Alhamdulillah,segala puji untuk-Nya yang memberiku peluang bernafas sehari lagi di atas muka bumi-Nya.
hari ini dalam lelapku, aku bermimpi aku tersilap menaiki keretapi yang tidak semena-mena membawa aku dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang. aku menggigil ketakutan kerana tahu keretapi tersebut tidak akan berhenti dimana-mana maka aku tidak punya peluang sekalipun untuk membuat pusingan kembali ke Kuala Lumpur.
aku kira posisi aku sedang berbaring di tempat duduk dan kepalaku mendongak ke atas.
hairan kerana sepanjang mimpiku, aku hanya melihat awan-gemawan yang putih gebu dilatari langitan biru yang indah. kadang-kadang aku disapa lembut kilauan matahari di celah gemawan. kemudian, aku sering melihat bayang-bayang pokok yang meliuk lentuk menembusi tingkap keretapi.
akhirnya aku tiba di jambatan Pulau Pinang dan dikejut pemandu keretapi. kemudian aku pucat semula kerana takut dimarahi kerana aku menaiki keretapi secara haram. namun tidak, pakcik keretapi malahan membawaku menemui isterinya yang wajahnya iras Dian P.Ramlee. akhir mimpiku, mama ku tiba ingin membawaku pulang. dan aku berlalu penuh kehairanan.
aku membuka mata. aku statik memandang kipas dalam gelap. masih enggan keluar dari mimpi yang penuh dengan tanda tanya.
begitukah agaknya kehidupan? misteri, penuh dengan kejutan dan boleh jadi ia tidak seperti yang kita rancang.
Tuhan, sungguh hanya Engkau yang mengetahui. kepada-Mu jualah aku kembali memohon kesejahteraan, di dunia dan di akhirat.
wallahualam.

2 comments:
indeed, life is full of surprises..
life is full of surprises.. and you're one of them.
haha ni google kasi ni.
Post a Comment