June 8, 2009

bakal 21 jun : selamat hari bapa.

Assalammualaikum w.b.t

Alhamdulillah,segala puji untuk-Nya yang memberiku peluang bernafas sehari lagi di atas muka bumi-Nya.



Ayah pernah tulis dalam buku biodata saya, sedikit waktu dulu;


"ikutlah resmi padi ; semakin berisi semakin tunduk."



serta-merta saya tunjuk pada mama coretan ayah. mama senyum saja dan menoleh sekilas pada ayah,


"ayah ina, sampai peribahasa pun mesti ada padi."


ayah memang asalnya dari Kedah. anak bongsu dari tiga orang adik-beradik dan ayah bukan dari keluarga senang atau mewah.


ayah pernah cerita :


waktu itu, ayah wakil Sekolah Menengah Pulau Nyiur untuk kejohanan bola sepak yang berlangsung di Kolej Sultan Abdul Hamid, sebuah sekolah bandar, di Alor Setar.


pasukan ayah melangkah masuk ke padang bila tiba-tiba ada suara² nakal dari pasukan KSAH melaung ;


"hoi, hang pa pakai seluaq, kain balut nangka ka??"


satu padang bergegar dengan hilai tawa mengejek. dan saya ingat² lupa sama ada pasukan ayah menang atau tidak. ah. begitu rupanya orang dahulu². orang bandar pantas saja mengejek orang kampung.


lalu, ayah sambung pengajian tingkatan enam atas di Sekolah Alam Shah, kota raya Kuala Lumpur. Di sinilah, ayah bertemu sama mama, wakil dari Sekolah Kolam Air (kini Sekolah Seri Puteri) yang waktu itu merupakan johan bagi pertandingan projek Sejarah. pertemuan pertama itu tercetus dengan perang mulut antara 2 buah sekolah yang saling tidak puas hati ini.


bibit pertelingkahan berubah bila mana Tuhan mempertemu ayah dan mama semula di Universiti Malaya.


ayah tidak pikat mama dengan kereta² besar atau wang ringgit. ayah bukan orang kaya. tapi, mama cerita, setiap kali ayah bertandang ke rumah, ada saja buah mempelam atau apa² buah sebagai buah tangan.


waktu darjah enam, baru saya faham maksud sebenar peribahasa padi ayah itu. dan baru saya tahu, rupa-rupanya masih ada sambungan.


"ikutlah resmi padi, semakin berisi semakin tunduk. janganlah ikut resmi lalang, semakin tinggi semakin tiada isi."


hari ini ayah ialah pegawai kerajaan kelas tinggi. saya doa pada Tuhan, moga-moga peribahasa padi ini masih lagi jadi pegangan ayah.


amin.



fanramli

9 comments:

AmiE said...

Salam fan.

Asal kedah noo? dan anak ayah!..
Pak cik, anak pak cik ni baik, sebab ayah nya baik..haha..

happy father's day pakcik!

p/s: kadang-kadang bila parents bagi nasihat guna peribahasa, masa diorg tgh cakap-cakap tu ada rasa cam dekat drama melayu kan? haha

Sabrina Halim said...

so sweet la ur prents pny love story. hehehe

Nurul Farhana said...

aww, sweet la entry ni. aku nak nangis T_T

danish said...

Moga anak yg dikasihi mengikut jejak langkah ayahnya.. :)

*fan apa kabar?sihat?
dah lupe org jauh ke?hehe..

Nurul Husna said...

menarik!!!!

Nurul Farhana said...

weh, ko kena tagged. buat laa. cuti-cuti ni kan takde keja. hehe!

miokmuahh said...

fansu..visit blog miok..bru buat berjinak-jinak..heheh
http://aiminabila.blogspot.com

tuan rumah kacak said...

kak amie
hehe. ye saya asal kedah. mula-mula pelik, kak amie tak tau ke. baru teringat, kita memang tak pernah taaruf betul² kan? hehe. yes, esok father's day. huuu.

sab
hehhehe. nnt dah tua nnt, nak tau awak punya love story lah dgn ur husband.

nurulfar
apatah lagi aku yang menulis

danish
sihat alhamdulillah danish. heh. tidak lupa, cuma masa tak mahu beri senggangan sikit.

husna
macam tatau je aku pi tgk blog ko.

nurulfar
arghhh!!

miok
miok ada blog? oh. my. god. hehehe. seems survivors skrg semua nak curahan hati thru menulis ni. nnt i'll put the link, k babe.

Anonymous said...

wahhh.. fan menarik la cerita ni :)

-kak dida germany-