Assalammualaikum w.b.t
Alhamdulillah,segala puji untuk-Nya yang memberiku peluang bernafas sehari lagi di atas muka bumi-Nya.
makin sibuk, makin hangat pula jari-jemari. padahal, semester baru kononnya diazamkan dengan semangat baru. mesti ulangkaji dan mesti adakan kefahaman yang jitu.
dan aku masih tak habis mencari alasan untuk diri sendiri. daripada aku melihat kelemahan orang lain (yang kerap kali aku lakukan dulu), lebih baik aku lihatkan kelemahan aku sendiri yang sebenarnya dengan lengkap menggambarkan manusia millenium secara kolektifnya.
kalau kamu faham apa yang aku ingin maksudkan.
balik ke topik : aku suka mencari alasan untuk diri sendiri.
satu waktu, aku enjoy membuat kerja-kerja. aku ditenggelami keghairahan bersama ruang waktu yang menghimpit. laju saja aku bergerak dari segi fizikal mahupun mental. maju, ke depan dan tidak pandang belakang diiringi harapan yang menggunung dan kepercayaan yang padat dari orang sekeliling dan dari dalam diri aku sendiri. aku selesa. aku gembira.
tapi aku tidak pandai mengambil iktibar dari buku yang dicoret dengan penuh pengalaman dari penulis mulia.
Di sini kita wajib membezakan di antara tindakan yang tegas penuh kesungguhan dengan berpayah-payah serta membebankan diri di luar kemampuan. Sesungguhnya nafsu itu adalah ibarat anak kecil, apabila dia dicuaikan akan terus mencintai penyusuan tetapi apabila dipisahkan daripadanya ia akan berhenti menyusu kepada ibunya. Jadi tidak boleh tidak mestilah nafsu itu ditundukkan dan dikendalikan di dalam batas-batas kemampuan kerana Allah Taala telah berfirman sebagai ajaran untuk kita :Alhamdulillah,segala puji untuk-Nya yang memberiku peluang bernafas sehari lagi di atas muka bumi-Nya.
makin sibuk, makin hangat pula jari-jemari. padahal, semester baru kononnya diazamkan dengan semangat baru. mesti ulangkaji dan mesti adakan kefahaman yang jitu.
dan aku masih tak habis mencari alasan untuk diri sendiri. daripada aku melihat kelemahan orang lain (yang kerap kali aku lakukan dulu), lebih baik aku lihatkan kelemahan aku sendiri yang sebenarnya dengan lengkap menggambarkan manusia millenium secara kolektifnya.
kalau kamu faham apa yang aku ingin maksudkan.
balik ke topik : aku suka mencari alasan untuk diri sendiri.
satu waktu, aku enjoy membuat kerja-kerja. aku ditenggelami keghairahan bersama ruang waktu yang menghimpit. laju saja aku bergerak dari segi fizikal mahupun mental. maju, ke depan dan tidak pandang belakang diiringi harapan yang menggunung dan kepercayaan yang padat dari orang sekeliling dan dari dalam diri aku sendiri. aku selesa. aku gembira.
tapi aku tidak pandai mengambil iktibar dari buku yang dicoret dengan penuh pengalaman dari penulis mulia.
"Ya Tuhan kami janganlah Engkau membebankan kami sesuatu bebanan yang tidak sanggup kami memikulnya". (Al-Baqarah: 286)
petikan : JD - Mustafa Masyhur
pourtant, al-baqarah 286 ini ayat kegemaranku sejak aku masih berkurung putih berkain biru muda. adakah aku sebenarnya belum benar-benar betul beriman dan faham kepada kalimat Allah ini?
maka ya, aku tidak pandai menimbang kemampuan hingga di akhirnya membawa aku kepada satu-persatu kegagalan dalam bermacam lorong yang begitu dalam.
aku putus asa. terngiang-ngiang segala perkataan yang aku lantang suarakan satu ketika dahulu. segala yang aku konon-kononnya yakin dan tsiqah. syaitan pantas membisikkan keraguan, membisikkan persoalan-persoalan, membisikkan kepercayaan baru, membisikkan sifat rebellious.
sikit demi sikit, aku mendekati kelompok dibenci Allah, yang disebut di permulaan surah As-Saff.
maka pada period ini, aku enjoy dengan kelapangan masa. aku ditenggelami keseronokan bersenang-lenang. mendiamkan diri nampak lebih mudah. jalan melarikan diri nampak lebih thrilled. melupakan segala yang rumit nampak lebih tempting. aku hanyut dengan keseronokan yang dulunya akulah orang pertama mengutuk 'keseronokan yang plastik' ini.
aku hidup bersama golongan 2 yang berideologi seperti aku. aku seronok bercakap belakang, menyatakan kelemahan golongan 1 di aspek itu dan ini. padahal hanya bibir aku yang rancak bergerak tanpa disusuli teguran dan action.
keputusan di akhir hari tetap sama. bila mana aku mula mengumpul kepercayaan dan kasih kepada golongan 2, cepat saja kau patahkan.
itu bezanya. aku berusaha kuat untuk mengadaptasi dan menggembirakan kau. apa pun, aku akui aku mampu kecapi kebahagiaan maksimum. tetapi pendek. tapi bila bersama golongan 1, aku menjadi pihak yang diusahakan untuk digembirakan dan dipuashatikan. paling tidak, saling berusaha. kebahagiaan yang sedang-sedang. tetapi berpanjangan.
maka mana pilihan aku sebenarnya?
sudahkah aku kembali?
jangan. aku masih tidak tahu di mana kedudukan aku setakat ini. sudahkah aku kembali? atau adakah luahan ini hanya datang kerana dipengaruhi malam pekat yang dingin bila mana keinsafan bertiup kecil ke dalam jiwa?
aku tidak tahu, demi Allah. boleh jadi esok pagi, aku kembali seperti sedia kala. yang tidak mengisahkan tentang dunia tetapi hanya aku.
yang aku tahu, aku sedang merangkak semula. sekejap ke depan sekejap aku berhenti sekejap aku memesong. kemudian ke depan semula. kesimpulannya, katakan saja aku sedang mencari dengan perlahan-lahan dan lebih berhati-hati.
après tout, c'est à moi pour y réfléchir.
"Kerana amal yang sedikit tetapi berterusan itu lebih baik dari amal yang banyak tetapi terputus dan terhenti di tengah jalan."
No comments:
Post a Comment