Assalammualaikum w.b.t
Alhamdulillah,segala puji untuk-Nya yang memberiku peluang bernafas sehari lagi di atas muka bumi-Nya.
Kadang-kadang, kita terlalu sibuk dengan kehidupan dan hal-hal sendiri sampai terlupa, ada dunia lain yang sedang berputar dan tidak statik.
dan dunia sentiasa ada hitam atau putih. satu atau sifar. turun atau naik.
waktu ini kita hangat menerima kisah gembira dua orang yang baru diijabkabul apabila tiba-tiba kita disulami pula dengan kisah sedih dua orang lain yang berpisah selepas bertahun berpadu rutin harian.
waktu ini kita hangat menerima berita gembira sahabat-sahabat cantik menanti bayi pertama, kedua atau ke berapa apabila pada waktu yang sama kita menerima pula berita sedih pemergian ayah, ibu atau adik-beradik sahabat-sahabat cantik yang lain.
dan dunia memang sentiasa ada hitam atau putih. satu atau sifar. turun atau naik.
fitrah dan lumrah. siapa yang boleh melawan kehendak takdir. bukan kita yang membuat keputusan tentang jalan hidup kita tapi Tuhan. kita hanya mampu merancang. berharap. kemudian memohon.
aku terima dua berita kematian anggota keluarga kenalan di sini dalam masa kurang daripada 12 jam. tanda peringatan dari Tuhan, ajal itu benar-benar tidak jauh.
al-fatihah.
2 comments:
mohon curi satu phrase..nk buat status kt fb..tq!!!
sila sila. :)
Post a Comment