January 19, 2010

tiga.

Assalammualaikum w.b.t

Alhamdulillah,segala puji untuk-Nya yang memberiku peluang bernafas sehari lagi di atas muka bumi-Nya.



sekali lagi.



Alhamdulillah,segala puji untuk-Nya yang memberiku peluang bernafas sehari lagi di atas muka bumi-Nya.


lagi.



Alhamdulillah,segala puji untuk-Nya yang memberiku peluang bernafas sehari lagi di atas muka bumi-Nya.


conseil : entri dibaca perlahan-lahan. tarik nafas setiap kali kamu menjumpai noktah dan koma.


dalam ramai-ramai ciptaan Allah, ada satu golongan namanya manusia.
dalam ramai-ramai umat manusia di atas muka bumi, ada macam-macam negara.
dalam ramai-ramai negara, ada satu negara kita panggil Malaysia.
dalam ramai-ramai rakyat Malaysia, ada macam-macam orang.
dalam ramai-ramai orang, ada mereka yang masih menuntut.
dalam ramai-ramai yang menuntut, ada mereka yang ke luar negara.
dalam ramai-ramai luar negara, ada perancis.
dan dalam ramai-ramai rakyat malaysia di perancis, Allah pilih dia untuk berjumpa dengan izrael tanggal 19 Januari 2010.


untuk apa aku menulis begitu panjang, jika pokok pangkalnya aku ingin kata : seorang kawan aku telah tiada.


bukan saja-saja. aku ingin tunjuk, dalam berjuta-juta ciptaan Allah, di kalangan manusia yang merata-rata, dalam ramai-ramai itu, satu, satu yang tidak jauh tapi dekat, tiba-tiba saja


pergi.


aku ulang sekali lagi. cuba baca dengan hati.


dalam banyak-banyak orang, Allah pilih dia.


kau fikir kenapa? saja-saja kah? aku tau ini 'takdir ketentuan Ilahi'. semua orang pun akan meninggalkan dunia. ye. betul tu.


tapi soalan aku, kenapa tuhan pilih dia, dia yang kau kenal, yang pernah bergurau senda dengan kau? kenapa tuhan pilih sekarang, saat kau masih sama-sama menuntut dengan dia, saat otak kau masih fresh memori dengan dia?


orang kata, mesti ambil hikmah atas pemergian orang lain. maka ini cara aku mengambil hikmah atas pemergian kawan aku. dan aku tulis di sini semata-mata mahu kawan² aku yang lain sama-sama fikir. mungkin cara kau berbeza, tapi tak apalah, tak salah kau tau cara aku.


niat aku cuma satu - jangan sampai barang seminggu, kita lupa pada kesedihan kita pada hari ini.


aku tarik hikmahnya dengan menjawab soalan yang aku sendiri create tadi. Allah nak tunjuk satu benda, bukan kerana kau baru berumur 22 tahun, maka mati tu macam lama lagi. ajal maut tak bagi apa-apa tanda atau isyarat. apatah lagi bunyi dan suara yang kata 'hei jaga-jaga, aku nak datang ni.'


macam peristiwa hari ini. tiba-tiba aku dapat sms kawan kata dia dah tak ada. mana aku nak sangka dapat sms macam tu. jangan main-main bila Allah nak bagi kejutan kepada kita.


kita (kita : termasuk aku sekali) terkejut, tergamam dan terkesima. lalu sedih tak terhingga. aku sendiri menangis di atas sejadah subuh tadi, bacaan yasin aku tersekat-sekat. kejap-kejap, aku lap air mata yang tembus ke telekung aku. lepas tu, msg henfon pada kawan sama batch sbb tak tahan sedih. padahal, aku dan arwah, tidak selalu pun bersua. tapi ada lah memori² aku dengan dia yang paling dalam dan bermakna. mungkin tak sama banyak dengan orang yang lebih rapat. tapi, aku kata, ada lah memori² aku tu, dengan arwah. macam, aku ingat sebijik sebijik, nasihat yang dia ucap pada aku masa kat bawah rumah encik yusri lepas balik lepak depan eiffel tower (aidilfitri 2006.) masa tu aku bergaduh dengan orang.


macam ni lah manusia.
bila dah tak ada baru nak ingat.


macam aku lah.
bila ada, tak ingat pulak aku nak tanya khabar.
kalau bukan kawan lain aku yang tanya pasal dia masa hari sabtu di poitiers hari tu, bila entah aku nak angkat telefon dan dial nombor dia.


satu aje la, moga entri ni, aku baca balik bila aku start lupa diri balik. bila aku start ketawa macam nak roboh rumah.


aku bukan tak kasi kau gembira dan suruh monyok tout le temps. yang hidup kena teruskan kehidupan. memanglah. cuma aku minta, janganlah teruskan kehidupan macam pemergian dia tak bagi apa-apa kesan pada diri kita. aku pasti, masih banyak ruang dalam hidup kita untuk diperbetul sebelum kita pula ditarik nyawanya.


kau mesti tanyakan diri, mungkin Sang Pencipta mahu beri teguran supaya kita lihat balik kehidupan lepas kita. muhasabah lah. untuk apa yang telah kita lalui, sedang lalui. paling penting, muhasabah lah apa yang bakal kita lalui.


kalau kau tak faham apa yang cuba aku sampaikan, aku ringkaskan balik : janganlah teruskan kehidupan macam pemergian dia tak bagi apa-apa kesan pada diri kita.


banyak-banyakkan beristighfar dan bersyukur kepada Allah.
tanda berterima kasih kepada Tuhan hanya ada satu cara : dengan melakukan apa yang Dia suruh dan harap dari kita.


moga lepas ni, aku selitkan sekali arwah dalam tangisan dan tawa aku.




Al-Fatihah buat kau, Kamal.













Kamal, kau dengar tak?




.....
.....
.....
.....
.....
.....
.....
.....















maafkan aku ya.. kalau doa aku tak sedap.
tapi insyaAllah, aku akan doa keselamatan dan kesejahteraan kau selalu.

di sana.

1 comment:

Lin Muhammad said...

Moga Allah cucuri rohnya dengan rahmatNya...

yg masih terkejut