October 12, 2010

lapan puluh lima : tercengkam

Assalammualaikum w.b.t


Alhamdulillah,segala puji untuk-Nya yang memberiku peluang bernafas sehari lagi di atas muka bumi-Nya.




begitu indahnya ciptaan Tuhan apabila Dia mencipta makhluk bernama manusia. yakni, mencipta Adam sebagai manusia pertama. kehebatan Allah, selayaknya, Sang Pencipta tidak akan mampu ditandingi atau disekutukan dengan apa saja.


dan tentu Allah Maha Pemurah yang menyertakan sekali, akal kepada manusia. hingga manusia hari ini, boleh menyimpan kenangan di sudut hatinya. hanya dengan sedikit refleks, anggota badan patuh membuka lipatan-lipatan memori yang tersimpan.


masyaAllah. Maha Suci Allah.


tapi life is not full of roses. apabila kelebihan manusia, pastilah datangnya kekhilafannya pula.


tidak! bukan salah Sang Pencipta, bukan kerana Dia lemah lalu kita ini ada kekurangan. tapi hikmahnya supaya manusia-Nya tidak malas, malah berusaha dan tawakal serta bergantung kepada-Nya.


memori atau kenangan tidak selalunya indah belaka. walau apa pun berlaku, ia sudah termaktub dalam kitab-kitab amalan dan di pengetahuan Tuhan. no matter how bad it was, kita mesti belajar teruskan hidup dengan kepahitan sesuatu kenangan itu.


aku, seorang insan, hamba yang hina lagi dina, sekejap aku kebal dari kegelapan masa silam aku, sekejap aku longlai digugah kegelapan masa silam.


astargfirullah, semoga aku tidak termasuk di dalam golongan yang tidak tahu bersyukur atau bersangka buruk kepada Tuhan.


tapi hanya satu yang ingin aku kongsikan, belajarlah menerima. belajarlah dengan panduan kata-kata cinta dari Allah, iaitu, Al-Quran. belajarlah dari tinggalan jejak Rasulullah s.a.w.


bagaimana Allah menceritakan tentang Nabi Musa yang pertuturannya kurang lancar itu, diperintahkan-Nya untuk menghadap seorang pemimpin sesat yang sangat gah waktu itu, Firaun.


Nabi Musa dengan kisah silamnya, membunuh seorang pemuda (kaum Firaun) di kota Memphis demi menolong pemuda kaumnya (bani Israel). -rujuk surah al-qasas, 28 :15


atau kisah khalifah agung Saidina Umar yang mengambus anak perempuannya hidup-hidup. sikit pun tidak ada belas kasihan padahal anak perempuannya itu menyapu-nyapu debu dari janggut ayahnya ketika hampir penuh ditanam.


dan mereka ini, orang yang hebat! tapi pernah mengorbankan nyawa seorang manusia yang lain!


dan sikit-sikit aku terpujuk. terpujuk tapi tidak bermakna aku tidak menyesal. setinggi Burj Dubai aku longgokkan sesalan aku.


astargfirullah.. semoga sentiasa diampuni Tuhan.

1 comment:

rozarozainiematzaid said...

kak fan, wish you were here :')