April 18, 2010

dua puluh lapan

Assalammualaikum w.b.t

Alhamdulillah,segala puji untuk-Nya yang memberiku peluang bernafas sehari lagi di atas muka bumi-Nya.



Ya Allah, susahnye nak buat keputusan.


dalam hidup aku, aku rasa baru sekali aku buat keputusan besar. biasa-biasa, dalam kehidupan seharian, tu sume keputusan jangka masa pendek yang hanya perlu difikir thoroughly sikit-sikit.


setakat ni, aku nampak 3 keputusan besar yang sudah, perlu dan akan buat dalam hidup aku.


1/ JPA ke UTP?


tahun 2006, aku dapat dua offer. keputusan UTP keluar dulu dari JPA. aku x dapat apa yang aku apply dekat UTP. aku nak civil engineering as first choice. tapi dia bagi aku 3rd choice aku : Electrical Engineering. haih. langsung aku tak minat.


so, aku pilih JPA walaupun aku ada rasa sikit terpaksa. memanglah pergi France, tapi kawan² aku yg aku sayang (lebih sikit) dekat Malaysia. aku takde rasa cuak pun masa tu, tapi entah. hati aku mcm berat-berat sikit.


parents aku kata : keputusan di tangan kau.
mata parents aku kata : mintak² la anak aku ni pegi France.


eleh.


2/ Polytech ke Licence?


bagi orang yang duduk Malaysia (kalau ada yg baca blog ni) aku malas nak explain polytech tu ape. scr ringkasnya, polytech tu adalah satu 'cawangan' universiti tahap tinggi sikit and sape masuk ade orang kata ia adalah cubaan membunuh diri tahap ringan kelas keempat.


jgn konfius dgn politeknik kat malaysia ye. kalau nak faham, camnila aku susun ikut darjat orang perancis ye, :


-Université
-IUT
-Licence / Licence Pro
-Grand Ecole / Polytech / Insa
-(ada lagi kot lagi tinggi. entah)

ni scr ringkas je ye. kalau tak setuju.. ah sukati lah.


lepas fondation 2 tahun, aku masuk IUT tak masuk Grand Ecole sbb semua application aku kena tolak. mungkin sbb aku terlalu comel bertudung dan ditambah result aku yang cukup makan tapi masih boleh dibanggakan. kesimpulannya aku mmg tak gempak pon la kot.


dan sekarang, aku da nak abis IUT. nak tak nak aku kena teruskan lagi 3 tahun aku. tapi aku konfiussssss sangat nak pergi mana. nak buat Licence pastu Master ke, atau cuba gedik kepada polytech.


ari tu, aku mcm dah yakin nak buat Licence je. (haha, keje aku mmg nak senang je). tapi satu hari, aku kena panggil dgn sorang profesor Islam kat skola aku. dia kata :


"saya nampak dalam pilihan awak, awak letak licence utk sambung lepas IUT."


lepas tu dia buat muka kecewa. dia sambung,


"honestly, saya rasa awak boleh cuba benda lain yang lebih baik daripada licence. polytech ke Insa ke."


aku tgk mata dia. aih. mata mengharap. aku ni susah sikit dgn mata mengharap. macam kes parents aku dalam keputusan satu. lagi-lagi, cikgu ni cikgu Islam. kalau cikgu Perancis, aku tak terkesan sgt.


aku angguk-angguk pastu cakap, nnt aku fikir balik. tapi masalahnya, aku sangatlah tak yakin sebenarnya dengan polytech.


tapi aku tatau apa yang Allah cuba nak tunjukkan bila makin ramai plak (cikgu-cikgu dan sylvie) yg suka-suki kata aku leh masuk polytech walhal sume budak malaysia yang aku tanya, sume suruh masuk licence.


3/ kahwin ke tak?


aku rasa ni keputusan yang aku perlu buat dalam masa beberapa tahun. semua org mmg nak kahwin, tapi tatau bile masa yang sesuai.


tapi cancel. sbb smlm lepas menggeletar lutut main basket, aku telepon mak aku tanye khabar. cerita pasal abang aku, masuk cerita pasal awek dia yang sebaya aku, masuk cerita pasal kahwin.


kecewa ku kecewa bila mak aku kata :


"kau jangan menggatai nak kahwin. belajar pon tak habis lagi."


tak kasi can langsung.


kesimpulannya, keputusan mmg susah nak buat. sebab keputusan² ni, kena pikir baik buruk masa depan semua. benda tu la yang susah, sebab manusia sangat tak cemerlang dalam mengukur. kadang-kadang, kita tersalah catur. sbb tu kita kena berfikir. tak boleh main hentam je when it comes to something big.


walau mcm mana banyak pun masa kau amik utk berfikir, berapa ribu orang pun kau tanyakan pendapat, berjuta-juta alasan yang kau terima, selagi keputusan tu bukan hati kau yang buat, kau tetap takkan puas hati.


so camne nak buat?


tuuuu, atas tuuuuu. tanye Pemilik Keputusan lah.


jom solat istikharah!

No comments: