Assalammualaikum w.b.t
Alhamdulillah,segala puji untuk-Nya yang memberiku peluang bernafas sehari lagi di atas muka bumi-Nya.
Ramadhan bulan yang penuh barakah, membelenggu tangan dan kaki syaitan daripada terus meniup bisikan jahat ke dalam jiwa-jiwa anak cucu nabi Adam a.s .
hati kegalauan.
penangguhan hukuman sebat ke atas Kartika Sari kerana kesalahan meminum arak disambut dengan pelbagai respon dari bermacam pihak.
saya? ragu-ragu.
macam ada bau-bau hukuman sebat itu bakal ditarik balik.
kalau benar, maka kesal dan kecewalah saya.
kamu.
jangan cepat menuduh saya berhati batu.
saya kasihan dengan Kartika Sari waima kemahuan hatinya tidak difahami pihak-pihak tertentu. wanita itu bukan angkuh atau ego kerana tidak mahu membuat rayuan dan berkeras mahu hukumannya dijalankan secepat mungkin.
manusia, jika sudah menyesal dan insaf, tentu mahu dosa-dosa lampau cepat-cepat dihapus dan tidak dikenang kembali sekelumit pun; walau pada hakikatnya roh kita akan sentiasa dihurung rasa berdosa dan malu di masa hadapan.
mungkin bagi Kartika Sari, hukuman sebat itu selayaknya mampu menghurai rasa bersalahnya kerana mengingkari suruhan Rabbul Izzah. setidak-tidaknya, hatinya tentu lebih tenang dan boleh menarik nafas lega yang kecil, kerana seolah-olah bebanan yang begitu berat di pundaknya telah diringankan sedikit – sekiranya hukuman sebat itu tetap dijalankan.
padahal wanita itu sendiri mengatakan, ‘lebih baik dihukum berat di dunia supaya diringankan kelak di akhirat’.
thumbs up, woman. I salute you.
Tidak kiralah apa jua alasan yang dikemukakan, jangan sampai satu hari nanti, alasannya;
‘ala, ramai je lagi orang islam yang minum arak kat Malaysia ni, takkan semua nak kena sebat kot?’
subhanallah..subhanallah..
maka saat itu, nampaknya, yang haram sudah menjadi kebiasaan.
nauzubillah.
4 comments:
cik, sy pun cam rasa2 ada peluang hukuman tu x jadi dijalankan..
mmg bagus hukuman sebat khalayak ramai ni, bagi pengajaran ke orang lain.
maybe k'jaan tangguh ngan x setuju cz bmbang bnda ni jadi isu dengan media barat.
tau2 laa diorang bukan paham hukum kite, tau cakap pasal hak asasi manusia je. huhu
Bukankah lebih baik kalau hukum hudud tu tak dijalankan di masa sekarang?
Bukankah ia akan menjauhkan manusia-manusia yg rata-ratanya masih dibelenggu pemikiran sekular di Malaysia,dari mencari sinar Islam?
Mungkin hukuman sebegitu,dlm keadaan masyarakat dan dunia kita sekarang,boleh menimbulkan kemaslahatan yang lebih besar?
Dahulu ketika Abdullah Ubay dan munafik lain dipecahkan tembelang bahwa mereka ni benar2 munafik,Nabi Allah hanya membunuh munafik2 lain kecuali Abdullah Ubay krana suatu kemaslahatan.
Bukankah begitu? :)
Sekadar nak tahu pandangan penulis :)
encik shafiq
huhu. wallahu'alam. terserah kepada pihak berkuasa.
tengku k
hukuman sebat sama ada khalayak atau tidak, aku tak tau pertikai.
yang aku rasa cuma moga hukuman sebat itu ada untuk cik kartika boleh tarik nafas sedikit. heh.
(kalau benar itu yang dia rasa lah.)
tariq ziyad
salam sang penakluk kota andalusia. :)
hakikat hukum hudud perlu dilaksanakan ketika umat islam benar-benar faham tidak boleh disangkal.
sepatutnya dalam kes ini, diaplikasi sama.
tapi sudah terlanjur, Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan mengeluarkan hukuman, saya terasa menangguh-nangguh dan ragu-ragu begini sekaligus sudah memalitkan 'sesuatu yang tidak kena' pada mata mereka yang bukan islam bahkan kepada umat islam sendiri.
dan kerana 'permainan tarik tali' ini, hari ni isu ini sudah menjadi kontroversi - badan² kemanusiaan dan entah badan mana² lagi sudah masuk campur : menjadikan hukuman itu sudah tidak relevan.
kalau diikut perkembangan berita ini, segalanya umpama graf mendatar sehinggalah 'van berpatah balik', gencatan tiba² pada graf, kesannya ; huru-hara hari ini.
tapi, wallahu'alam. sungguh si penulis begitu cetek ilmunya ttg hukum-hakam.
jzkk untuk persoalan yg triggering. (err, wujudkah perkataan ni dlm english?) ^^
Post a Comment