Assalammualaikum w.b.t
Alhamdulillah,segala puji untuk-Nya yang memberiku peluang bernafas sehari lagi di atas muka bumi-Nya.
aku angkat kaki laju-laju menuju ke stesen tramway. baru dua hari, aku memulakan hidup baru (exagere aku ni) sebagai seorang pelajar praktikal di bureau d'études. lain kali baru aku cerita apa itu bureau d'études. kali ni, buat-buat faham saja lah ye.
mata aku masih merah. pedih sedikit. kalau diikutkan mengada-ngada aku ni, mau saja aku tumbang. buat-buat pengsan, konon-konon letih ya amat.
pedulikan. kata aku kepada aku sendiri.
dalam kegelapan pagi, matahari pun sedang berusaha wake up, tak sudi menemani aku yang cepat malas ini. fikiran aku pun melayang-layang pada zaman aku kecil-kecil waktu menetap di Klang.
kerap kali juga aku merungut dalam hati sebab tiap-tiap hari ayah pergi kerja seawal jam 6 pagi bila mana anak bongsunya yang gedempol ini belum lagi bangun dari mimpi-mimpinya. pulang ke rumah lewat jam 530 petang kemudian mengabdikan dirinya pada pokok-pokok mempelam dan rambutan yang ditanamnya di halaman rumah. ayah tekun menyapu daun-daun kering yang gugur. sekali sekala ayah buat pencemaran dengan pembakaran terbuka daun-daun itu.
lagi aku meradang, bila jarum jam tunjuk pukul 10 malam, ayah sudah mahu masuk tidur. selalu aku cemikkan muka dan kutuk dalam hati, "malam masih muda dah nak tidur. bosannya hidup."
padahal aku yang baru berumur lebih kurang darjah tiga-empat-lima pun, tidurnya lewat malam lepas siaran tv habis.
itu sebenarnya ragam biasa bagi orang yang bekerja di Kuala Lumpur dan tidak mahu bermukim di kota metropolitan yang serba sesak penuh asap kelabu itu.
ayah ulang-alik Klang-Kuala Lumpur, Kuala Lumpur-Klang hari-hari. waktu itu jabatan pentadbiran Malaysia masih berpusat di Kuala Lumpur.
waktu itu, apalah yang mampu aku faham? budak kecil merasakan dunianya saja betul, ayah dan ibunya selalu salah. biasalah tu.
nah, rasakan kau fan, bila mana hari ini, di Perancis pula, Tuhan mengreversikan putaran hidup ayah pada aku mulai minggu hadapan : berulang-alik rumah ke tempat kerja sejauh Klang-Kuala Lumpur!

No comments:
Post a Comment