Alhamdulillah,segala puji untuk-Nya yang memberiku peluang bernafas sehari lagi di atas muka bumi-Nya.
masyaAllah, betul-betul gila.
pernah tak kau rasa Tuhan menjawab rintihan hati kau secara direct dan terus macam kilat ?
aku macam nak menangis. ini draft entri yang aku tuliskan semalam. tapi masih belum mahu dipublish kerana belum ada penghujung :
21 April 2010 ; 11:22 a.m
bila stuck dalam pejabat, otak kau mula berfikir untuk buat macam-macam, lain dari yang lain. ingin yang luar biasa, mesti advanterous.
aku benci bunyi mesin fotokopi dan pencetak, bunyi kertas-kertas, bau kopi yang semerbak, rutin harian yang sama dan biasa.
aku mahu keluar. jauh dari binaan-binaan manusia. kemudian dekat pada binaan-binaan Tuhan yang semulajadi indah.
sejak semalam, aku sudah suruh farah (housemate) utk ingatkan aku untuk masukkan kamera aku dalam beg. hari ini, sepatutnya aku melawat tapak pembinaan projek yang sedang aku usahakan sepanjang praktikal ini.

dalam kepala aku sudah merancang-rancang gambar yg bagaimana aku mahu untuk dimasukkan dalam report. jam 930 pagi, rakan sekerja aku menyeru ;
"on y va?" (lebih kurang let's go)
projek ini masih di dalam fasa 'study case'. belum bermula apa-apa pembinaan pun. sekurang-kurangnya, aku tahu di mana letaknya. sampai-sampai, aku sedikit mengeluh melihat ada pasar pagi di kawasan itu.
"eh, ingatkan rabu je ada pasar. khamis pun ada pasar, rupanya." kata rakan sekerjaku.
ah, tak apalah, tangkap saja dari sisi mana yang possible. aku keluarkan kamera nikon d40 aku. rakan sekerjaku tersenyum. sekejap-sekejap, dia menerangkan sedikit sebanyak tentang kawasan itu.
"nanti, kita datang lagi, boleh? bila tak ada pasar dan lori-lori ni. aku mahu gambar jelas sikit." kata aku.
rakan sekerja ku mengangguk-angguk. "of course."
kami ke kereta semula. dalam perjalanan pulang, rakan sekerjaku bertanya;
"pernah naik sampai atas gunung tu? tengok bandar dari atas?"
mata aku bersinar-sinar. aku geleng laju. "belum!"
"hari ni cuaca baik. kerja pun tak banyak. memandangkan kau bawa kamera besar, kita pergilah." katanya kepada aku.
stereng kereta dipusing 180° mengambil satu jalan yang menaiki bukit. aku mengintai-ngintai perhentian-perhentian bas yang ada. mencatit dalam fikiran nombor bas, kalau-kalau aku ingin kembali ke sini bila-bila. aku lihat rumah-rumah kecil yang tampak selesa dan nyaman.
"bila winter, susah sikit nak ke sini. bukit ni terlalu cerun, jalan akan berais. jadi, perlu hati-hati." aku angguk-angguk perlahan.
lereng bukit itu memang cerun, jalannya macam ular. macam jalan di Bukit Putus atau yang menghala ke Genting Highland. tak hairanlah bas terakhirnya pun jauh ke belakang kami tinggalkan. dan akhirnya kami tiba di destinasi!!

jadi, nyatakan satu reason untuk kau tidak mensyukuri atau berterima kasih kepada Dia.
it's perfect. so perfect.
-ditulis waktu lunch break-


No comments:
Post a Comment