October 29, 2011

cinta?

Assalammualaikum w.b.t


Alhamdulillah,segala puji untuk-Nya yang memberiku peluang bernafas sehari lagi di atas muka bumi-Nya.



waktu cuti adalah waktu hibernasi yang paling tidak produktif sekiranya kita tidak merancang kemana-mana selain berehat-rehat di rumah. hari ini masuk dua minggu aku termenung di hadapan skrin komputer memerah otak, apa yang boleh aku coretkan di sini.


oh nom nom nom. tidak berjaya.


idea hanya keluar pendek-pendek maka ianya hanya diterjemah menjadi berbelas-belas perenggan kata yang aku panggil sajak/puisi kemudian aku tampalkan di facebook atau dalam buku nota kecilku.


langsung tidak bermakna. hmmmmm. cepat kemari semangat positif, optimis dan aktif!


hugaaaa.


bulatan riang gembira yang lepas, aku yang masih bujang, mendengar penuh khusyuk sambil hati terkadang disapa malu yang amat sangat serta berdebar-debar tatkala kata-kata yang dikongsi berkisar mengenai wanita..... atau lebih tepatnya seorang isteri.


huahuahua. tapi no problem, aku memang cool untuk apa jua subjek. wahaha. (padahal entah-entah aku suka.)


satu kenyataan yang membuatkan aku terdiam ketika perkongsian, kata muwajjih, dalam apa jua perkara, letakkan cinta Allah pada yang pertama, kemudian barulah boleh diikuti dengan cinta manusia. sekiranya dia yang engkau cintakan hanya melalaikan engkau, maka dia tidak layak untukmu. sebaik-baik cinta manusia, adalah cinta yang mengingatkan dan mendalamkan cintamu kepada Allah.


wahai kawan-kawan, setiap kali kita dihadiahi kata-kata bijaksana seperti ini, kita seringkali memandang kepada orang lain.


contohnya dalam perkara ini, kita (mungkin bukan kamu, tapi sekurang-kurangnya aku),


'wah, kalau begitu siapa lelaki yang layak untukku?
'


lepas beberapa saat, logik akal telah kembali.


kenapa perlu kita menuding jari kepada pasangan? kenapa kita seringkali mengharap jodoh kita adalah seseorang yang boleh mendekatkan kita kepada Allah tanpa kita sedari diri kita sendiri tidak ada ciri-ciri itu?


emmm berbelit-belit. aku sendiri tak faham. haha.


ok, jom tengok gambar ni. ada seorang minah, mari kita namakan dia sebagai cik A.


lepas je dengar kata-kata bijaksana di atas, cik A pun selalu reject lelaki-lelaki yang nak membina masjid ngan dia.




tapi kenapa kita i mean, cik A, lepas dengar je kata-kata bijaksana di atas, tak terfikir yang situasinya sebenarnya begini?




bahawa, orang lain turut berfikir perkara yang sama, malah entah-entah kita i mean cik A telah pun berkali-kali DI REJECT oleh orang lain atas sebab yang sama?


kalaulah semua manusia berfikiran begini....


wahai kawan-kawan, itulah fitrah manusia yang sering menuding jari kepada orang lain sebelum memandang diri sendiri. tidak kiralah apa jua isunya, tentang cinta? tentang jodoh? tentang kawan-kawan? apa sekalipun, ingatlah,


ketika kita sedang menuding dengan satu jari telunjuk, jari-jari lain sedang menuding ke arah kita.








jom sama-sama, kita berusaha jadi insan yang layak untuk orang lain, untuk orang yang dicintai. kerana Allah.


fikir-fikirkan. wallahualam. :)




No comments: