July 19, 2010

enam puluh empat

Assalammualaikum w.b.t


Alhamdulillah,segala puji untuk-Nya yang memberiku peluang bernafas sehari lagi di atas muka bumi-Nya.





dari barat ke timur, aku pulang ke utara. kemudian aku ke selatan, pulang semula ke utara. aku teruskan ke timur laut dan tengahari esok aku akan pulang ke utara kembali. dan hujung minggu depan, aku akan secara definitively meninggalkan bumi perancis untuk cuti musim panas selama sebulan.


doakan keselematan aku selamat sampai.


so, apa yang aku dapat sepanjang bermusafir?


Musafir kosong vs berisi.


saidina umar ada meriwayatkan satu hadis dari sabda rasulullah s.a.w tentang kepentingan niat kerana setiap amalan (baca : aktiviti) sehari-hari kita bergantung kepada intention di permulaannya. (link hadis)


alhamdulillah, sejak belajar tentang kepentingan niat, bila jalan-jalan, aku akan ambil masa (biasanya dalam train yang berjam-jam tu) untuk aku setkan balik hati aku, apsal sebenarnya aku nak pegi satu tempat ni.


dan ya! sgt sgt berkesan. musafir aku kali ni, macam-macam niat aku, iaitu biarlah dari perjalanan ni aku akan memahami apa yang aku nak sebenarnya dalam hidup aku dan mematangkan sikit diri aku.


kadang-kadang, hati aku cepat diusik bisikan ragu syaitan. pendirian aku macam goyah-goyah sampai satu tahap, aku macam tak kenal siapa diri aku sendiri.


maka sebenarnya, ya, aku sendiri dalam proses mencari-cari dan mengenali diri sendiri.


jatuh bangun manusia memang fitrah dalam kehidupan. semangat yang tinggi kalau tidak diselarikan dengan keikhlasan hati semata-mata kerana Allah, memang tak jalan lah.


dan itu memang reason terbesar kenapa aku pernah jatuh dalam jangkamasa dormant yang begitu kelabu (beberapa bulan terjebak dalam fenomena F). ish macam membuka pekung di dada pulak. tapi manusia, ada waktu-waktu dia lemah, ada waktu-waktu dia kuat.


dan sesungguhnya aku telah bertemu jawapan sedikit demi sedikit kepada segala persoalan aku melalui musafir ini.


(rasa macam nak cerita semua tapi panjang plak nnt)


pagi ini, gunung-gunung gergasi yang aku lihat dari balkoni mini rumah baru ini menyebabkan hati aku merasa lain sedikit. macam ada rasa ketenangan yang dalam. seolah-olah, gunung-gunung pasak bumi itu berkata,


'Fan, yakinlah engkau dengan perjalananmu itu. jangan lari atau ragu lagi. seperti kukuhnya aku di sini memegang daratan daripada terputus. kuatlah engkau!'


dan inilah sebenarnya pertarungan aku untuk aku bermula semula dengan satu permulaan yang sahih. bahawa aku ini mesti Allah oriented. lillahi ta'ala.





أَلَمْ نَجْعَلِ الْأَرْضَ مِهَادًا وَالْجِبَالَ أَوْتَادًا


bukankah Kami telah menjadikan bumi itu sebagai hamparan, dan gunung-gunung sebagai pasak? (An Naba', 78: 6-7)


wallahualam.

No comments: