Assalammualaikum w.b.t
Alhamdulillah,segala puji untuk-Nya yang memberiku peluang bernafas sehari lagi di atas muka bumi-Nya.
aku ada satu cerita.
tentang perempuan dan lelaki. kau boleh namakan mereka dengan apa sahaja nama yang kau mahu.
biar aku mulakan dengan sedikit latar belakang sang perempuan. sang perempuan datang dari keluarga yang sederhana, tidak terlalu kaya mahupun terlalu miskin. orang kebanyakan. orang biasa. ibu dan ayahnya juga pekerja biasa. ini juga bergantung kepada engkau, mahu bagaimana mencorakkan karektor ibu bapa sebelah perempuan, guru? juruteknik? pegawai kerajaan? jururawat? apa saja, sukahati. semuanya memang biasa. tetapi yang biasa ini tiba-tiba jadi luar biasa.
bila sang perempuan bertemu sang lelaki.
aku sikit pun tidak peduli bagaimana dan bila mereka berjumpa, sama ada ketika belajar, atau bekerja, atau ketika parking kereta, atau ketika makan, pokok pangkalnya, perempuan dan lelaki ini bercinta.
hinggalah pada satu hari, sang lelaki berkata,
"sayang, minggu depan cuti umum. Awak free tak?"
sang perempuan mencerlungkan sedikit matanya;
"free. nape? nak ajak jalan mana?" tanya dia.
"saya nak bawak balik kampung, jumpa mak ayah saya." jawab sang lelaki yang nampaknya dalam diam sudah merancang masa depan berdikit-dikit.
sang perempuan?
menggelabah.
bukan tidak suka. tetapi cuak! haruslah. bakal ibu mertua. seminggu sebelum tarikh pertemuan, sang perempuan sudah boleh diibaratkan seperti lipas kudung atau cacing kepanasan, memikir-mikir, pakaian apa yang sesuai disarung sepanjang keberadaan di kampung nanti? mestilah, mahu yang terbaik, indah-indah dan cantik-cantik sahaja di hadapan keluarga lelaki tersayang!
maka, hari yang dijanjikan pun tiba. kereta kancil merah yang dinaiki pasangan kekasih itu bergerak dari Puchong menuju ke sebuah destinasi di hujung dunia, Kampung Parit (rekaan semata-mata) di Yan, Kedah.
6 jam perjalanan, kancil merah merentasi jalan bersimpang-siur yang keras tanahnya, mengharungi hutan hijau yang masih tebal jarang diusik, akhirnya tiba di perkarangan rumah bakal mertua.
nampaknya, tidak semua mudah. kampung sama sekali tidak seperti di bandar atau kota.
sepanjang 25 tahun kehidupan sang perempuan, ini pertama kali dia menjejak kaki ke sebuah rumah yang masih berdapur kayu, hayatnya bergantung kayu api sebagai penghidup ; atau ke rumah yang bersumberkan perigi buat membersih diri ; atau ke rumah yang berlampukan mentol kuning bukan lampu kalimantang yang putih ; atau ke rumah yang itik dan ayam kadangkala melepak-lepak dan 'membuang hajat' di anak-anak tangga rumah.
sang perempuan?
menggelabah lagi.
bukan kerana benci. tetapi kerana tidak biasa. janggal. lebih-lebih lagi bila di malam hari, selepas makan malam, baju kurungnya lencun dek air basuhan pinggan untuk 11 adik-beradik yang masih kecil-kecil ; lebih-lebih lagi di malam hari, sebelum tidur, disuruh pula memasang kelambu mencucuh ubat nyamuk ; lebih-lebih lagi sebelum subuh, sudah harus bangkit membasuh beras untuk 14 beranak (tidak termasuk dirinya) untuk sarapan pagi nanti.
alih-alih, seminggu selepas 'lawatan Kampung Parit' , sang lelaki berkata ;
"saya minta maaf. kita tak ada jodoh. awak tak sesuai untuk saya."
kerana sang perempuan tidak pandai basuh pinggan, tidak pandai pasang kelambu atau cucuh ubat nyamuk, tidak pandai masak nasi goreng, tidak pandai 'chill' di rumah ibu. walhal, di mana peruntukan masa yang kau beri kepada dia untuk jadi 'pandai' dalam duniamu itu? seminggu satu hari? dan kau putuskan sang perempuan yang telah Tuhan nafaskan selama 25 tahun di bawah ibu dan bapa kotaraya itu, 'tidak sesuai bagi aku' .
baik.
cuba kau baca semula cerita ini. tapi kali ini, aku minta kau tukarkan watak perempuan kepada lelaki. kau fikir-fikir, penyudahan ceritanya bagaimana?
ah. jiwa kacau. aku tak boleh chill.
5 comments:
salam
kurang adil sebab tidak diberi peluang utk belajar.
memang susah jika berhadapan dengan prefectionist
teringat 'Jaja & Din' ar..
hahaha, tak chill ?
hurm, inginkan seorang yg sempurna, perlu lihat cermin dahulu. agak nampak sempurna, baru pandai memilih :D
wow, you've been commenting my old post! thank you. :)
cuma berminat dengan bahasa anda~
keep it up!
Post a Comment