April 16, 2013

Berangan.

Assalammualaikum w.b.t

Alhamdulillah,segala puji untuk-Nya yang memberiku peluang bernafas sehari lagi di atas muka bumi-Nya.




My birthday is coming. kahkahkah. sungguh interframe kan. oleh kerana kebelakangan ni, aku selalu nampak benda yang best tapi aku tahu aku tak mampu nak milikinya, jadi sempena dengan kedatangan hari ulangtahun aku, aku mahu senaraikan benda-benda yang aku idamkan mengikut tahap kemungkinan perolehan. jom tengok!


1. Geomag (tahap perolehan : 0%)


hari tu, aku ke Toys R Us sebab nak mencari permainan-permainan untuk si kecil Kimi dan kakaknya Mia. masa di kaunter pembayaran tu, aku dongak kepala dan nampak satu benda yang sangat menakjubkan sampai mulut aku ternganga.




Geomag adalah salah satu permainan pembinaan tapi ia berasaskan magnet. tahap perolehan adalah 0% sebab untuk apa yang aku inginkan ialah Geomag yang mampu membina bangunan sebesar model yang aku tengok tadi. dianggarkan model seperti itu memerlukan lebih kurang 800++ magnet dari pelbagai jenis Geomag (Color, Panel, etc) sedangkan satu kotak Geomag hanya mempunyai 120 magnet (maksimum).  


2. Dilamar (tahap perolehan : 1%)


hahaha. jangan muntah aku merayu. ya, umurku telah mencecah 25 tahun. adalah normal aku juga ingin dilamar. tetapi aku tahu ia adalah tidak mungkin. 1% melambangkan sekelumit harapan walaupun aku tahu ia tidak mungkin. tidak seperti Geomag yang aku tahu memang tidak mungkin aku perolehi. hihi.


muka gini sapo nak lamar dik.


3. Buku (tahap perolehan bergantung pada buku)


buku tetap kekal menjadi hadiah ideal untuk aku. lebih-lebih lagi sekiranya buku tersebut tersenarai dalam bidang yang aku minati. oleh kerana terlalu banyak buku yang aku inginkan, maka aku telah membuat senarai panjang. aku berpegang pada prinsip, buku tidak semestinya dijadikan hadiah, tapi aku boleh memperoleh dengan usaha sendiri. oleh sebab itu, aku hanya akan menyatakan buku-buku yang sukar untuk aku dapati di sini.


tahap perolehan : 50% ke bawah


Habibie & Ainun - Habibie
Memori - Windry Ramadhina
Siti Nurbaya : Kasih Tak Sampai - Marah Rusli
Ketika Mas Gagah Pergi - Helvy Tiana Rossa
Pesan Dari Bintang - Sitta Karina
Sunset Bersama Rosie - Tere Liye
Rembulan Tenggelam Di Wajahmu - Tere Liye
Recto Verso - Dewi Lestari


tahap perolehan : 50% ke atas


Prophety Parenting - Muhammad Nur Abdul Hafizh Suwaid
Dalam Dekapan Ukhwah - Salim A. Fillah


4. Kasut / Flats (tahap perolehan : 50%)


Aku sekarang memiliki dua kasut tinggi (tak berapa tinggi pun), 1 kasut sukan untuk bermain bola keranjang atau berjogging, 2 kasut (sneakers) dan satu kasut keselamatan yang beratnya hampir setengah kg. itu sahaja. 


kasut yang aku inginkan adalah sebenarnya kasut yang lebih perempuan sesuai untuk dipakai ketika aku memakai skirt panjang atau kain ketika berjalan-jalan pada hujung minggu. kerana sekiranya aku memakai kasut tinggi, ia sungguh tak sesuai memandangkan di sini, aku selalu berjalan jauh. kalau memakai sneakers pula, ia langsung tak menampakkan ciri-ciri kematangan.



*credit to google*


tahap perolehan hanya satu perdua kerana satu, setiap kali hatiku berkenan pada satu kasut, bilaku lihat kulit yang digunakan di dalamnya, pasti terlihat 3 bintik yang melambangkan kulit khinzir. dua, kerana sebenarnya aku telah pun memiliki dua pasang di Malaysia.


jadi aku ragu-ragu sama ada aku inginkannya atau tidak.


5. 1 kotak yang mengandungi 24 biji macaron pistachio sahaja (tahap perolehan : 80%)


aku akan menjerit kegembiraan dan mungkin akan berpuasa  5 hari 5 malam dari makanan lain selain macaron ini.


meleleh air liurku..


6. Ingatan dan doa yang ikhlas (tahap perolehan : 100%)


tentulah doa ini adalah yang paling mudah, murah dan mahal pada masa yang sama dan yang paling aku gembira sekiranya mendapat hadiah dalam bentuk doa yang ikhlas ini. ini menandakan ada orang yang masih sudi mengingatiku dan sudi meluangkan masa mereka untuk mendoakan aku.


hehe. ok. malas dah nak mengarut. nak tidoq.




No comments: