May 6, 2013

Pembaca Doa.

Assalammualaikum w.b.t 


Alhamdulillah,segala puji untuk-Nya yang memberiku peluang bernafas sehari lagi di atas muka bumi-Nya.



Wahh, memang habis-habisan orang menulis macam-macam tentang PRU 13 semalam kan. Memang mencanak habis huruf-huruf 'P', 'R', 'U', 'G', 'E'... Tapi itulah, kena berhati-hati dalam ucapan kita. Setiap kata-kata kan merupakan satu doa. Wahh, pandai aku cakap tapi tak praktik. Cakapnya, cakap juga benda bukan-bukan. Mih hih hih hih.


Sebut pasal doa, sebenarnya aku nak cakap pasal benda lain. Nak cakap pasal pembaca doa. Oleh sebab, aku ni sekolah perempuan sejak darjah 1, so, biasanya pembaca doa kalau di majlis-majlis tu biasanya mesti ustaz-ustaz atau cikgu lelaki. Budak perempuan kan mengada, so kadang-kadang tu, kalau ustaz muda, muka putih-putih, anak pun baru satu, mestilah bila ustaz tu naik pentas, tak berkediplah mata-mata budak-budak perempuan ni. Termasuklah aku. Muahaha. Tadah tangan pun, muka bukan tunduk tapi dok tengok ustaz muda ni.


Tapi bila satu hari ni, kelas baca Al-Quran hujung minggu, ustaz ni bawak anak dia dan bini dia, terus aku tundukkan pandangan. Bini ustaz-ustaz ni biasanya cantik gila. Memang kalahlah aku, budak hingusan lepas tu muka berminyak-minyak. Kalau yang berumur sikit, bini dia mesti baik gila rasa nak peluk-peluk je. Emmm, ini kot orang panggil mawaddah rahmah. Hehe.


(Tapi ustaz ni suka sangat bergurau panggil nama aku. Mana aku tak tersipu-sipu. Aku siap lambat-lambat pergi bilik French sebab nak tunggu ustaz ni masuk kelas aku dulu sebab nak ajar Bahasa Arab. Hmmphhh. Dah lah dia suka belanja makan tebu.)


Nak kata, sekarang ni, kalau pergi apa-apa majlis (terbaru Besançon Games), kalau dia panggil pelajar yang baca doa, aku memang..... hai.... lemah semangat sikit. Haha. Lemah iman sebenarnya. Sedaya upaya aku tunduk muka supaya tak terjatuh hati. Muahaha. Nampak tak effort aku tu? Bangga aku dengan diri sendiri. Tapi tak ada guna jugak kadang-kadang, sebab bila mamat tu jalan balik nak duduk, aku jeling jugak. Wakaka. Tak senonoh. Aku siap ada terfikir, tak nak hadir untuk majlis pembukaan. Tapi rasa tak berkat pulak tak berdoa pembukaan. So apa solusinya? Takde solusi. Istighfar je la. Ataupun kadang-kadang, masa tengah tunduk-tunduk berdoa tu, aku mintak-mintaklah orang yang baca doa ni muka dia biasa-biasa ke, tak nampak beriman sangat ke, orang tua tahap pakcik atau atuk ke ataupun dia kena lah orang yang aku kenal yakni kawan aku. Kalau kawan, biasa aku dah tau perangai, tak mungkinnya aku nak suka. Awkward hokeh.


So itulah salah satu rahsia aku yang tak sempurna ni. Ingat lelaki je ke suka tengok berlawanan jenis. Bezanya, perempuan tak panjangkan pandangan (tapi tak semua, aku cakap untuk diri aku je) macam lelaki yang kadang-kadang boleh nak sampai tergolek dari kerusi, buat menyakitkan hati kaum perempuan je (banyak berlaku kepada kawan-kawan aku kerana aku menjadi tukang dengar). Mereka ni cerita kat aku dengan harapan aku boleh panjangkan rungutan tu kat pihak yang berkenaan memandangkan aku ni terkenal dengan nak sentapkan budak lelaki secara halus. Kekeke. Masalahnya, lepas tu, budak-budak ni biasanya akan tersengih-sengih sambil berkata, 'hehehehehehe (bukan main panjang ek ko punya hehe).. kan ni fitrah lelaki.'


Hek eleh. Podah.


Eh aku emo ni kenapa? Macamlah aku yang kena.


p/s : Ada satu lagi majlis keramaian 8 Jun ni. Hihi (gelak gatal). Kena kahwin pembaca doa jugaklah. Tapi tak boleh! Nanti perempuan-perempuan hot macam aku usya laki aku plak. Ahhh. What goes around comes around.


No comments: