August 18, 2011

antara fazren rafi dan amar baharin.


Assalammualaikum w.b.t


Alhamdulillah,segala puji untuk-Nya yang memberiku peluang bernafas sehari lagi di atas muka bumi-Nya.







délicat.


aku memetik kata-kata dari seorang ahli panel dalam Dialog Orang Muda (DOM) di Pesta Buku Antarabangsa PWTC yang lalu,


"saya tidak begitu menyokong idea revolusi atau perubahan sekiranya kita bersandar kepada kebencian kepada hal yang ingin direvolusikan itu. sepatutnya, revolusi berlaku apabila situasi menuntut dan bukan kerana ingin lari dari isu itu. kerana dasar kebencian tidak akan mendatangkan apa-apa kejayaan kepada revolusi ini."


well said.


namun, keadaan sekarang nampaknya masih jauh untuk mencapai cita-cita itu. kita seperti tidak punya pilihan selain untuk berpihak kepada 'bahan B' kerana sudah tidak mampu lagi menerima kejelekan yang memualkan daripada 'bahan A'.


padahal, tidak kira 'bahan B' atau 'bahan A', lebih kurang sama saja. jadi, pilihan apa yang kita ada? ini terlalu menyesakkan lagi mendesakkan.


ibarat keluar mulut harimau lalu masuk ke mulut buaya. sungguh rumit.





3 comments:

Anonymous said...

salam

stuju dengan pendapat ko.


secara normanye kita terpaksa memilih salah satu.

tapi itu tampuk lama, kerana generasi baru (yakni kita yg comel² lahir 80an) tidak akan memilih bahan² yg ada.

jika bahan A dan bahan B, dua-dua tak best, kita wujudkan je bahan C. itu baru nama revolusi ^^

kan?

(merepek di malam hari...=.=)

fanramli said...

salam wbt.


untuk wujudkan bahan C tu lah persoalannya sekarang. jalannya masih panjang. revolusi adalah sesuatu yang gergasi menghampiri mimpi tapi pasti.


sementara nak tunggu bahan C tu ada, what are we suppose to do? telankan saja bahan A? atau cuba bahan B?


its a matter of time.


heh. payah pulak bila cakap bahasa kiasan ni. takut salah interpretasi.


WA.

Anonymous said...

no prob, aku paham.

well, this is where kita kena jadi penyumbang kepada perubahan, bukan penonton..

in the mean time tuh..terpaksa telan bahan A sebb itu je yg ada. nk choba bhn B, itu sudah pasti bawa padah lagi..

WA..

(seriyes lama tak borak ngan ko)