Alhamdulillah,segala puji untuk-Nya yang memberiku peluang bernafas sehari lagi di atas muka bumi-Nya.

Langit sudah cerah seawal jam 5 pagi.
pagi ini tampak lebih tenang atas sebab mungkin implikasi dari hati penulis yang sedang reda dari hiruk-pikuk dan asak-asak kereta api dek kerana turun naik le havre-rouen-paris yang berlangsung selama 4 minggu berturut-turut.
duduk begini dengan jasad yang segar selepas mandi dan menunaikan sujud pada Allah 'Azza Wa Jalla sambil menghirup hot chocolate, memang begitu menyamankan.
lalu, katakan, apa alasan untuk saya TIDAK merasa bersyukur atas kenikmatan dan kelapangan yang Allah kurniakan ini? Doa lewat Subuh ini panjang sedikit dari yang biasanya.
lembaran kertas² putih yang tercoret sana-sini di sekitar kawasan meja kerja ini dibiar sepi sebentar.
saya harus tarik nafas sedikit. sebelum memecut semula.
praktikal, secara rasminya sudah melabuhkan tirai penutup semalam.
saat saya mula menari-narikan jemari saya untuk mencoret sesuatu buat kongsian kisah hidup di kamar blogosphera ini, tiba-tiba saya tersedar betapa banyaknya pengalaman yang telah saya kutip sepanjang sebulan ini.
kalau mei saya katakan bulan kontroversi
maka jun ialah bulan kematangan.
sungguh, Allah tidak menciptakan sesuatu dengan sia-sia dan Dia tidak menjadikan sesuatu tanpa sebab. kita hamba-Nya dianjur untuk tidak membazir apatah lagi Allah Sang Pencipta untuk mereka-reka sesuatu tanpa hasil.
dan kerana itu, maka tidak sia-sia Tuhan mencampakkan saya di ceruk sini.
hari-hari semalam umpama mimpi saja buat saya disisipkan dengan berjuta pengajaran dan hikmah sepanjang saya menjalani praktikal sebagai seorang buruh kasar 4 minggu dan sebagai apparentice formen di pejabat seminggu.
ah. Allah memang tidak pernah berhenti mendidik. Dia mempertemu saya dengan pelbagai ragam manusia yang masing-masing punya falsafah hidup tersendiri.
tidak semua orang mempunyai nasib yang sama
tidak semua orang sentiasa bernasib baik
tidak semua orang punya peluang tertentu
tidak semua orang tahu mengekspresi diri lalu hanya mampu berdiam hingga luka menjadi nanah
jadi sentiasalah empati. bukan simpati. kerana itu yang mereka mahu.
macam : listening is always better than hearing.
toleransi dan sentiasa cuba untuk faham keadaan orang lain.
bak kata seorang kenalan (menerusi YM) :
what we need is not the solution of the problem but the reason of the problem.
walau pada awalnya, saya agak kurang setuju. tapi lama kelamaan, kamu juga akan setuju sekiranya kamu dalami ayat itu.
kerana solusi akan menyelesaikan masalah itu pada waktu itu saja
tapi sebab akan menyelesaikan masalah itu sehingga bila pun.
bréf, satu saja yang sebenarnya yang saya cuba sampaikan :
betapa Tuhan itu Maha Pemurah membiar kita masih lagi bernafas untuk kita merasa pahit manis kehidupan.
jadi hairankan diri mengapa kita masih lagi belum bersyukur hari ini.
cawan berisi hot chocolate tadi sudah kosong.
semacam petanda saya harus menyambung laporan praktikal 20 muka surat saya.
fanramli
6 comments:
ragam manusia mematang kan kite
dari mereke kite blajar ttg hidup
:)
Salam w.bt.,
Pandai juga anda bermadah dan berfilosofi.Kagum.
what we need is not the solution of the problem but the reason of the problem.
walau pada awalnya, saya agak kurang setuju. tapi lama kelamaan, kamu juga akan setuju sekiranya kamu dalami ayat itu.
kerana solusi akan menyelesaikan masalah itu pada waktu itu saja
tapi sebab akan menyelesaikan masalah itu sehingga bila pun.
- good remark =)
madah yg best.. ana suka!
jzkk..
semoga dipermudahkan segala urusan..
madah yg best!! ana suka..
jzkk..
semoga dipermudahkan segala urusan..
f
saya rasa saya tau kamu siapa. well, true. ragam manusia banyak mengajar kita. macam ragam kamu pada saya. hehe.
incik habib
salam. dulu pernah juga org lampiaskan kata 'kagum' pada saya. dan saya mohon, jangan. 'kagum' itu macam ada tahap tinggi utk saya. jadi, saya mohon pada kamu pula, ya. :).
cik/encik anonymous
katakan tahniah kepada si pencetus phrase itu. hehe.
kak yu_ay
wohooo. dua kali kasi komen. suka sangat ke? heheh. mesti masa first time submit tu, kak yu_ay igt tak jadi. hehe.
Post a Comment