Alhamdulillah,segala puji untuk-Nya yang memberiku peluang bernafas sehari lagi di atas muka bumi-Nya.
Cuti musim panas pun tiba. Sebahagian cuti tersebut saya habiskan di Kaherah dan sebahagian lagi di Mahmoodiyah. Saya kembali ke Ismailiah selepas cuti habis. Sebaik saja saya kembali ke Ismailiah, saya mendapat tahu bahawa para penentang kami sekali lagi mula mengancam kami mengenai rancangan pembinaan masjid yang belum lagi siap itu. Mereka membincangkan perkara tersebut di setiap kali perjumpaan yang mereka adakan. Saya juga telah mendengar karenah mereka. Saya tidak menjawab dan juga tidak mempedulikan kecaman mereka. Saya berpegang kepada dasar berikut dalam menghadapi masalah begini. Dasar ini telah banyak membantu saya dalam usaha dakwah saya.
'Fitnah dan kepalsuan tidak boleh dihapuskan dengan cara jawapan atau dengan cara menimbulkan fitnah seumpama itu. Langkah yang benar dan membina terbukti berguna di dalam menghadapi kemungkaran. Langkah yang begitu, menarik perhatian orang dan mereka mula menghargainya. Dengan demikian, fitnah yang palsu dan tidak berasas akan diganti dengan kenyataan yang berasaskan kebenaran.'
-Detik-Detik Hidupku, Pakcik H.A.B
No comments:
Post a Comment