Assalammualaikum w.b.t
Alhamdulillah, segala puji untuk-Nya yang memberiku peluang bernafas sehari lagi di atas muka bumi-Nya.
"Fan, dalam banyak-banyak sahabat Rasulullah, siapa yang Fan paling suka?"
aku terkedu. soalan itu tak pernah aku perincikan jawapannya. aku selalu merasa bangga dan suka bahawa hakikat Rasulullah didampingi sahabat-sahabat yang mulia dan hebat. itu sahaja. tak pernah memilih satu orang menjadi idola kedua selepas baginda sendiri. sehinggalah soalan itu diaju kepadaku waktu itu.
aku mengetap bibir. dan aku hanya mampu tersenyum dan berkata,
"belum ada pilihan lagi, kak. tapi cenderung pada Abu Bakar."
entah kenapa, muncul nama sahabat yang itu.
"wah. unik ni. selalunya orang menggemari Umar. kerana kegagahannya. tak pun Ali, kanak-kanak yang cerdas. boleh akak tau kenapa?"
aku menjawab,
"kak, pernah bayangkan tak? kalau kita tiba-tiba dalam kesulitan, keseorangan, dan bila satu dunia sedang menuding jari kepada kita, tak ada siapa lagi yang percaya pada kata-kata kita. dalam waktu kesesakan begitu, alangkah bahagianya, jika kita ada seseorang yang tetap setia di sisi kita dan masih utuh kesetiaannya pada persahabatan kita. dunia pada masa itu, walau bagaimana kejam dan pahit, akan hanya menjadi ilusi, hati kita menjadi tenang. itulah. bahagianya mendapat Abu Bakar, penenang Rasulullah, saat-saat seluruh manusia mengejek baginda bercerita dongeng tentang pengembaraan Israk dan Mikrajnya."
ah. bila diingat-ingat, tak mengejutkan, aku memberi jawapan serupa itu. memang aku ini jenis manusia yang mendamba setia tak berbelah bahagi. dan kerana terlalu damba, ia bertukar menjadi menuntut. lalu ia menyesakkan ramai orang termasuk diriku sendiri. sampai kadang-kadang, aku terfikir, ini bahaya, kerana boleh jadi, aku cenderung mem'posesi' daripada mencintai.
dan mungkin kerana itu, sukar sekali aku memberi maaf.
ah, angin stephanois, moga kau mengilhamkan kelembutan pada hatiku di tengah terik matahari Tuhan.
Lily Harina
rue Pierre & Marie Curie, St Etienne
nota kaki :
ramai antara kita, bila disebut tentang peristiwa Israk & Mikraj, akan mengenang peristiwa Mikraj, dimana Rasulullah naik ke langit dan bertemu dengan Sang Kekasih, Allah swt. jarang sekali kita memperkata tentang peristiwa Israk, perjalanan baginda menaiki Buraq dari masjidil haram ke masjidil aqsa. tahukah kita, Rasulullah telah melihat 13 jenis kaum dan setiap kaum tu menggambarkan sifat-sifat manusia yang sangat-sangat boleh kita ambil iktibar daripadanya. and sadly, very sadly, somehow, all these people described, wujud dalam komuniti kita. boleh jadi, entah-entah kita tergolong dalam salah satu kaum tersebut? na'udzubillah. moga Allah melindungi kita sentiasa. amin.
3 comments:
apakah itu angin stefanowa? mohon pencerahan..
'angin stephanois' = angin di st etienne.
penduduk st etienne dipanggil stephanois. macam kita dipanggil 'malaysian'.
noted..trimas..haha
Post a Comment