June 22, 2009

yang ni tak de sastera² dah.

Assalammualaikum w.b.t

Alhamdulillah,segala puji untuk-Nya yang memberiku peluang bernafas sehari lagi di atas muka bumi-Nya.


AMARAN : entri ni akan panjang. sila baca ketika anda betul² free. dan jangan risau, takde ayat bunga-bunga untuk entri ni.



tengahari tadi, tiba-tiba perut saya berbunyi.
hairan, kerana kebiasaannya, lunch adalah tidak wajib bagi saya.

mungkin kerana dari semalam asyik memerah otak membuat ayat² perancis utk report praktikal yg perlu dihantar isnin.

lalu saya angkat tudung periuk.
emm, lauk sambal udang semalam masih ada sikit lagi.

saya angkat tudung periuk nasi pula.
wahhh, nasi ada banyak lagi. boleh buat 1 kali dan 1/4 kali makan.

nak buat apa eh?
nasi lebih banyak dari lauk.

'ah. buat nasi goreng je la.' getus hati saya.

lepas 5 minit lebih, siap!
saya switch on tv dan duduk bersila.

"bismillahirrahmanirahim.. Allahumma bariklana fi ma rozaqtana waqina azabannar. amin."

dan saya makan.
lepas habis sepinggan, saya bangun dan tambah lagi.
sedar-sedar, nasi yg saya sangka banyak tadi habis semua saya makan.

'wau. kuatnye aku makan.' fikir saya.

saya geleng-geleng kepala.
seingat saya, memang sejak dulu, kalau makan nasi goreng, memang boleh tambah berkali². macam tak mahu kenyang pula.

tapi dengan kuantiti yang sama, kalau ianya nasi putih,
sepinggan pun sudah boleh rasa kenyang.

ada tak org di luar sana yang ada perangai mcm saya ni?
ke saya je yg pelik?

fikir punya fikir, saya buat satu hipotesis.
mungkin lebih kepada nak menjustify yang saya tidak pelik. (atau tidak kuat makan.)


manusia yang akidahnya islam ada dua.

satu yg mempraktik.
dua yang tidak mempraktik.

golongan satu yang mempraktik juga ada dua.

satu kecil, praktik tapi rasa islam itu leceh.
dua kecil, praktik dan rasa islam itu tidak leceh pun.

saya mahu membahaskan golongan ini lah.

kenapa ada yang praktik tapi boleh rasa islam itu leceh?

mudah.

mula-mula cuba lukis dua bulatan. satu bulatan tulis muslim. satu bulatan tulis status anda sekarang. kalau pelajar, tulis pelajar. kalau engineer, tulis engineer.

..


jadi sekarang, anda dua tanggungjawab yang berbeza.
aduhai manusia. DUA tanggungjawab.

mesti awak busy kan? mana la larat nak handle dua benda sekali. mesti rasa susahhh!

kalau macam ni pula?

..


ish. macam ni pun macam susah. ni dah ada TIGA tanggungjawab.
muslim, student, dan muslim+student.

huiyoooo. rasanya LAGI susah ni!

cuba gabungkan dua-dua, nak tengok? macam ni ha:

..


eh. ada SATU je tanggungjawab?
haa. macam ni la senang kan.

islam kan is the way of life.
kalau gabung macam ni, sepatutnya, kita boleh concentrate dgn SATU benda ni je.
takdela kita rasa islam tu leceh la. berat la.

logik la kan?
kan?

sama la kan dengan analogi kisah benar nasi goreng saya tadi.

nasi putih yg banyak tu nampak cam susah nak habiskan, sbb mungkin lidah dan tekak saya macam susah nak telan setiap butir nasi tu sbb tawar. tak ada rasa.

tapi kalau nasi goreng, semua perisa ada. rasa ayam (kalau letak ayam.) rasa ikan bilis (kalau letak ikan bilis), pastu ada rasa pedas sikit. emmm.. sedapnya!! jadi, senanglah nak habiskan sampai berkali-kali tambah pun tak perasan.

macam tu la islam.
menjadi seorang muslim dan menjadi seorang student,
kalau dipisahkan tentulah akan merasa berat.


jadi student saja memang kita da tau memang akan tensyen. bak kata kahuna , kita ni dibayar (scholarship) untuk menjadi stress.

tapi menjadi muslim kan penuh dengan rasa.
majoritairement, rasa manis kalau kita lakukannya dengan betul.

kalau digabungkan, tentu akan menjadi lebih mudah.
lebih-lebih lagi ada Allah sebagai Penolong yang terbaik!

Allah akan tolong kita kerana kita adalah orang-orang mukmin. sekaligus akan tolong kita yg bergelar mahasiswa ni.

cuba kalau bulatan tu terpisah?

