Assalammualaikum w.b.t
Alhamdulillah,segala puji untuk-Nya yang memberiku peluang bernafas sehari lagi di atas muka bumi-Nya.
pada satu malam, aku berkecoh-kecoh dengan ayah tentang direction jalan untuk ke satu destinasi. mama yang khusyuk menonton peserta Akademi Fantasia 9 kegemarannya tiba-tiba bersuara;
"bisinglah dua beranak ni. lepas akademi fantasia ni, kita pergi tengok jalan lah. susah sangat."
aku terkesima.
"hah ma? pukul beghape da ni, biar benar, ma?"
"takpelah. kita jalan-jalan. boleh cari buah pelam sekali. apelah, budak engineering pun buta jalan. engko bukan esok nak buat jalan ke?" diakhiri dengan gelak terkekeh-kekeh.
ayah sudah terhinjut-hinjut bahu ketawa. aku, di saat itu, terbakar tapi pasrah ajelah. bukan sekali dua, tapi berkali-kali aku jadi bahan. haihhh. mungkin keranahampir semua dalam keluarga aku bekerja dengan negara (baca : government), maka aku yang terkeluar paksi sedikit mudah lah dijadikan bahan.
"sudah, jangan bising, nak dengar hazama ni." katanya sambil tangannya menghulur telefon bimbit kepada aku.
aku blurr.
"nak buat pe telefon mama ni?"
"ni hah... ina afundi sikit hazama ni. sedap dia nyanyi. nanti dia keluar minggu ni, habislah."
what the...?
aku pun akur. ayah sudah tak boleh berhenti tergelak-gelak. di saat aku menaip 'AFUNDI', mama berkata lagi ;
"na, afundi pukal yang 20 tu tau!"
ooo makk kau!
Alhamdulillah,segala puji untuk-Nya yang memberiku peluang bernafas sehari lagi di atas muka bumi-Nya.
pada satu malam, aku berkecoh-kecoh dengan ayah tentang direction jalan untuk ke satu destinasi. mama yang khusyuk menonton peserta Akademi Fantasia 9 kegemarannya tiba-tiba bersuara;
"bisinglah dua beranak ni. lepas akademi fantasia ni, kita pergi tengok jalan lah. susah sangat."
aku terkesima.
"hah ma? pukul beghape da ni, biar benar, ma?"
"takpelah. kita jalan-jalan. boleh cari buah pelam sekali. apelah, budak engineering pun buta jalan. engko bukan esok nak buat jalan ke?" diakhiri dengan gelak terkekeh-kekeh.
ayah sudah terhinjut-hinjut bahu ketawa. aku, di saat itu, terbakar tapi pasrah ajelah. bukan sekali dua, tapi berkali-kali aku jadi bahan. haihhh. mungkin kerana
"sudah, jangan bising, nak dengar hazama ni." katanya sambil tangannya menghulur telefon bimbit kepada aku.
aku blurr.
"nak buat pe telefon mama ni?"
"ni hah... ina afundi sikit hazama ni. sedap dia nyanyi. nanti dia keluar minggu ni, habislah."
what the...?
aku pun akur. ayah sudah tak boleh berhenti tergelak-gelak. di saat aku menaip 'AFUNDI', mama berkata lagi ;
"na, afundi pukal yang 20 tu tau!"
ooo makk kau!
happy mother's day, mama.
p/s : malam itu kami pulang ke rumah jam 1215 malam.
2 comments:
insyaAllah... semoga suatu hr nnti mereka tahu yg undi tu x bermakna pun. sama-sama kita mendoakan kebaikan utk ibu bapa kita.
dun like..
Post a Comment