April 1, 2012

Noor Eflinda.

Assalammualaikum w.b.t


Alhamdulillah,segala puji untuk-Nya yang memberiku peluang bernafas sehari lagi di atas muka bumi-Nya.




aku masih ingat, puisi itu pantas sekali menarik perhatianku di kalangan puisi-puisi lain yang dinaskhahkan bersama. cepat tanganku melipat hujung mukasurat puisi yang tajuknya 'Jarak' itu (maaf aku lupa nama pengarangnya), ada satu perasaan ganjil yang mustahil sekali aku tafsirkan melalui perkataan. lantas, ku tutup buku puisi itu, ku peluknya erat-erat di dadaku dan ku mohon pada Tuhan, agar buku puisi yang bakal aku hadiahkan (pada waktu itu) kepada seseorang yang aku cintakan, dan utama-utamanya puisi yang satu itu selamat sampai di pengertian penerimanya.


aku sering prejudis pada jarak. kadang-kadang boleh menimbul benci. menurut fikiranku, jarak itulah yang menghancurkan segala cinta yang ada. ia ibarat peluntur. sudahlah menyukarkan pembicaraan, menghilang memori malah melenyapkan warna-warni yang ada. padahal, jarak itu adalah satu ruang kosong, bagaimana kuasanya menghapus begitu hebat? peranannya umpama lubang misteri di segitiga bermuda yang menyedut segala sesuatu yang melintasinya. padahal ia kosong.


begitulah kata akalku. ketika tidak berfikir dengan lebih panjang lagi.


benarlah kata orang, beza sekali antara teori dan praktikal. ketahuilah, jarak itu mungkin sekali sukar tapi ada indah dan hikmah yang tak terungkap banyak di sebaliknya. jaraklah yang mengajar seorang sahabat pemalas seperti aku tentang erti menghargai, seorang yang begitu banyak bercakap seperti aku tentang erti menjadi pemerhati dalam diam, seorang yang cemburu buta seperti aku tentang erti mengenal logik dan kesabaran, seorang anak yang sering lupa tentang erti rindu dan betapa senyuman mama dan ayah adalah satu perkara yang tak ada galang gantinya dan setitis air mata mereka adalah satu perkara yang paling menyiksakan, dan itu dan ini, ah terlalu banyak, kawan.


dan perkara-perkara inilah, telah membawaku kepada satu hakikat, betapa 'jarak' yang Allah ciptakan antara Dia dan hamba-hambaNya, (iaitu kita tidak dapat melihatNya dengan mata kasar), benar-benar telah mengajarku akan erti percaya (beriman kepada), redha, berserah dan mujahadah kepadaNya.


kerana tatkala bahuku merasa begitu berat akibat jarak, tak ada apa lagi yang boleh aku lakukan selain kepandaianku untuk menangis. kemudian, aku masih tidak tenang. maka tak ada siapa lagi yang mampu aku adukan kecuali kepada Allah. mengadu semengadunya seperti saja perkara itu terlalu menghimpit jiwa. hingga mataku sakit-sakit. hairan, pandai juga aku memohon agar dikuatkan dan ditenangkan hati. dan ajaib, selepas setiap tangisan, hati menjadi lega semahu-mahunya. dan waktu itulah logik akal mula menguasai diri. aku mula memujuk diriku sendiri. membisikkan kepada qalbuku untuk tidak bersedih, bahawa begitu banyak lagi nikmat lain yang telah Tuhan berikan, lalu mengapa harus kau sedihkan pada satu perkara? oh, sebenarnya, tahu pun. bijak saja. entah kenapa mengada-ngada manja begitu?


ya, katalah apa saja. katalah bahawa nampaknya aku hanya mengingat Tuhan ketika sedih. yang pasti, sekurang-kurangnya aku tidak mencari ketenangan dari perkara lain. katalah aku hipokrit, itu lebih baik daripada aku melarikan diri dari Tuhan.


gadis itu pendiam sekali. haha, pendiamlah sebelum diajak berbual. ketika melintas jalan pun, masih terpinga-pinga. comel. orang yang melihat aku dan dia, merasa janggal kerana perbezaan kami. mereka yang masih belum di sini sejak awal jejakan kakiku di tanah bumi Bonaparte ini, pasti tidak akan dapat meneka, bahawa sebenarnya, pada satu waktu telah 2 tahun 3 bulan kami sering bersama-sama. di mana ada aku, di situ ada dia. aku dan dia, walaupun berbeza, ada satu yang telah menyamakan kami : kami punya cita-cita tinggi, diam-diam bersaing dengan sihat, mahu kelihatan kuat dan tegas, tetapi sebenar-benarnya di dalam begitu rapuh sebagai seorang wanita.


malang sekali, kerana mengejar impian, aku dan dia berjarak. dan harus aku akui, jarak telah memamah butir-butir perkataan antara dia dan aku. jarang sekali kami berjumpa. dan sekiranya kami bertentang empat mata di keramaian-keramaian, aku dan dia sering duduk sebelah-menyebelah, tapi tak ada lagi kata-kata yang deras meluncur. seperti mana derasnya aku berbual dengan yang lain, dan dia dengan yang lain. tapi ia seolah-olah sudah mencukupi. istimewa sekali, walaupun begitu, satu perkara masih belum berubah antara kami : kami tetap selesa dan saling mempercayai hingga rahsia paling dalam pun dikongsi tanpa ragu.


Photobucket


ketika aku mengadu yang entah apa, tiba-tiba, dia bisikkan kepadaku, walaupun perlahan tapi jelas di telingaku, ketika kami berada dalam barisan dua-dua, sambil memegang panji-panji negara saudara-saudara kita, menuju ke medan destinasi : tak apa, lambat atau cepat, kalau milik kita, akan dapat juga kepada kita. insyaAllah.


dan aku tunduk memandang jalan raya, ya Allah, begitukah Engkau memujukku melalui gadis pendiam ini?


ya ukhti (wahh lama tak usik kau dengan panggilan ni), ana uhibbuki fillah. aduh, kenapa begitu malu menyata di depan-depan, blog pula jadi mangsa. T.T


Mengingati Allah itu ibarat air kepada ikan, lihat keadaan ikan apabila berjauhan tanpa air. -Ibnu Tamiyyah.


Di dalam hati manusia ada kesedihan dan tidak akan hilang kecuali gembira mengenali Allah. -Ibnu Qayyim Al Jauziyyah.


Allah Maha Pendengar. betul sekali. maka, bergembiralah. beradalah di kalangan orang-orang yang positif, agar kita turut menjadi positif. yeah!




p/s : perasaan : tak sabar nak tengok gambar kita baring-baring atas padang lepas main futsal. huahua.

Photobucket
arghhh nak anak cantik macam aisyah camni bole takk? woa woa.


No comments: