Assalammualaikum w.b.t
Alhamdulillah,segala puji untuk-Nya yang memberiku peluang bernafas sehari lagi di atas muka bumi-Nya.
Alhamdulillah,segala puji untuk-Nya yang memberiku peluang bernafas sehari lagi di atas muka bumi-Nya.

salji menimpa memutihkan bumi
kadang-kadang jatuh di hujung hidungku
jari kecil cepat menyapu
dingin sekali buat aku tersenyum
salji, jujurnya
musim khatulistiwa telah sebati denganku
buat keMelayuanku tak pernah menggemarimu
tapi engkau tetap turun
menuruti tabiat laluan hidupmu
tahukahmu butir kecil
hatiku sering merindu
merindu pada segala yang hilang
merindu pada semua yang tiada
merindu pada yang masih belum ku temui
dan hadirmu selalu menggandakan rasa itu dalam jiwa
buat aku selalu hilang di angkasa
tapi kali ini, salji
dirimu kelihatan ajaib sekali
mungkin saja kerana kita bertemu di tempat ajaib ini
mungkin saja kerana gadis manis berbangsa cina itu
yang beradu di sisiku
yang kemudian pada bangun paginya berkata padaku, 'hari ini saya pakai tudung'
lalu hatiku menangis diam-diam
segala kudrat aku kumpulkan untuk aku zahirkan senyuman
lalu mengangguk setuju
ajaib, butir kecil, ajaib
kerana tatkala ini engkau telah membuat aku benar-benar... kedu.
petang musim dingin
21 disember '11
dewan besar Chaise Dieu
21 disember '11
dewan besar Chaise Dieu
0 ulasan:
Post a Comment