June 7, 2013

Random.

Assalammualaikum w.b.t


Alhamdulillah,segala puji untuk-Nya yang memberiku peluang bernafas sehari lagi di atas muka bumi-Nya. 



Free yourself.



"Dulu ustaz kata jika kita buat baik pasti dibalas baik, tetapi dalam realitinya kenapa tidak?" 

 Saya diam. 
 
"Saya dah lama buat baik tetapi sampai sekarang tidak dibalas baik."
 
Saya masih diam. Ibu separuh umur itu saya lihat keletihan. Bukan letih badan tetapi perasaan… Raut wajahnya suram. Sinar matanya kelam.
 
"Sampai bila saya nak buat baik?" asaknya lagi. 

 "Sampai bila-bila," jawab saya pendek. 
 
"Berapa lama?" tusuknya dengan soalan yang seakan sama. 

 "Selama-lamanya," jawab saya dengan nada yang sama. 
 
"Saya kecewa. Budi tidak dibalas, kebaikan tidak dikenang."





Tiba-tiba saja tergerak hati nak baca blog Ustaz Pahrol. Macam tu saja dapat pujukan. Hmmm.. minta maaf sangat-sangat, aku memang kurang sempurna. Kadang-kadang, bila bercakap tak berapa nak fikir sangat. Kadang-kadang, niat nak menegur disalaherti.


Orang kata, apa yang kita buat akan dapat balik.


Bukan kita tak pernah dengar, tapi selalu, tentang virus-virus ukhwah. Memang cara aku nampak kasar tegas. Memang aku macam itu. Aku rasa sebab itulah kot tiba-tiba aku disambut dingin. Atau cara aku menyusun sesuatu terlalu ketat? Aku meneka-neka. Mana aku tak meneka, kalau tak ada orang yang sudi datang menegur. Takut agaknya.


Kalau kau selalu kena tegur, sebenarnya bukan kau teruk, tapi kau sangat sangat beruntung. Tahu tak? Sebab ada orang yang tak tahan tengok perangai kau, dia suruh kau berubah. Tak kira lah cara dia kasar atau lembut, yang penting dia ada masa untuk cakap pada kau. Kau jangan terasa lama-lama. Boleh tak? Kalau kau tengok pada cara, atau tengok pada orangnya, alamat kiamatlah dunia. Sebab kat dunia, tak ada orang yang sempurna.


Atau kau suka nak jadi macam aku? Tak ada orang sudi tegur. Biar aku meneka-meneka, apa agaknya yang dah aku buat. Biar aku rasa bersalah sorang-sorang. Biar aku rasa, macam tak ada orang sayang. Sampai aku rasa hina sangat, rasa macam, kesian sangat pada mama dan ayah dapat anak yang 'desagreable' macam aku. Atau rasa kesian sangat pada orang-orang lain yang sayang aku, sebab rasa, buat apa nak sayang/kawan orang keji macam aku?


Macam tu lah aku rasa. Rasa macam kena benci dari setiap sudut dunia. Masalahnya, aku memang pesimis. Pesimis yang tengah usaha jadi optimis.


Tapi teruskanlah juga. Dengan apa-apa yang tengah aku buat. Mungkin memang salah aku, sebab aku tak pandai jadi orang lain. Aku cuma tahu jadi diri aku. Aku cuba juga cara Rasulullah, katanya, tegur dengan lembut. Itu paling maksimum aku mampu buat. Aku cuba jugalah. Tapi kalau hasilnya masih lagi minimum untuk kamu, aku mohon maaf sangat. Sebab aku tak boleh buat apa lagi.


Atau sebenarnya kau sedang aplikasikan satu lagi method Rasulullah yang pulaukan Kaab, Murarak dan Hilal? (Tapi sekurang-kurangnya mereka tahu kesalahan mereka.)


Aku tak marah. Tapi aku sedih. Sedih sangat-sangat. Rasa macam tak nak jumpa orang langsung. Rasa tak bererti. Agaknya aku ni memang hanya layak ditinggal-tinggal tanpa apa-apa penjelasan. 


Tapi itulah, buatlah sebab Allah. (Senangnya cakap.) Kalaulah buat tu semudah aku menjadi gemuk.


*     *    *


"Bagaimana hendak buat kebaikan tanpa merasa letih? Maksud saya, bukan letih badan sahaja tetapi letih jiwa ustaz?" 

"Buatlah kerana cinta, buatlah kerana cintakan Allah," ulang saya.



p/s : tempat ni macam tak lama lagi akan berkubur.


3 comments:

Anonymous said...

Being misunderstood is one thing,

but hoping people to understand us without a proper way of telling, is something else.

Assumptions could lead false deceptions. Lapangkan dada dan maafkan mereka. (easier said than done though..)

Semoga penulis tabah memperbaiki diri, sebab mmg susah nk perbaiki diri.

God bless

fanramli said...

Dear Anonymous,

True story. I do lot of assumptions. Thats no good at all as far as I can see. I've been in this situation whole lot of times. If you would know me in person, you would know, I always, always tell and ask (the people concerned) them directly, (of course I tried to do it very gently & properly), I wouldn't want anyone to be hurt.

But most cases, they drifted away lebih jauh. Sedihnya hati... Hancur sangat. So, sebab dah biasa jadi pesimis, nanti, bila ada orang lain yang datang buat baik dengan saya, I tend to be cold. As if saying to myself, 'kau dah teruk dengan orang ni, tak payah nak tunjuk baik dengan orang tu.'

You know what I mean? Isnt it unfair?

So I decided maybe this time around, I would say nothing. Mungkin salahnya pada saya, sebab kurang ikhlas. Atau sebab tak terlalu sabar. Mungkin dah tiba masanya untuk saya yang ubah cara saya. But finally, I realized, macam mana nak ubah? Apa nak ubah? Tak pernah ada sesiapa yang datang menegur saya rupanya. Mungkin ada, tapi dari segi sindiran (mungkin macam apa yang saya tengah buat ni. haha)

Tapi au bout d'un moment (I know you can speak french), I let it out in my blog. (And I thought no one would read it except one person I know). Huhu. As much as I dislike people doing it on Facebook, I do it myself on my blog huh?

Saya tak tahu macam mana nak maafkan mereka. Mereka tak ada salah. Its normal for them if they went away. Saya cuma minta ditegur. Huhu.

(Even you, are using Anonymous , not wanting me to know who you are. huhu)

Tapi jzkk sangat for dropping by! For the comment and en plus, a doa! wuu wuu!

Anonymous said...

anonymous has no gender, face, voice and character; cause its given by the reader. So, better i maintain the unknown to you.


For starters, just list out whats your strong points and weaknesses..
its for understanding our own selves better.

Then tackle out one by one. Its gonna be had and tough, i promise u.

A step at a time.

Bukankah quran itu turun berperingkat-peringkat utk umat supaya lebih mudah mendalami dan melakukan perubahan pada diri mereka?

God Bless..