Assalammualaikum w.b.t
Alhamdulillah,segala puji untuk-Nya yang memberiku peluang bernafas sehari lagi di atas muka bumi-Nya.
Semalam, sebab Rabu, Khamis dan Jumaat cuti sambung terus Sabtu Ahad, maka ramailah orang dekat pejabat ni ambil cuti Isnin dan Selasa. Aku, si pelajar pelatih ni, hmppphhh, tak ada peruntukan quota cuti. Sodih sodih. Tak apa lah, kerja 2 hari je pun. Bos pun takde, lepas tu tak bagi kerja baru pulak tu. Kecoh betul aku ni. Suka sangat make fuss. Eh emo pulak dengan diri sendiri.
So, waktu makan tengahari tu, tinggallah kami 3 orang daripada 7 orang yang selalu makan sekali. Orang kat pejabat panggil kami geng-geng pemuda (Les jeunes). Muahaha. Aku biasanya kurang bercakap sikit. Biasalah, bila orang yang kurang yakin pada diri sikit ni, susah sikit nak bercakap kuat-kuat kasi dengar 6 orang yang lain. Biasa aku mencicit je. So janganlah rasa aku hebat ada klik makan tengahari. Makan tengahari je pun. Rilek la. Hek eleh. Eh emo lagi. Nak datang bulan kot ni...
So, hari tu tinggal 3 orang. 3 orang ialah bilangan yang paling ideal untuk aku. Tiba-tiba, aku boleh jadi orang lain. Tiba-tiba, banyak gila aku cakap. Macam cakap dengan kawan-kawan Malaysia. Penuh keyakinan siap boleh melawak-lawak dengan Russian colleague sambil mengusik pelajar pelatih sorang lagi yang wajahnya memang muka baby (baca : baby face). Lain kalilah aku cerita pasal mamat ni. Kalau aku teringin nak cerita.
Nak dijadikan cerita, entah macam mana, kami boleh termasuk cerita pasal Bos pelajar pelatih tu. (Bos dia tak sama dengan aku, aku kat bahagian teknikal, dia kat bahagian finance). Perempuan Russia tu kerja sama bahagian dengan pelajar pelatih tu. Dia benci gila dengan Bos tu. Sebab Bos tu macam tak betul sikit. Susah sikit nak faham sebab aku rasa kepala dia terlalu banyak benda. Contohnya, Bos tu suruh perempuan Russia tu belikan tiket kapal terbang, tapi kena kelas satu punya tempat duduk pada hari dan waktu yang dah ditetapkan sebelum tu. Masalahnya dah habis, tapi dia suruh jugak perempuan Russia tu cari.
Melentinglah perempuan tu. Satu, sebab apa yang dia mintak tu mengarut. Takkan minah ni nak pergi bunuh sorang penumpang untuk dapatkan juga satu tempat duduk kelas pertama? Nak tukar hari lain, dia kata tak boleh pulak. Dua, minah ni kata, sebab karakter dia memang camtu. Dia ni garang dan lantang. Masa kejadian tiket tu, Bos tu boleh siap email Bos nombor 2 untuk suruh minah ni cari tiket tu jugak. Hah, bayangkan betapa Bos tu pun sendiri takut nak sound minah ni sendiri.
Masuklah bab karakter, minah ni kaitkan, sebab dia berbintang Aries. Katanya, biasanya bintang Aries ni degil dan selalu nak siapkan kerja dengan kadar segera dan pantas. Aku dan pelajar pelatih satu lagi tu pun kata yang kami tahu kami bintang astrologi apa tapi tak tahu apa karakternya sebab tak percaya benda-benda ni.
"Kau bintang apa?" tanya minah tu pada aku.
"Taureau (Taurus)" jawab aku.
"Ohhh, kau macam adik aku. Orang Taureau ni pun lebih kurang jugak, têtu (stubborn/headstrong). Kalau nak sesuatu tu, mesti dapatkan jugak." kata dia.
Aku sebenarnya agak terkejut sebab aku tak jangka komen dia tu memandangkan sejak kebelakangan ni aku ni macam lembik semacam. Memang keadaan diri aku ni sungguh menjijikkan lagi mengecewakan diri aku sendiri. Sobs sobs sobs.
"Hmmm, itulah, aku pun rasa aku ni degil. Tapi entah, sejak kebelakangan ni, aku ni banyak malas nak kisah. Bila susah sikit je, tengok macam tak dapat, aku lebih banyak 'laisser tomber'. Biarkan je. Malas nak fight. Aku betul-betul harap aku boleh jumpa diri aku balik." kata aku. Eh, tak perasan pula aku tengah curahan hati. Mengada betul.
Kau tau lepas tu dia kata apa?
"Eh bennn, tu es un Taureau fatiguée, alors!"
Wakakakakakakakakakakaka! You are a tired Taureau. Tak jadi aku nak emo lama sikit. Aku gelak tak ingat dunia sampai semua orang dalam kafetaria pandang aku. Sungguh tak muslimah! Entah kenapa aku geli hati gila.
C'mon Fansurina!!

3 comments:
apsal x de citer pasal mei mei gadis cina? hmm..adakah tajuk tidak refleksi pada isi?
Sebab ia berlaku pada bulan Mei. Mei Mei!
ahah..begitu..baru saya dapat..sungguh manipulatif..hehe
Post a Comment