Alhamdulillah,segala puji untuk-Nya yang memberiku peluang bernafas sehari lagi di atas muka bumi-Nya.

Selama hidup, aku selalu (aku pasti anda pun pernah) ditanya soalan begini. Nak dengar berita buruk atau berita baik? Selalunya, aku akan menjawab, 'berita buruk dulu!' Mungkin memang dari dulu, aku lebih suka menelan yang pahit dahulu baru yang manis. Contohnya, ketika menjamah pizza, aku pasti akan mulakan dengan kerak pizza barulah isinya. Atau roti, aku pasti akan menghabiskan bahagian tepi roti dahulu.
Kenapa aku mengarut pasal pizza dan roti pula ni. Ya, hari ini, rakanku menghantar pesanan ringkas, menanyakan soalan itu lagi. Seperti biasa, aku menjawab aku ingin tahu berita buruk dahulu. Tapi satu perasaan lain telah menjelma. Aku bukan lagi ingin mendengar berita buruk dahulu kerana aku ini umpama berakit-rakit ke tepian, bersakit-sakit dahulu.
Tapi kerana aku mahu mendengar berita gembira itu di akhir, agar roh positif itu mempengaruhi perasaan (mood) aku sepanjang hari.
Menandakan sedikit kemajuan kepada diriku sendiri : aku memilih untuk gembira.
Moga Tuhan sentiasa memberi aku senyuman walau apa jua keadaan, insyaallah...
No comments:
Post a Comment