October 2, 2010

lapan puluh satu : misi pendakian tidak semudah 1 + 1.

Assalammualaikum w.b.t





Alhamdulillah,segala puji untuk-Nya yang memberiku peluang bernafas sehari lagi di atas muka bumi-Nya.







aku baru percaya dengan cakap-cakap orang bahawa hidup ini ada give and take. segala benda di dunia ada compensationnya. tidak ada yang percuma.





aku tidak tahu berapa ramai pembaca di sini yang faham bila aku katakan tentang tujuh langkah mendaki sebuah tangga keramat. tangga keramat yang membawa kita ke satu kejayaan gilang-gemilang.







tangga keramat ini semakin disebut. tapi berapa ramai yang tahu, mendaki tangga keramat itu penuh dengan cabaran. bukan dengan suka hati kita boleh melangkah setiap step. aku, yang masih baru dalam pendakian ini, setiap hari menjadi gerun. melihat orang-orang yang sama-sama mendaki atau telah lama mendaki, tiba-tiba jatuh tergolek.





apa kau tak pernah melihat orang jatuh tangga? ngeri kan?





begitulah aku saat ini. aku gerun. takut. sakit. pilu. bila melihat satu demi satu orang di hadapan, seiring dan di belakang, ada yang jatuh. ada yang pada satu-satu waktu, macam kaku. tidak mahu bergerak.





dan aku sendiri pernah kaku. tidak mahu bergerak. tapi tidak pula mahu membiarkan diri aku jatuh bergolek. alhamdulillah, alhamdulillah... syukur pada tuhan, yang mengurniakan peluang kedua kepada aku.





apalah yang agaknya aku karutkan ini?





sesungguhnya, Allah lah yang memegang hati-hati kita. satu hari, kita rasa kita kuat. satu hari, kita rasa kitalah manusia paling malang. satu hari, kita rasa kita cinta dan sayang. satu hari, kita rasa kita benci dan dendam.





kebelakangan ini, semasa aku mendaki, tiba-tiba aku melihat, orang-orang yang turut berada dalam misi pendakian ini berlari laju menaiki satu lagi step tangga keramat itu. sekali gus.





ya. aku gembira. pastilah gembira melihat, akhirnya, enfin, mereka maju setapak dari aku. aku melihat mereka dari jauh, melihat senyuman bahagia, berpimpin tangan dengan si peneman hidup, mendirikan lembayung atas nama D&T.





aku mengagumi mereka. mencemburui kebahagiaan yang aku lihat begitu sparkling. sampai aku merasai tempiasnya.





tapi akhirnya, sikit demi sikit, imej sempurna itu terhakis dengan sendiri. tiba-tiba aku melihat mereka bermain di bucu tangga. sepertinya, hanya seinci saja lagi, mereka bakal terjatuh!





adakah kerana sudah terlalu ramai di sana sampai kamu tertolak-tolak nyaris tergolek? atau adakah kerana kamu sudah begitu asyik merangka masa depan yang indah-indah bersama si dia di dalam duniamu sendiri?





takut. aku sangat takut. tangga di atas itu rupanya menggerunkan. macam menempah maut pula ke sana.





dan terima kasih. kerana kamu telah membuat aku macam ingin duduk di sini selama-lamanya. di step pertama ini.






aku masih di sini.





aku juga mahu ke sana. takkan selama-lamanya aku di sini? tapi, bagaimana aku hendak melangkah ke sana, kalau banyaknya orang di sana yang dengan mudah terjatuh?





dan aku masih di sini.





aku masih memerlukan kawan-kawan seperjuangan untuk berkerja bersama. cukuplah, sekali, dua kali, tiga kali, kecewa hati aku apabila genggaman tanganku pada mereka yang tersayang ditolak.





cukuplah. cukup. cukup..





aku sudah tidak sanggup menerima 'kemalangan' tangga keramat ini lagi.





tolong. cukup. hentikan semua ini.





tanggungjawab yang kita pikul ini terlalu besar. semakin lama, semakin payah. dan aku tidak mahu berseorangan. kerana aku memerlukan kamu. aku memerlukan bantuan. aku tidak mampu bersedikit begini. tolong. tolong jangan zalimi kami.







dan aku katakan ini : aku merayu. jangan. pergi.











No comments: