjadi takut.


insaf dan penyesalan di akhir waktu sudah tidak ada guna.


hari-hari yang kita lalui, adakah sudah cukup kita bersyukur? atas segala nikmat-Nya?


saya :
saya pernah lupa. dan sedang lupa.
tapi segala puji bagi-Mu, ya Allah yang sedikit² membasah hati yang mengering dengan pelbagai cara.


hati kita cepat saja merusuh, atau menjadi kalut bila kerja yang kita sibukkan itu tiba-tiba akhirnya tinggal lelah. kecewa itu bagai satu perkataan tepat untuk kita.


tapi layakkah kita untuk kita kecewa kalau kerja itu pun tidak kita lakukan kerana Allah - lillahi ta'ala? atau kita kecewa dan menangis seolah-olah Hakim segala keputusan itu seperti tiada belas?


sebaik-baik hakim adalah Allah. dan Allah itu Maha Penyayang kepada hamba-hambanya yang beriman, Maha Pemurah kepada seluruh makhluk.


ingatlah kepada-Nya, pasti hati menjadi tenang.


bulan mei ini sudah sampai pada noktahnya.
satu bulan yang begitu banyak rasa.


terlalu kontroversi seumur hidup saya.
mungkin kerana injakan umur kepada 21 tahun, life untuk saya seems harder sedikit, campur tolak dengan tanggungjawab² yang baru muncul.

1 mei : terima kasih utk kek pada anis dan mochenkt. :)


alhamdulillah, segala puji bagi-Nya yang telah membuka peluang selepas segala ombak ribut dalam saya mencari peluang praktikal di bumi perancis ini. hari ini, sudah 2 minggu saya bermukim di bandar jiran, rouen untuk menjalani praktikal.


lately, people gets angry dgn saya, sbb saya tidak jawab telefon atau reply msg serta-merta.


saya kata : saya sedang praktikal.
mereka jawab : orang yang berkerja tetap pun boleh jawab telefon. inikan awak.


hu. jangan begitu ya, sahabat-sahabatku. praktikal saya bukan praktikal biasa.
nama pun pelajar civil engineering. cikgu kata, kamu perlu belajar dari asas. jangan kerja nak mengarah saja.


jadi, praktikal saya ialah menjadi yang asas kepada construction.
saya tidak bekerja di dalam pejabat yang berhawa dingin. mahupun di hadapan komputer. saya tidak buat kopi untuk bos² saya. saya juga tidak menaip surat² penting.


tapi saya : buruh kasar.


hari-hari saya ke tapak pembinaan, kerjanya membancuh simen, mengangkat konkrit, menyapu serpihan-serpihan besi atau kaca di lantai atau menggergaji blok konkrit. di akhir masa, mesin gerudi harus disimpan semula di dalam kotak, alat-alatan perlu dibasuh dan kereta sorong mesti disimpan semula. minggu depan mungkin bangunan satu lagi akan dirobohkan. kerja apa pula yang bakal saya buat, wallahualam.


dan saya ialah perempuan tunggal di situ!



entah.
tiba-tiba saya rasa special di mata Pencipta.
susun ukur hidup saya unik tak seperti orang lain.
hari-hari yang dilalui mengenalkan saya kepada apa itu sabar.
bagaimana untuk bangun selepas jatuh.


dan saya harus bersyukur kerana itu.


Apakah kamu mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan, "kami telah beriman," dan mereka tidak diuji? [Al-Ankabut:2]



ah, bulan mei ini benar-benar sudah sampai pada noktahnya.





fanramli

17 comments:

warx.hensem said...

mesti byk benda yg anda pelajari dr praktikal buruh anda itu..teringat pula pepatah melayu..tangan yang menghayun buaian mampu menggegar dunia (au kama kol)..huhu terasa skema komen kali ini..kekeke

victoire said...

aku pon dulu jadi kuli gini gak.
namenye pon dah stage ouvrier.
bezanya aku bukan sapu bangunan.
aku sapu store ngan tempat repair tren. hehehe.

btw all the best girl!

Simon Malik said...

salam.

per pun, aku rasa kalu aku nk wish ko 21 thn pun dah lewat sebulan. tak per ke? hehe..


bagi aku, kita sedang ditarbiyyah allah ketika kita sibuk. byk benda yg kita dapat dari keadaan sibuk (merujuk pada kes bulan 4). moga allah membantu dalam penyusunan masa dan kerja. ^^

hafizfp8 said...

wah...suka2
bgus anda mmg wanita optimis..tahniah

Unknown said...

Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya.
2:286

"tiba-tiba saya rasa special di mata Pencipta.
susun ukur hidup saya unik tak seperti orang lain.
hari-hari yang dilalui mengenalkan saya kepada apa itu sabar.
bagaimana untuk bangun selepas jatuh."