Allah akan tolong kita yang mukmin. tapi yang sebagai student tu, siapa pula yang nak tolong?

kan? kan?


cakapla ya.

supaya nanti saya boleh buat kesimpulan yang saya sebenarnya :

tak makan banyak.


hehe.


"Wahai orang-orang yang beriman, masuklah kamu semuanya kedalam Islam secara kaffah (menyeluruh), dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaithan. Sesungguhnya dia itu musuh yang nyata bagimu." [Al-Baqarah 2:208]






fanramli

11 comments:

Anonymous said...

salam...gud idea and penyampaian...saya suka penulisan awak...

Simon Malik said...

salam

*entry ceria*~! (^^)

ya benar, senang citer cam makan nasi kosong yg lauknya dimakan berasingan. try bygkan kita makan nasi dulu sampai habis, then baru kita makan lauknya, weird dan tak best isnt it?

hurm.. rasanya ada 3 faktor lain yg aku leh bentang kenapa ko leh rembat ns grg tuh sampai habis.

1 - ko mmg tersgt lapar.

2 - otak ko telah gunakan byk tenaga utk pikir ayat² rapport, maka secara tak langsung, perut kata 'aku lapar'

3 - nasi grg yg ko buat tuh sedap. ngehehehe..

Tariq Ziyad said...

wah,jauh betul pusing.ingatkan nak cerita pasal nasi goreng je tadi.hehe.rupa-rupanya nasi goreng tu analogi je.

Semoga yang membaca menjadi Muslim/Muslimah sejati;muslim cara belajarnya,muslim percakapannya,muslim akhlaknya,hatta nak makan pun kena muslim jugak :)

f said...

salam,
makin nak balik malaysia makin bulat lah anda.nasi goreng nasi goreng.xpenah tahu kamu suke makan nasi goreng
:)
Allah takkan membebani hambanya jika hambanya tidak mampu kan fansu?
bersyukur kite diuji,kerana Dia rase kite mampu menempuhinya
sesunnguhnye setiap kesulitan ada jalan penyelesaianya
setiap penyelesaian pasti ada yang cara yg mudah
tapi bersama lah dengan Dia sentiasa supaya Dia sentiasa dapat membantu
thanks,u make me think
:)

Alin Amiens said...

salam wbt
fan, sebenarnye KITE suke makan nasi goreng(di France je kut) dan kite juge suke makan banyak..huahua.

yeah, dat's right. being muslim + student is not easy but HE alwiz helps right..? alone or not, He's closer than our vein, all d time.

la yukallifullahu nafsan wus'aha..

Alin Amiens said...

fan, shilap..
la yukallifullah hunafsan illa wus'aha.

huuuuu

k reen said...

lazat sekali entri ini fan!!!
analogi yang x terpk dek akal tapitepat skali!!
me too bila makan nasi goreng mesti boleh makan byk, so kita geng hehe!!
muslim engineer all in one!

k.Ana said...

salam fan.. hehe, tetibe lapar tgh² mlm ni.. k.reen, nape muslim engineer all in one? sbb sume engineer suke mkn nasi goreng ke? kene wat sondage ni.. tp ana suka nasi goreng jugak!! lg² klo k.reen masak!! hahaha!!!

analogi yg best! subhanallah!

tuan rumah kacak said...

cik/encik anonymous
haha. gara-gara nak justify 'tak kuat makan'.

adam
masalahnye kan, bukan kali ni je. sejak dolu² tau aku suke makan nasik goreng ni.

tariq ziyad
haha. itulah saya. pusing nombor satu.

f
wau. tiba-tiba rasa mcm tak tau sape kamu. huhu. alhamdulillah, mmg itu kehendaknya, semoga tulisan yg biasa² ni boley menyentuh kalbu.

alin?
hehe. alinnnn. dalinnnn. hehe. ok. da corrigé. KITE suke mkn nasi goreng sbb malas pikir nak masak lauk ape. kan kan?

kak reen
yea yea (sambil menari shin can). ade geng. hehe. lazat kah entri ini? wau. bizarre sungguh adverb yg kak reen guna pakai itu. kalau untuk entri sambal terung, logiklah. hehe.

kak ana
mungkin sbb fan tulis engineer tu kot. hehe. yea yea (menari mcm doremon plak). ade geng lagi. rasanya kita kena buat sondage. nampak real sikit yg saya tak makan banyak. kan? kan? kan? HEHE.

shiedahkamil said...

salam..
mntk izin nk link blog akak eh..

tuan rumah kacak said...

shiedah
avec plaisir. ^^.