May 22, 2013

Roti Paul

Assalammualaikum w.b.t


Alhamdulillah,segala puji untuk-Nya yang memberiku peluang bernafas sehari lagi di atas muka bumi-Nya.






Paul ialah rakan sekerja saya. Dia juga merupakan pelajar pelatih seperti saya juga. (Pastilah umurnya lebih muda dari saya). Dia masuk ke pejabat beberapa minggu selepas saya. Eh, kenapa macam tulis karangan pula ni. 


Perlu ditegaskan di sini (hihi), mamat ni memang 'babyfaced' seperti yang aku uar-uarkan sebelum ini. Masalahnya, perangainya juga kebudak-budakan sampai kadang-kadang aku tertanya-tanya, 'eh dia ni umur berapa?'


Tapi dia dah ada awek! Bagaimanalah agaknya aweknya itu ya. Hihi. Cerita pasal awek, pada satu tengahari, sedang kami menikmati kopi selepas makan tengahari, seorang rakan sekerja perempuan kami berceloteh tentang rakan universitinya yang mengadu dirinya menginginkan dan mencari sesuatu yang baru. Katanya lagi, rakannya itu sebenarnya telah bersama dengan pasangannya sejak dari sekolah menengah lagi. Selepas 7 tahun, bukan dia tak sayang, tapi dia ingin sesuatu yang berbeza.


Waktu itu, Paul tergelak-gelak cemas.


"Ko kenapa Paul?" tanya rakan sekerjaku yang lain.


Dia pun berkata, "Ceritamu menakutkanku." Kami diam sebelum dia menyambung, "Aku telah bersama dengan awekku sejak 5 tahun..."


Maka kami pun cuba berdalih-dalih mengatakan setiap pasangan adalah unik dan sebagainya. Hahaha.


Bilik kerja Paul di sebelah bilik kerja ku di tengah-tengah kaki lima yang memisahkan bahagian finance + pemasaran dan jurutera. Aku di bahagian jurutera manakala dia di bahagian pemasaran. Logik kerana itu adalah bidang kami masing-masing. Tahap kebudak-budakkan Paul ini terserlah apabila kadang-kadang dia mengetuk-ngetuk dinding biliknya (mengetuk dinding aku lah). Kerap kali, apabila dia melalui di hadapan bilik aku, dia akan mengetuk-ngetuk lagi dinding cermin atau sekiranya aku mengangkat wajahku ketika dia melintasi aku, pasti dia akan menghadiahkan mimik-mimik muka yang konon comel yang membuatkan aku mengerut dahi seribu. Tak kurang juga dia mengusik aku di tetingkap bual seperti dalam gambar di atas padahal bilik kami hanyalah sebelah-menyebelah. 


Pada satu hari, dia membawa stick note bewarna oren kepadaku dan meminta aku menyelesaikan dua permasalahan :


IX = 6  

5 + 5 + 5 = 550


katanya, "Nah, jadikan pernyataan ini benar."


Paul Paul Paul.... engkau datang ketika aku sedang sibuk. Apalagi aku pun google dan memulangkan stick note orennya itu dengan jawapan :


SIX = 6

5 4 5 + 5 = 550 (sambungkan bucu atas simbol tambah dengan bucu kiri simbol tambah hingga membentuk 4)


Lalu dia bersorak girang, "Bravo!"


Aku tersengih-sengih dan berlalu sambil dalam hati berkata, "Wakakaka. Padahal aku google." Sampai ke hari ini dia tak tahu aku menipu. Ya, aku pun ada ego aku. Muahaha.


Hari ini, masing-masing terlalu sibuk. Tiba-tiba, ketika aku bersiap-siap untuk pulang ke rumah, tetingkap bual muncul di skrin komputer :


"Melihat anda esok."


Wakakaka. Sungguh terus terjemahan kamu itu, Paul. Berbau puitis di situ.



4 comments:

warx said...

this is cool..does he look like paul scholes?

fanramli said...

Younger than Paul Scholes, of course. But Tomok remain the most handsome among 'babyfaced' men I've ever seen. Kikiki.

warx said...

eh jap..cmne plak 545 + 5 = 500? bkn 550 ke?

fanramli said...

haha sorry salah plak.