September 12, 2009

dari kerana mata.

Assalammualaikum w.b.t

Alhamdulillah,segala puji untuk-Nya yang memberiku peluang bernafas sehari lagi di atas muka bumi-Nya.


gambar tidak ada kaitan dengan entri


pandangan mata itu sgt subjektif.
sepakar mana pun pakar psikologi itu, tetap tidak mampu mentafsir pandangan mata seseorang dengan begitu jitu ketepatannya.


hanya Allahuakbar yang mengetahui, dalam mahupun luar.


pagi-pagi, cemburu melihat dua adik kesayangan (sudah punya teman di sini!) sdg enak diulik lena walhal saya sdg bersiap-siap utk ke kelas jam 10 pagi.


ya. hari sabtu. tetap mempunyai kelas.
bila sudah berada di tahun kedua, anggukkan sajalah dengan kepadatan jadual waktu.


hari ni ada tetamu dari bandar² berdekatan datang bertandang.
maka, sengajalah saya mengenakan blouse putih berbunga-bunga dipadankan dengan kain panjang warna hitam berlabuci ringkas. dikenakan dengan tudung biru berkotak-kotak.


sambil telinga diselitkan earphone, saya berjalan ke kelas.


pandangan mata ramai² mula melekat pada saya.
selalunya, ianya normal.
tapi hari ini, pandangan mata-mata itu seolah-olah berbeza sedikit. err. banyak.


setiap kereta yang melepasi saya selepas lampu isyarat bertukar hijau, pemandunya pasti mengalih pandangan sebentar kpd saya.


kalau ada 10 kereta, 2 org saja yang buat tak peduli.
apa yang tak kena??


hati saya jadi x keruan. lantas, mengadu pada teman seperjuangan tercinta melalui SMS sebelum kelas bermula.


'mayb kau nampak lawa dn ayu. dn mayb gak diorg jarang tgk org pkai cam fan.. ok je. Optimis2!' -F*dz**** : SMS


'Phewiit..! Ak rasa org terpes0na la weh. Mane x nye, pkai cntik2, org nye pn cntik pas2 pkai tdung n p blaja tinggi2 kat iut. Hehe. Dnt wry babe. Ak rasa itu pndgn jeles je. Hehe ' -F*r*h Y***in. : SMS


'HAHAHAHAH.' -Y*n* : telefon


tak sia-sia kredit 30 centimes bagi msg kt korang.
u girls made my day.


korang memang power membodek.
tanam tebu di tepi bibir. ceh.


hehe.


selamat beramal di akhir Ramadhan ini.
jgn perlahankan gear, terus speed!

6 comments:

semut putih said...

aik, cerite dah abes ke?

shiedahkamil said...

bese lah tu foreigner kn..hehe

Anonymous said...

hahaa(:
yeah.
mayb fann cntik sungguh kott.

tapii
ALLAH lagi MAHA CANTIKK
kann?

ps;fann bangga ke org tengok fan cmtuh?
ish!klu saya,TAKUT!=0

Anonymous said...

haiyoo , fan .
y ure soo xcited
huh?!
soh , u are proud of it lahh?

hmm
i was just wondering sajaa lahh ..

Anonymous said...

hahaa(;

benar.benar.
sesuai dgn title :
DARIkeranaMATA.

tuan rumah jelita said...

kak semut putih
oh ending dia, saya tak leh nak buat apa. lagi 10 minit je nak start kelas, takkan nak balik rumah tukar baju plak.
lagi² bila teringat hadis , 'islam dtg dengan dagang dan ia akan kembali dagang.' =)

shiedahkamil
ha'ah. btol btol btol.

anonymous I
ngehee. cik/encik anonymous tentu tak pernah bertemu empat mata dengan saya.

sbb kalau pernah, cik/encik anonymous akan merasa SMS² yg dihantar rakan² saya itu mmg betul² kelakar dan satu bodekan manja!

hehe.

btol btol btol.
Allah yang Tidak Mengantuk memang Maha Cantik lagi Sempurna.

p/s: cuak jugak org tgk mcm tu. tp lama² rasa izzah (bangga) sbb Tuhan campakkan keberanian utk saya pamerkan imej bertudung muslimah dlm komuniti bukan islam.
alhamdulillah saya tdk menjadi lalang. gentar dipandang, lalu berubah pakaian semata-mata 'tidak mahu dipandang pelik'.

anonymous II
wahhh, byknya anonymous kali ni!

i am very excited because today i could stand in front of them despite their look towards me.

=).
because, i know how it felt, being a minority, who brings muslim image.

and i am very excited, for the second things :
i realized that i have some good friends whom i can turn to.

how Allah makes His servant's life for what they need not what they want.

anonymous II
yah, agak koheren di situ. dengan title blog juga.
ngehehe.