April 17, 2013

tujuh puluh enam

Assalammualaikum w.b.t

Alhamdulillah,segala puji untuk-Nya yang memberiku peluang bernafas sehari lagi di atas muka bumi-Nya.




Aku terjumpa ini ketika menggeledah bahagian 'draft'. Entah di mana Quai de la Graille aku sendiri tak pasti. 2010? Memori aku sedikit kabur. 3 tahun yang lepas, aku fikir waktu itu aku masih lagi di rumah lama. Entah apa peristiwa-peristiwa yang berlaku ketika itu, tapi aku masih ingat perasaan ketika aku menuliskan ini. 


Andai waktu dapat diputar semula...


------------------------------------------------------------------------


Quai de la Graille, Grenoble
07h45 ; Jumaat 3 September 2010
24 Ramadhan 1431H



ke mana menghilang?


aku bunuhkan ia
hingga payah
tidak terbit-terbit lagi
pada lowongan itu


pameran apakah yang kamu lihat?
rasa?
hingga kamu yang konsekutif
melewati tuntutan dari aku


hei!
tak ada! tak ada!


lowong ini kosong
sunyi lagi menjelakkan
jadi jangan tunggu


kerana tidak ada apa-apa


datanglah kepada aku sekalipun
jariku hanya akan menunjuk langit


itu, lihat!
Tuhan di atas sana
mohon dari Dia
bukan dari aku


kerana aku tiada yang kamu buru itu.



No comments: