October 1, 2010

lapan puluh : please be strong.

Assalammualaikum w.b.t


Alhamdulillah,segala puji untuk-Nya yang memberiku peluang bernafas sehari lagi di atas muka bumi-Nya.



pada satu waktu ini, rujuk sini, selama setahun itu, kuasa cermin mata aku semakin melonjak. kesempitan masa tapi sebenarnya kerana prosedur yang leceh untuk bikin spec di France ni, menyebabkan aku duduk begitu saja tanpa ada usaha untuk upgrade spec aku.


hasilnya, sepanjang masa aku di Le Havre dahulu, aku akan merebut tempat paling depan dalam Amphi mahupun bilik darjah sebab mata aku yang kabur.


pedulikan mereka yang memandang aku sebagai budak skema daripada aku mengenyit-ngenyit mata untuk membaca tulisan di hadapan. dan biasanya, aku tidak berseorangan. aku pasti ditemani dua orang lagi, Banker dan Hans. berasal dari Gabon. dan itu, 2 orang Gabonian dan seorang Malaysian, total of foreigners dalam batch GC sesi 2008/2009. yang lain-lain ialah French. French sejati.




satu hari, rang ketiga (rang pertama dan kedua biasanya kosong) itu hanya ada aku dan Hans. di mana Banker?


"Banker, il vient pas aujourd'hui?" Banker, tak datang hari ni? tanya aku pada Hans.


Hans menggeleng dan berkata, "Non, il vient pas au cours jusqu'à la semaine prochaine. il est parti au Gabon."


aku terkejut. Banker tidak dapat hadir hingga minggu depan kerana Banker pulang ke Gabon. aku bertanya lagi dengan nada masih terkejut, "il est parti au Gabon?? pourquoi?"


"parce que son père est décédé, y a deux jours."


ayah Banker meninggal dunia dua hari yang lalu. aku kira, semalam aku baru saja berselisih bahu dengannya waktu dalam perjalanan pulang ke rumah. Banker dan basikalnya memotong aku dan kami berbual biasa. malah, sekejap-sekejap, dia mengusik aku. seperti perangainya selalu.


"il n'a pas l'air troublé ou triste, hier." dia tidak nampak troubled atau sedih semalam. kata aku.


Hans memandang aku dan berkata separuh berbisik kerana professor sudah berjalan masuk;


"bah alors, parce que, tout le monde va mourir, fan. est ce que la tristesse peut faire renaître son père? non. donc, il accepte."


katanya, semua orang akan menemui ajal. dan kesedihan tidak dapat pun menghidupkan semula ayahnya. tidak dapat tidak, Banker menerimanya.


"il est fort." dia kuat, kata aku.


Hans mengangguk kecil. "Oui." jawabnya.



***

Dan setiap yang bernyawa tidak akan mati kecuali dengan izin Allah, sebagai ketetapan (ajal) yang telah ditentukan waktunya. [‘Ali Imran 3:145]


terima kasih Kak Fizah dan Haziq untuk berita pemergian abah Hisham malam tadi.


dan entri ini untuk Hisham. aku tidak sangka, perbualan aku dan kau tentang abah kau sehari sebelum, disusuli dengan berita yang memilukan. keesokannya. (malam tadi)


salam takziah. semoga kita kuat selalu. mohon dijaga Allah sentiasa. doalah, kawan. doa dengan banyak. kerana itu saja antara tiga amalan yang bakal menjadi peneman abahmu di sana.




amin.

No comments: