October 13, 2010

lapan puluh enam : Differences

Assalammualaikum w.b.t


Alhamdulillah,segala puji untuk-Nya yang memberiku peluang bernafas sehari lagi di atas muka bumi-Nya.




it's a whole new situation here, in UJF.


ada Mimouna dan Hatim dari Tunisia. ada Soufyan dari Marocco. dan ada seorang lagi yang tidak sempat ku tanya namanya, dari Turki. mereka berempat tidak habis-habis bercakap macam tidak cukup tanah. tidak kira ketika menunggu lecture bermula, atau ketika lecture sedang berjalan ataupun selepas lecture habis. setiap hari.


berbual, berbincang, sekejap-sekejap aku terdengar perkataan 'Riyadhus Soliheen', sekejap aku terdengar 'Hadith Bukhori' takpun 'non, non c'est pas sohih!' tapi yang paling kerap, 'wallahi.. wallahi!'


(aku rasa wallahi = je te jure, demi Allah. kalau salah bole betulkan.)


baru tadi, (kelas aku cancel professor tak datang mungkin sbb keretapi takde sedang mogok sekarang ini), ketika menunggu, mereka rancak 'mengkritik' generasi-generasi tua yang di jalanan, duduk saja di kedai kopi, dan memandang orang yang lalu-lalang.


"ils font rien!"


"je m'en fous tant qu'ils me laissent tranquille!"


kemudian topik berubah kepada professor kami yang tidak kunjung tiba. ada yang assume professor perempuan kami itu tidak datang kerana grève. tiba-tiba,


"tu la siapa suruh dia datang mengajar. dia tu mengandung, tau! patutnye duduk kat rumah je."


disupport pula oleh seorang yang lain,


"ha'ah, tu la."


aku pandang mimouna, mimouna pandang aku. pergh tak puas hati.


"apasal pulak, sukati ler dia nak datang kerja. takkan nak duduk cenggitu je!" kata mimouna.


aku support,


"entahnya. takkan tak bergerak, tak buat apa-apa. nnt baby tu lahir, mou je. pasif."


"kau orang berdua ingat, mengandung tu senang ke?" sampuk Hatim sambil tangannya dan badannya meniru aksi ibu mengandung. haha. (patut rakam, serious kelakar.)


"takde, takde. nanti bini aku mengandung, aku suruh dia stop semua kerja. duduk diam-diam."


aku dan mimouna tercegil biji mata.


aku balas,


"en tout cas, pas moi!" (apa-apa pun, bukan aku!)


mimouna pandang aku dan hulur tangan untuk berjabat tanda dia setuju dengan aku.


haha. inilah ragamnya bila sesama islam yang berbilang rupa dan bangsa excited semacam untuk saling mengexplore 'budaya' islam.


dan akhirnya, aku malas nak tunggu lama-lama. professor lambat sejam! mari mari balik rumah.

No comments: