October 7, 2011

teksi?

Assalammualaikum w.b.t


Alhamdulillah,segala puji untuk-Nya yang memberiku peluang bernafas sehari lagi di atas muka bumi-Nya.




kota Paris sering mengaburi mata pelancong dengan kemegahan menara Eiffel nya. satu persamaan yang boleh kita lihat, semakin cantik kapital sesuatu negara, semakin ramai manusia yang membanjiri maka semakin tinggi kadar jenayahnya.


fair? hmmm.


hari ni tidak ada apa sangat yang ingin aku kongsi selain daripada benda-benda baru yang masih menjadi bualan. (bosannn. aku pun bosan tapi tulis je la eh)



Apakah ini?




ya siapa yang pernah / sedang berada di London, pasti anda tahu bahawa ini adalah teksi khas untuk perempuan. (apesal perempuan je kene pink? tak faham.)


maka daripada ini, terinspirasilah seorang wanita untuk mewujudkan konsep teksi khas untuk wanita sahaja di kota Paris.


tadaaaaa!




haha macam buruk gila kan? tapi konon exclusive la warna kelabu. beberapa info yang perlu diketahui tentang teksi khas ini :


Kemudahan :

- 5 tempat duduk
- pembolehubah suhu dalaman.
- alat komunikasi audio untuk berhubung dengan pemandu.
- adjustable seat (aku dah give up nak translate to bahasa melayu)
- cermin pemisah kualiti tinggi aspek akustik (kalis bunyi) antara penumpang dan pemandu.
- tingkap belakang ditinted dengan opacity rendah menjamin privasi penumpang.



Pemandu yang kacak. Pemilihan pemandu dibuat dengan rapi.



Interior design yang canggih? hmmm.


televisyen yo!


Service :

- charger untuk pelbagai smartphone.
- televisyen mini.
- majalah.
- set manicure. (OMG haha)
- payung


Pakej :


- Pakej Kanak-kanak : aku taktau apa jenis pakej ni?
- Pakej Membeli-Belah : possibility membuat tour around Paris bersama girlfriendss.
- Pakej Kelab Malam : wujud kerjasama dengan hotel dan kelab-kelab malam. keselamatan terjamin ketika pulang lewat malam.


jadi, apakah kelayakan untuk menaiki "WomenCab" ini?


satu : anda mestilah seorang perempuan.
dua : berada di Paris.
tiga : memiliki dompet yang dipenuhi wang.


Eh oui, ya tepat sekali, mahal beb! keselamatan adalah sesuatu yang tinggi nilainya. kikiki.


agak-agak kalau kat Malaysia, buat konsep ni kena bambu lagi tak? macam isu Lady Coach komuter yang satu waktu dulu kecoh tak tentu pasal. apa dia kata? ekstremis islam? apara, negara penduduk islam pun boleh melatah.


pffttt. selamat menaiki WomenCab! haha. komersial gila.

3 ulasan:

warx.hensem said...

tempat duduk boleh ubah?

fanramli said...

macam pelik.

warx.hensem said...

pelik tapi benar..hmm haha