August 11, 2011

I took two hours to finish this post, I dont know why.


Assalammualaikum w.b.t


Alhamdulillah,segala puji untuk-Nya yang memberiku peluang bernafas sehari lagi di atas muka bumi-Nya.




"Kuala Lumpur ni, tak pernah mati." omel ayahku pada suatu hari di Kg Attap.


mataku meliar melihat ke luar tingkap kereta, jentera pembinaan memenuhi ruang angkasa. merata-rata, di setiap ceruk. kereta berasak-asak di jalan raya. deretan motosikal memenuhi lintasan belang belakang lampu isyarat yang sedang menyala merah.


aku selaku seorang pelajar jurusan kejuruteraan awam sepatutnya gembira melihat Malaysia semakin rakus dalam membangunkan prasarana-prasarana moden. tidak pernah berhenti. tapi ironinya, ia semakin mengundang ketakutan yang amat sangat kepada aku. entah kenapa, kebelakangan ini aku sering bertanya-tanya;


adakah kemajuan sesuatu negara diukur melalui kepesatan infrastruktur?


maka apa ceritanya tentang kemajuan fikiran kita sendiri?


kita sebenarnya sedikit pun tidak ke hadapan. malahan kita menuju ke belakang. kita menjelmakan diri menjadi mirip kaum-kaum yang dibinasakan. menjadi penduduk Madyan (kaum Nabi Syuaib) yang tidak telus dalam takat timbang, menjadi perilaku sodomi - homoseksual (kaum Nabi Luth), menjadi kaum 'Ad (kaum Nabi Hud) yang membina gedung-gedung mewah lalu angkuh, menjadi kaum Tsamud (kaum Nabi Salleh) yang mengulangi sifat kaum Nabi Nuh dan Nabi Hud.


mataku pejam. dadaku berdegup kencang.


"itulah. dah pindah pusat pentadbiran ke Putrajaya pun, KL sesak jugak." suara mama mematikan kecelaruan fikiran aku di tempat duduk belakang.


aku buka mata. menoleh lagi keluar tingkap. kami meninggalkan kota Kuala Lumpur, melewati gerbangan Istana Negara baru yang sudah hampir 85% siap.


"hmmmmm..." aku mengeluh kecil.



Istana Negara baru. RM800 juta. digunakan beberapa kali sahaja setahun.



so called third tower KLCC. Menara Carigali Petronas. akan bersambung dengan KLCC.



Projek Iskandar Malaysia, Johor. how much water telah digunakan? I don't know and don't bother to find the purpose of the project.


Menara Warisan 100 tingkat RM 5 billion yang kontroversi diumum ketika Belanjawan Negara.



p/s : aku rasa aku sudah menceburi satu bidang yang paling banyak cabang korupsi. sesal kemudian, tidak bergunalah wahai. T.T



3 comments:

Anonymous said...

aku rasa better ko borak-borak ngan mak cik aku yang juge a civil engineer


ask her anything, she'll definitely will answer insyaAllah


mahu?

fanramli said...

mahu jugak. tapi tak tau nak tanya apa. maybe sbb jauh lagi kot. heh.

D-SIM said...

korupsi....hmmm