April 28, 2013

Penjara Kejenuhan

Assalammualaikum w.b.t


Alhamdulillah,segala puji untuk-Nya yang memberiku peluang bernafas sehari lagi di atas muka bumi-Nya.



Dua hari lagi menjelang ulangtahun kelahiran aku. Daripada kita mengeluh betapa angka itu semakin meningkat atau betapa apabila kita melihat kebelakang, tak ada kejayaan apa pun yang boleh kita banggakan, aku fikir lebih baik kita mengucap syukur bahawa Tuhan sudi mendenyutkan nadi kita selama ini. Sekadar peringatan buat diri sendiri. :)


Aku baru pulang. Badanku sengal-sengal. Agak lama tubuh badan yang semakin menua ini tak bersukan. Tapi puas, melepas gian. Tapi bukan sekadar itu. Aku bertemu dengan wajah-wajah sahabat yang telah terlalu lama tak bersua. Terutamanya, wajah-wajah yang mengiringi saat pertama kali menjejakkan kaki ke bumi asing ini 7 tahun lalu. Wajah-wajah yang melalui kenangan pahit dan manis, turun dan naik dalam perkenalan hingga hari ini, masing-masing di dalam perjalanan masa depan sendiri. Mungkin aku sedikit terkesan sehingga begini kerana waktu aku sudah tak akan lama di sini. Hanya beberapa bulan lagi. Dan mungkin kerana ulangtahun kelahiran aku yang mendatang, membuatkan aku sedikit nostalgia menyoroti masa lalu.


Sebenarnya, tekanan-tekanan yang aku rasakan sejak kebelakangan ini, apalah sangat yang boleh dibandingkan dengan kebahagiaan-kebahagiaan yang telah Tuhan berikan kepadaku selama ini.  Sebenarnya, Tuhan telah menemukan aku dengan manusia-manusia yang baik hatinya, yang sentiasa menjaga hati aku. Padahal, aku tak sudah-sudah memberi luka atau kekecewaan pada manusia-manusia ini.


Kadang-kadang aku merasa aku tidak adil pada manusia-manusia ini. Contohnya, sebelum pulang, seorang adik berbangsa cina dan seorang adik berbangsa melayu datang kepadaku, menitipkan sampul merah dan sekotak coklat sambil berkata, 'Untuk kak Fan. Yang kad tu dari kak Ummu. Yang coklat tu dari kitorang. Happy birthday in advance, kak Fan!' Aduh, beruntung sekali aku lahir pada tarikh keramat itu. Ramai yang mengingati sedangkan aku... Huhu.


Sungguh, aku betul-betul perlu belajar menjadi manusia yang pandai berbakti pada orang lain. Aku perlu belajar menukar hati walaupun aku tak tahu di mana mulanya.


Aku menulis entri ini, bersempena dengan harijadiku yang bakal menjelma, kerana kita tak tahu, kalau-kalau sebenarnya aku tak dapat sampai pada hari itu, Tuhan memanggil pulang. Maafkan aku yang selalu menyakitimu. Terima kasih aku dahulukan untuk doa-doa yang akan / sedang datang kepada aku. :)


Dari Mario Teguh (pakar motivasi Indonesia) :
10 Disember 2011


Keluar dari penjara kejenuhan


Sahabat saya yang baik hatinya, 
di pagi yang damai ini, niatkanlah … 


Tuhanku Yang Maha Agung, 
Sesungguhnya aku tahu bahwa kehidupan ini indah, 
dan jika aku merasakan kejenuhan - 
ini pasti karena aku yang tidak memberagamkan 
pikiran dan yang kulakukan. 


Aku tak akan melihat yang baru dalam hidupku, 
jika aku tak membarukan cara pandangku terhadap kehidupan. 


Jika cara pandangku baik, 
dunia kelihatan baik dan penuh kemungkinan baik. 


Tapi, jika cara pandangku negatif, 
aku akan mengeluhkan sebaik-baiknya anugerah. 


Dan, jika yang kulakukan sama dan dengan cara yang sama, 
aku tak akan mungkin mendapatkan hasil yang baru. 


Maka jika aku ingin keluar dari penjara kejenuhan, 
akulah yang harus membarukan diri, dan segera. 


Tuhan, bantulah aku menceriakan hati, 
menjernihkan pandanganku, dan mengindahkan perilakuku, 
agar aku lebih terlibat dalam kehidupan yang dinamis, 
yang bebas dari kejenuhan. 


Aamiin



No comments: