Alhamdulillah,segala puji untuk-Nya yang memberiku peluang bernafas sehari lagi di atas muka bumi-Nya.
selama 21 tahun, mama terlupa memberitahu satu perkara fakta : saya dilahirkan dalam bulan puasa – 14 ramadhan1408!
lagi beberapa hari, bulan Ramadhan bakal menjengah. tahun ini beruntung sedikit, dapat merasa berpuasa di malaysia lebih kurang 10 hari.
bagi muslimin dan muslimat, kedatangan bulan Ramadhan tentu memberi kesan kepada kita. ada yang berdebar-debar, ada yang tidak sabar, ada yang takut-takut.
tapi, ada juga yang : tidak rasa apa-apa, biasa saja .
wahai kawan-kawan, bagaimana boleh begitu ?
adakah kamu merasa bulan ramadhan itu bulan yang ‘biasa-biasa’ saja, sama seperti bulan² yang lain?
bulan yang penuh fadhilat ini, jangan sekali kita lepaskan peluang untuk beribadah, kelak tentu menyesal.
macam mana kalau Ramadhan ini adalah Ramadhan yang terakhir buat kita?
cuba rasakan kematian itu sudah dekat. kerana ajal maut ketentuan Tuhan.
so, saya ingin mengajak semua untuk sama-sama ambil masa sekejap dan set kan beberapa misi yang boleh kita laksanakan sepanjang ramadhan.
tak perlu set target yang terlalu tinggi sehingga kita pun tak mampu tunaikan.
http://ulumcordova.wordpress.com/2008/09/08/optimisnya-mereka-itu/
contoh satu:
hendak mengkhatamkan al-quran 3 kali.
-sedangkan pembacaan kita masih belum lancar.
daripada itu , apa kata
cuba melancarkan pembacaan dan seboleh-bolehnya khatam Al-Quran sekali.
atau
membaca Al-Quran
-bagi sesiapa yang kali terakhirnya membaca kitab syumul itu 4 tahun yang lepas
contoh dua :
menunaikan solat
-bagi sesiapa yang sudah lama meninggalkan kewajipan ini
atau
menunaikan solat di awal waktu
-bagi sesiapa yang sudah cukup 5 waktu
hendak mengkhatamkan al-quran 3 kali.
-sedangkan pembacaan kita masih belum lancar.
daripada itu , apa kata
cuba melancarkan pembacaan dan seboleh-bolehnya khatam Al-Quran sekali.
atau
membaca Al-Quran
-bagi sesiapa yang kali terakhirnya membaca kitab syumul itu 4 tahun yang lepas
contoh dua :
menunaikan solat
-bagi sesiapa yang sudah lama meninggalkan kewajipan ini
atau
menunaikan solat di awal waktu
-bagi sesiapa yang sudah cukup 5 waktu
misi saya:
bukan niat untuk menunjuk tapi moga dgn tercoretnya beberapa misi saya, boleh menginspirasikan anda untuk turut set target ramadhan kali ni!

-kurangkan gelak dan bergurau (saya sgt sgt sgt suka mengusik dan ketawa)
-tidak mahu tinggalkan solat terawih
-tidak mahu tinggalkan solat terawih berjemaah (di masjid atau dgn che’ we)
-hafal juz ama

-kurangkan dengar nasyid dan banyakkan dengar bacaan ayat-ayat al-quran
-berbuka tak nak banyak-banyak (hehe kesian che’ we)
-bersabar (kurangkan emo)
OPPPSS!
saya TIDAK menganjurkan untuk kita jadi hipokrit, bila bulan puasa je berdegang-degang nak buat itu ini.
tapi, cuba baca ini :
kenapa puasa tidak berkesan? sebab ia sama ada dilaksanakan bukan atas dasar iman (input tidak jelas) ataupun prosesnya tidak baik (tidak menepati syariat lahir dan batin). Kesannya? nafsu masih buas walaupun setelah sebulan berlapar dan dahaga. fikirannya masih kotor walaupun telah tamat 30 juz bertadarus. hati masih tamak walaupun telah bersedekah, beriktikaf dan qiamullail. -quoted dari majalah Solusi, isu #10, tulisan Pahrol Mohamad Juoi.
so, sebab itulah saya tidak menyarankan untuk kita set target yang terlalu tinggi menurut keinginan hati. mungkin kita mampu buat, tapi tentu dari segi pelaksanaannya, tergopoh-gopoh, tanpa penghayatan yang cukup.

jangan sampai, habis je bulan Ramadhan, ia seolah-olah tak beri kesan pun kat kita. seperti air yang mengalir di atas permukaan tanpa meresap.
jadi tak salah bermisi, asalkan ianya berkekalan walaupun bulan ramadhan berlalu pergi.
jadi, apa pula MiRa (Misi Ramadhan) kamu?
fikir-fikirkan!
5 comments:
selamat bermujahadah fansu'
wahh~
alhamdulillah.(:
yeah.
cakap mmg senang.
memang mudah.
tapi..
nk buat itu..
huh?!
macam mana pula itu?
bantu lahh saya.
saya punn nk berubah ke arah kebaikan.
insyaAllah.
dgn izin Nya.
~aminn.
salam.
hoho kak fan.dila plang lahir 15 ramadhan:D
harap masih belum terlambat.
selamat menunaikan ibadah puasa. semoga kita sama2 graduate dari madrasah Ramadhan dengan cemerlang!
:):):)
husna
selamat bermujahadah buat kamu juga. hehe. sempat jumpa kt pintu komuter je ek.
anonymous
aisyahhh yeeehh? hahhaa. mulakan la dengan hati yang tekad. akak sentiasa ada di belakang adik-adik avengers, dengan keizinan-Nya.
dla bha
wahhh. betul2 muda setahun ni. hehehe. bha, selamat berpuasa. kat tempat kamu buka pose pukul 6 lebeyh. wuhuu.
fatin
fatin! fatin! hehe. selamat berpuasa buat fatin juga. =)
Post a Comment