Tahniah! Kukuhkan pendirianmu sepertimana kukuhnya struktur bangunan.

Raja Nurul Anis said...

salam akak,teruskan perjuang..insyaAllah kalau ada jodoh yang panjang dan diizikanNya,saya akan pergi ke sana menemani akak..doakan saya yea kak....muahhh...

danish said...

Dan bulan Jun pula muncul dalam kehidupan saya..

Selamat menyambut hari Maulud Fan..
moga dengan penigkatan umur seiring dengan amal dan ibadat..

Tabah ya fan! ;)

p/s jgn lupa org kat sarawak nie :p

tuan rumah kacak said...

encik shafiq
salam. alhamdulillah, banyaknya tak terkira. hari² boleh refleks diri. err, 'au kama kol' tu apa eh?

keri
salam. baru smlm aku jumpa kau. jadi waiter. nasib baik pakai smart. haha. kau pun sapu sampah jugak ke? pastu nak isi apa dlm rapport de stage yeh?

adam
salam. oo bole je nak wish skarang. group usrah aku pun baru kasi hadiah smalam. hehe. kat paris plak tu.

itulah. banyak benda yang belajar. tp sibuk pun, aku ade plak masa update blog kan. bukan mcm kau yg hiatus for a month. hehe.

hafiz
semua org pon akan optimis kalau di tempat saya. hehe. smlm kenapa tak join kawan² jadi waiter? :p

Afiq
salam birthday mate. heh. moga Allah sentiasa kukuhkan pendirian di dada. kamu juga, teruskan perjuangan sebagai bakal arkitek! bidang kita memang akan sentiasa selari. :)

angosh
salam sis. akak da tak sabar nak menerima kehadiran tiga orang adik baru! hehe. (masih mencari rumah)

danish
salam. ingatan dari orang jauh! wau, terharu. terima kasih danish. moga kamu baik² saja di sana.

Mak cik kantin Amiens said...

"innallaha ma'ana"...courage is not a word, it's something to show. my pray and luv will always be wit u 2.....

tuan rumah kacak said...

mak cik kantin amiens
haha? makcik kantin. makcik², nnt ada entri baru pasal kamu dan makcik² tuffah yg lain. tungguuuu.

Habib said...

Salam w.b.t;

Jadi, anda jugapun mempunyai blog,dan pandai menulis serta mengambil gambar.

Apapun,Terima Kasih atas segala pertolongan utk Malam Graduasi itu.

p/s-Hairan kerana kamu sempat menulis blog ketika musafir.
Powered by Allah's will kan.

hafizfp8 said...

tuan rumah kacak..diorang semngt...ak kurang semngat...
hajat dihati nk main futsal...tp dah takde mood...gagagaga

tuan rumah kacak said...

incik habib
salam. jzkk kerana sudi pula berjejak di sini. serasa saya ini kali kedua anda meninggalkan komen di sini. (dengan nama pena kamu yang satu lagi). mungkin x igt sbb layout sebelum ini begitu kontra dgn yg sekarang. penulisan saya tidak sebagus tulisan incik habib sendiri. huhu.

dan malam graduasi tu mmg sudah mcm menjadi tugas kami ajk baru utk membantu, kan.

p/s: yes. powered by Allah's will. saya juga hairan bagaimana anda boleh ke sini sewaktu musafir. oh lupa. iphone kan? hehe.

hafiz
takpe². takde rezeki nak dgr saya membebel lg. ngahaha.

Simon Malik said...

dush! kena sekali

itu ler, aku yg sedang exam nih, sedang sedaya upaya utk meneruskan penulisan. takut korg sampai tak larat baca jer nnti nak baca, hehehe

anyway, selamat berumur 21+1 bulan ^^

pech said...

salam.hi.
was blog hopping and found ur nice blog.
just curious and wondered:
1. amik kos apa? civil?
2. mmg praktikal kt bangunan/ kna bancuh simen?

anyway nice informative blog

tuan rumah jelita said...

pech
salam and hello. first thing first, thank you for your visit. ^^. yup, saya amik kos civil. kat sini, ada praktikal utk thn pertama dan kedua U. n dia memang galakkan kita bekerja di tapak pembinaan, which i think sgt bagus sbb u'll understand what u'r saying later, bila kita da bekerja dalam pjbt utk urusan teknikal. tp boleh je kalau dua-dua tahun nak buat dlm pejabat je. macam saya, this year da rasa di tapak, next year, im gonna do my praktikal in office pulak. voila2. hope it helps. =0

pech said...

i see.that explains.just didn't know mara/jpa sponsored civil.
dlu diorg ckp mara x bagi.hmph!

ok2.au revoir ( nk kool gak. voila! haha)
slamat bercuti