April 7, 2010

dua puluh lima

Assalammualaikum w.b.t

Alhamdulillah,segala puji untuk-Nya yang memberiku peluang bernafas sehari lagi di atas muka bumi-Nya.


kopi.


satu identiti Perancis yang dunia luar masih belum tahu.


bukan roti panjang keras-keras yang namanya baguette, atau roti pusing yang menggemuk di tengah croissant mahupun agar-agar panas crème brulée, tapi ini kopi hitam pekat, yang sebenarnya lebih diiktiraf dan dekat dalam hati penduduk Perancis sendiri.


hari ini macam biasa aku tiba di pejabat jam 815 pagi. satu hari mesti kerja 7 jam. paling awal ialah 730 pagi. Jadi aku pilih 830am–12 pm ; 130pm -5pm selakunya compatible dengan jadual waktu bas dan tram dan kereta api kelak.


pejabat 213 masih kosong. rata-rata, mereka memilih untuk datang suka-suki area 840 hingga 9 pagi. pintu aku dibukakan ketua kunci, Encik Tali Leher. (lupa namanya.)


jadi, untuk pertama kalinya, aku pandai-pandai membuat kopi menggunakan mesin kopi yang sedia ada. Aku tarik laci dan nampak kiub-kiub gula dan bekas merah berisi serbuk kopi. kemudian ada kertas putih bertekstur lembut. kertas turas tu.


aku gelabah. tangan melayu aku ini biasa mengacau-ngacau menggunakan sudu, tak betah lagi menekan punat-punat mesin kopi. kalau rosak, haru-biru aku!


aku capai telefon, line clear, aku dial nombor seorang kakak yang juga sedang praktikal. kurang asam, habis aku digelak-gelakkannya sebab gelabah di pagi hari semata-mata kerana mahu tahu bagaimana hendak guna mesin kopi!!


akhirnya, aku berjaya membuat kopi. tapi sayang, kopi orang Perancis sedikit unik. mereka mahu kopi hitam yang intense. bukan kopi ringan yang warnanya coklat.


kelakar.


pembuatan kopi pun boleh menggambarkan karakter si pembuat. intense. ferme. seperti sifatnya orang perancis. ringan, antara coklat dan hitam, lembut. seperti sifatnya orang Melayu yang sukar berpendirian keras.


aku wonder, bagaimana agaknya kopi German. pasti hitam pekat. kuat gila.


"hati-hati, fan. saya bagi markah praktikal awak berdasarkan kopi juga tau." kata ketua aku, seorang wanita yang berkaca mata, boleh tahan tegas.


haish. seriez aku tak kan buat kopi lagi dalam pejabat tu!





31 march 2010.

No comments: